"Masuklah,Su,"

           Suraya melangkah masuk sambil tersenyum.

          "Kau dah makan belum? Kalau belum aku ada simpan sedikit lauk untuk kau." Soal Suraya lalu duduk dibirai katil Nurin Aira.

          "Haah,lepas solat nanti aku makanlah.Aku pun tak mandi lagi ni." Jawab Nurin Aira. Sebaik pulang kerja sebentar tadi,terus dia melangkah masuk ke dalam biliknya.Niat hatinya ingin tidur tergendala apabila Suraya mengetuk pintu biliknya. "Kau dah makan belum,Alia mana?"

           "Dah,Alia pun dah makan.Alia ada kat bawah. Aku pasang video Upin Ipin kat TV. Dia tengah tengoklah tu."

            "Oh..." pendek sahaja jawapan Nurin Aira.Pantas tangannya mencabut tudung yang masih melekat di kepalanya.Rimas pulak rasanya.

            "Nurin,aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?" Suraya meminta izin.Dia takut pertanyaannya nanti akan membuatkan Nurin Aira marah.

            Nurin Aira tergelak.

           "Tanya jelah.Sejak bila kau pandai minta izin dengan aku ni? Nak masuk bilik aku pun tadi kau ketuk.Kau ni macam tak biasa." Nurin Aira ketawa kecil.Apa-apa jelah Su ni.

          Suraya hanya memandang kosong wajah Nurin Aira.Senyuman Nurin Aira nampak hambar.Tidak macam selalu.

            "Kau ada masalah ke?"

            "Tak ada," Nurin Aira berdalih.

            "Kau jangan tipu aku.Aku tengok kau lain macam.Tengok senyuman kau pun aku dah tahu."

           "Su, jangan risau ya.Aku tak apa-apa.Kalau aku ada masalah pun, biar je aku selesai sendiri."

            "Tapi,aku kawan kau.Masalah kau, masalah aku jugak."

            "Ya,aku tahu Su.Tapi aku dah tak mahu mengusahkan kau.Aku dah banyak mengusahkan kau."

            "Siapa cakap?"

            "Aku cakap...hehehe.Macam inilah Su.Aku tak nak mengusahkan kau lagi.Biar masalah aku kali ini biar aku je yang selesai sendiri.Nanti, kalau ada apa-apa, aku sendiri yang akan minta tolong dengan kau,ya?" ujar Nurin Aira.Memang betul,sejak mereka kenal ketika zaman belajar dahulu sampai sekarang, dia tak habis-habis menyusahkan Suraya. Biarlah kali ini, masalah keluarganya dia yang selesaikan sendiri.

            Suraya mendengus kecil.

           "Apa-apa jelah,kau nie Nurin.Tapi aku nak kau ingat,kalau kau ada masalah kau cakap je kat aku.Aku sedia membantu.Kau tak payah malulah dengan aku.Aku ikhlas nak tolong kau." Suraya memegang erat tangan Nurin Aira sambil tersenyum.Biarlah,apa pun masalah kau,aku tahu kau boleh selesaikan sendiri.Kau seorang yang kuat."Okeylah,aku nak keluar dulu,nak tengok tuan puteri kat bawah tu.Kau pergilah mandi,dah bau kambing dah."

              Terjengil biji mata Nurin Aira mendengar kata-kata selamba Suraya.

             "Kau tak suruh mandi pun memang aku nak pergi mandi ni." Jerit Nurin Aira.Suraya sudah pun menapak keluar.

             "Aku bertuah ada kawan macam kau,Su.Kau baik sangat. Terima kasih sudi jadi kawan aku." Ucap Nurin Aira sendirian lalu pantas melangkah ke bilik air.

                     

PAGI  itu ketika bersiap-siap ke tempat kerja,Nurin Aira telah mendapat panggilan daripada seseorang.Berita gembira. Kereta Myvinya sudah ada pembeli.Ada seorang pembeli dari, Subang Jaya telah berminat untuk membeli keretanya.Alhamdulilah.

            Ini antara pakatan dia dan rakan sekerjanya tanpa pengetahuan Suraya dan keluarganya.Biarlah ini menjadi rahsia dulu.Bila sudah stabil,barulah dia berterus terang.

            Nurin Aira melangkah menuruni anak tangga dengan senyuman lebar di bibir.Satu masalah telah selesai.Nyawa mak mesti selamat.

           "Assalamualaikum...Su.Hai...anak mama." Nurin Aira tersenyum sambil mencium pipi montel Alia.

             Suraya menjawab salam dalam hati.Pelik! Semalam muram,hari ini ceria.Apa kena dengan Nurin ni? Perangai memang susah dijangka.

            Nurin Aira perasan akan lirikan mata Suraya yang tajam.Tetapi dia saja buat selamba. Hari ini dia sangat gembira.

            "Best tak nasi lemak mama masak sayang?" Nurin Aira gembira melihat Alia yang sedang berselera menjamah masakannya.Tangannya pantas mencapai senduk untuk menceduk nasi lemak.Hari ini giliran dia yang memasak.

            "Best mama,ada kacang,ada kangkung,ada ayam.Best...." Alia menjawab sambil mengangkat ibu jarinya.Tersenyum lebar Suraya dan Nurin Aira pagi-pagi hari.

            "Happy nampak? Apa kes?" Suraya terus bertanya sambil tangannya mencapai cawan berisi kopi.Malas dia menyimpan soalan itu lama-lama.

            "Happy? Adalah.Nantilah aku cerita kat kau ya,Su"

            Suraya dah agak inilah akan dijawab oleh Nurin Aira.

           " Cepat makan sayang,nanti lewat ke tadikakan." Arah Nurin Aira sambil mengelap bibir Alia yang comot dengan tangannya.

            "Kau balik pukul berapa hari ini? Lewat lagi ke?" Tanya Suraya sambil makan dengan seleranya.

              Nurin Aira berfikir-fikir.Orang yang ingin membeli kereta dengannya masih tidak menetapkan janji untuk berjumpa.Menurut pemanggil tadi, beberapa hari kebelakangan ini dia akan sibuk.Ah...yang penting  dia dah janji nak beli.

            "Aku balik awal hari ini," Ujar Nurin Aira sambil melihat jam ditangannya.

            Suraya hanya mengangguk.

                                                

#Jangan lupa vote ⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda 👌💋

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now