BAB 12

5.2K 110 3
                                    

Setelah pemanduan mendaki kawasan berbukit yang jalannya berturap, Andi memberhentikan kenderaan di satu kawasan lapang yang dikelilingi pokok-pokok balak yang tinggi.

" Dah sampai" beritahu Andika.

Dia keluar dari kenderaan kemudian membuka pintu belakang lalu mendukung Sofia dan mengambil beg galas.

Andika perasankan Aira yang terpegun melihat kawasan itu sebaik keluar dari kenderaan.

Deruan air terjun kedengaran begitu jelas. Aira tahu tempat itu tetapi perubahan kawasan sekeliling membuatkan dia terpaku seketika.

Air terjun itu adalah air yang jatuh dari bukit. Tidak begitu tinggi tetapi cukup deras hingga air yang turun mengalir menjadi lata atau juga dipanggil jeram.

Air itu mengalir hingga ke kaki bukit menjadi tali air sehingga ke ladang ternak Reyhan yang letaknya lebih lima kilometer dari situ.

"Cantiknya tempat ni. Abang Rey yang buat tempat ni ke?" tanya Deniz. Dia menggalas beg berisi pakaiannya lalu mengekori Andika.Dari jauh dia nampak Iskandar dan Maryam sedang duduk di sebuah astaka berhampiran lata.

Soalan Deniz tidak berjawab. Aira masih memerhatikan kawasan sekeliling. Ada beberapa buah kabin dibina dalam jarak beberapa langkah dari lata.

Kabin itu agak besar saiznya. Dibina daripada kayu dan rekaannya tampak kotemporari dengan kayu yang dicat dengan warna kelabu putih.

Aira yakin tempat itu dibina sejak dia meninggalkan kampung. Seingatnya kali terakhir dia mendaki hingga ke puncak bukit, kawasan itu hanya tanah lereng bukit yang tidak ada sebarang binaan pun. Biasanya mereka akan memasang khemah saja jika bermalam di situ.

Kawasan bukit itu nampaknya telah ditarah menjadi lapang cukup untuk membina kabin-kabin dan beberapa keperluan asas lain.

"Kak Aira! Tercegat apa lagi tu. Marilah sini!" panggil Deniz apabila sedar Aira tiada di belakangnya.

Entah apalah yang difikirkan wanita itu. Dah macam rusa masuk kampung. Padahal ni kampung dia kot..

Setelah dipanggil barulah Aira mengatur langkah. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya tentang kawasan itu. Entah kepada siapa dia hendak bertanya. Kepada Andika jauh sekali. Mungkin dia boleh tanya kepada Reyhan.

"Eh... Dah hidang ke? Cepatnya!"

Deniz melihat di atas meja kayu sudah terhidang bekalan yang dibawa.

"Habis tu nak tunggu kau? Memang taklah..lembab"

"Iskandar... Apa cakap macam tu kat Deniz. Tak habis kamu nak marahkan dia"

"Tau tak apa Kak Yam. Orang datang sini nak relax.. Tapi dengar awak berleter makin stres saya tau. Eloknya tinggal aja dia ni kat rumah tadi Kak Yam."

"Amboi sedapnya kau cakap...nak tinggal aku erk? Dah la kau tak tolong aku memasak lagi kau nak suruh aku tinggal."

Deniz tayang muka selamba. Dia duduk di sebelah Maryam.

"Elok juga kau tak tolong aku memasak. Kalau kau ada masuk dapur kau kesti nak menyibuk dengan hidangan turki kau yang entah apa-apa tu."

"Hish... Tak habis lagi ke?" Marah Maryam.

" Dia ni memang racist Kak Yam. Asyik nak menghina makanan bangsa lain"

"Mana ada aku racist..." iskandar membela diri.

"Arjuna mana?"

Tanya Andika. Perbalahan kecil antara Deniz dan Iskandar terhenti.

"Dia pergi belakang sana. Hidupkan generator"

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now