BAB 14

5.2K 102 10
                                    


“ Cepatlah Kak Yam!”

“Iya... Kamu tak nampak akak tengah gigih ni. Kamu tu lainlah… kurus. Akak ni berat 80 kg tau! Naik mengah mendaki bukit ni”

Maryam membetulkan penafasan sebaik saja dia sampai ke puncak bukit.

Kalau bukan sebab terpaksa tak mahu dia mendaki bukit itu. Aira yang beriya-iya mengajaknya ke puncak bukit sedangkan Deniz seronok berlingkar di atas katil macam ular sawa.

Aisyah pula beri alasan kepenatan dan menawarkan diri menjaga Sofia yang sudah bangun dari tidur.

Sepupu-sepupu lelakinya seorang pun tak keluar dari kabin. Cuaca lepas hujan tentulah sejuk. Mereka lebih rela tidur daripada beriadah.

Akhirnya dia jugalah yang menjadi pilihan terakhir menemani Aira ke puncak yang letaknya hanya 100 meter dari air terjun Pelangi.

“ Kak Yam! Tengok tu!”

“Apa? Aku ni dah semput tau! Biarlah akak tarik nafas dulu”

“Sana tu! Pelangi dah muncul. Kan betul Aira cakap. Lepas hujan mesti ada pelangi kat sini… Besarnya!”

Aira kelihatan begitu teruja. Maryam melihat di kaki langit ada pelangi kembar yang begitu indah sekali.

“ Masya-Allah. Cantiknya…”

Aira merakam gambar pelangi itu dengan telefon pintar. Sempat juga dia berswafoto sebelum mengajak Maryam duduk di atas tanah sambil menghadap pemandangan yang memukau.

Cahaya matahari sudah kelihatan walaupun rintik-rintik hujan masih ada.

“Marilah duduk sini Kak Yam” Ajak Aira.

“Akak datanglah ni”

Maryam berjalan agak lambat. Kakinya sedikit lenguh. Dia segera duduk di sebelah Aira.

Mereka berdua senyap sahaja. Tidak berbual kerana begitu terpesona dengan pemandangan di bawah sana.

Aira menyandarkan kepalanya di bahu Maryam. Nun jauh di seberang sana ada satu lagi bukit yang menyamai ketinggian bukit itu.

Namanya Bukit Seladang atau ada juga penduduk memanggilnya Bukit Pokok Sebatang.

Bezanya, tuan tanah kawasan bukit itu membuka kepada sesiapa saja untuk mendaki bukit itu. Tidak seperti bukit milik arwah datuknya ini. Sejak dahulu tidak dibenarkan orang luar menerokanya.

“Kak Yam. Ingat tak masa kita kecil dulu kita selalu datang ke sini lepas hujan”

“Ingat… Tapi masa tu akak ni kurus lagi. Usah kata mendaki, berlari naik ke sini pun boleh..”

Aira ketawa mendengar omelan Maryam.

“Tuk ayah selalu marah kita ke sini sebab bahaya”

“Itu dulu… Sekarang, Andika dah buat laluan cantik untuk mendaki ke puncak ni. Siap jalan berturap lagi.”

Aira diam sahaja mendengar pujian itu.

“ Kamu ni Aira. Sejak kecil sampailah sekarang, suka benar dengan pelangi. Tengoklah anak kamu tu, dah terkenan sama perangai kamu tu”

Maryam ketawa kecil. Dia menghela nafas perlahan-lahan.

“ Kalau ingatkan zaman kecil. Rasa rindu sangat… tiap kali cuti sekolah, kamu, Arjuna, Iskandar dan Husna akan balik kampung. Masa tu, barulah Kak Yam merasa ada kawan. Iyalah, Reyhan sibuk ikut tuk ayah ke ladang. Andika pula tak habis dengan buku-buku dia.”

“Tiap kali cuti sekolah, Aira memang tak sabar nak balik kampung. Rindu masakan Kak Yam. Lagi best dapat main masak-masak. Yang penting Kak Yam mesti nak jadi kakak. Orang lain tak boleh.”

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now