BAB 11

5.5K 90 15
                                    

"Kak Yam dah masuk barang dalam kereta?” Arjuna bertanya kepada Maryam yang sedang berbual dengan Deniz di halaman.

"Sudah... Ni tengah tunggu Iskandar lambat sangat siapkan bekal."

Maryam tertoleh-toleh ke rumah Reyhan. Masih belum nampak batang tubuh Iskandar.

"Abang Rey dengan Aisy join ke tidak ni Deniz?"

Arjuna bertanya pula kepada gadis bertudung ungu dan berkemeja-T lengan panjang di sebelah Maryam.

"Joinlah... Tapi dia orang datang lambat sebab pagi ni Aisy ke ladang lembu Abang koboi dia tu" Jawab Deniz sambil merenung skrin telefon di tangannya.

"Buat apa?"

"Ambik sampel rumput dengan air sungai... Alah, dia nak siasat pasal lembu abang Rey yang asyik mati aja. Aisy syak ada virus.. Hawar kot"

"Oh... Yang seorang lagi? Tak nampak pun?"

" Kak Aira? Dia tak nak join" Deniz geleng kepala. Arjuna tepuk dahi.

"Huh? Aduh... Kan abang Juna suruh Deniz pujuk dia kalau dia tak nak"

" Orang belum habis cerita abang dah potong. Memanglah mula-mula dia tak nak pergi tapi Dee cakap kasihan Pia kalau Auntie Aira dia tak ikut mesti dia sedih..."

"Maknanya dia jadi pergilah ni?" Arjuna minta kepastian.

"Mestilah jadi... Tengoklah siapa yang pujuk"

Deniz tayang muka bangga.
Maryam nampak Iskandar keluar dari rumah bersama bakul berisi makanan. Dia terus mendapatkan Iskandar untuk membantu.

"Oi! Aku panggil kau macam tak ada telinga aja kan?”

Iskandar melenting sebaik saja dia menghampiri Deniz yang masih berbual dengan Arjuna.

"Masa bila awak panggil? Kalau panggil nama Oi aja memanglah tak ada yang dengar. Mana ada orang nama oi kat sini."

"Betul tu Is... kau apa hal panggil orang Oi aja. Dia ada nama tau. Deniz"

Sampuk Arjuna. Awal pagi lagi Iskandar dah naik angin. Spoil mood ajalah!

"Arhhh... Kau kalau aku panggil Deniz ke Dee ke kau memang saja buat tak dengar pun. Aku panggil nak minta tolong angkat bekas-bekas makanan ni. Dah la aku seorang aja memasak kat dapur. Kau kat sini sibuk berbual dengan mamat kpop ni. Kau ni kerja dengan aku ke dengan dia?"

"Ya Allah... Panjangnya kau bebel Is. Kalau aku jadi Deniz pun aku tension dapat boss macam kau ni."

Arjuna geleng kepala.

"Tau tak apa"

Deniz menjeling Iskandar. Dia bergerak membantu Maryam memasukkan bekas-bekas makanan ke dalam kereta Ford Ranger Raptor.

"Sudah... Dahlah tak buat kerja lagi nak komen pasal aku. Mana pula Aira ni lama sangat bersiap" Tak cukup Deniz, Aira pun kena marah juga pagi itu.

"Tak apa. Kita pergi dulu. Biar Deniz tunggu Aira. Nanti, dia orang tumpang Andi aja" Arjuna sudah menghidupkan enjin kereta.

"Naik dengan Andi?" Iskandar kerut dahi.

"Iyalah... Kau jangan buat tak reti pulak... Rasanya aku dah terang kat kau percutian kita ni untuk apa"

Arjuna malas nak melayan kerenah Iskandar lagi. Dia segera menutup pintu kereta sambil menurunkan cermin tingkap.

"Tahu tapi..."

"Tak payah nak banyak fikirlah. Pergi aja dulu. Kak Yam dah lama tunggu tu. Awak jangan risau saya ada dengan Aira.”

Tak sempat Iskandar nak bercakap Deniz dah potong dulu.

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now