"Ab.."

            Tengku Shamil lantas memotong percakapan Aisyah. "Kenapa Sya tanya abang soalan itu? Sya dah tak percayakan abang lagi ke? Sya dah tak cintakan abang, ya?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tengku Shamil.

             "Bukan,"

            "Habis tu kenapa tanya?"

            "Sya tak tahu.Sya tiba-tiba rasa nak tanya.Sya pun tak faham kenapa dengan Sya sejak kebelakangan ini."

              Tengku Shamil memeluk bahu Aisyah.Wanita itu pantas menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya.

              "Abang,Sya cintakan abang.Sya minta maaf kalau soalan Sya buat abang marah."

             "Tak apa.Lain kali jangan tanya lagi soalan macam ini.Kalau Sya tanya jugak,siaplah Sya.Tahulah apa abang nak buat" Tengku Shamil tersenyum nakal.

               Aisyah hanya tersenyum manja.

            Wajah Aisyah ditenung seketika."Sya betul ke nak ikut abang pergi seminar itu?" Tanya Tengku Shamil.Pelik. Aisyah seorang yang tidak gemar keluar berjalan-jalan. Kadang-kadang dia perlu memaksa, barulah Aisyah akan mengikutnya. Ini tidak,  Aisyah sendiri beria-ria mahu mengikutnya ke seminar yang akan diadakan di Tereengganu.

             "Betullah Sya nak ikut.Kenapa, abang tak mahu ajak Sya ke?" Aisyah mula mengangkat punggungnya.Sedikit terasa hati dengan pertanyaan suaminya.

              Tengku Shamil pantas berdiri lalu menuju ke arah balkoni biliknya.Dipeluk erat tubuh  Aisyah daripada belakang.

             "Abang  just tanya je sayang.Kalau Sya ikut abang, lagi abang suka tahu.Kenapa, sejak kebelakangan ini Sya mudah sangat terasa,hah?" Tengku Shamil mencuit hidung isterinya.

             "Hah...Sya pun tak tahu."

            "Ke jangan-jangan Sya..." Tengku Shamil memegang perut Aisyah.

            "Hisss abang ni.Mustahil. Abang dah lupa ke apa doktor cakap?" Aisyah membidas kata-kata suaminya.Dia tahu suaminya hanya main-main.Tak mungkin.

            "Sya...doktor tu hanya manusia biasa.Mana tahu Allah nak bagi rezeki kat kita lagi, kan" Ujar Tengku Shamil.Tak salah baginya untuk bermimpi.

             Aisyah mendengus perlahan.Dia tidak mahu harapannya musnah.Dia tidak mahu kecewa lagi.

            Melihat keadaan Aisyah yang senyap itu.Tengku Shamil gelisah.Mesti Sya tengah fikirkan apa yang aku cakap tadi.

          "Tak apalah, sayang.Nanti ada rezeki ,insya-Allah.Kita cuma perlu berdoa je." Ucap Tengku Shamil.Dia tidak mahu Aisyah sedih.

           "Tak apa abang.Sya dah tak harapkan apa –apa lagi."Sayu suara Aisyah.

           "Jomlah Sya.Dah lewat malam nie.Jom tidur." Mata Tengku Shamil sempat melihat jam yang tergantung dalam biliknya.Sudah hampir pukul 12 malam.

             "Sya tak ngantuk lagi,abang pergi je tidur dulu."

             Tiba-tiba, Aisyah menjerit kecil apabila terasa badannya diangkat.Tengku Shamil terus melangkah masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan jeritan kecil Aisyah.

             "Masa untuk tidur,sayang" Ujar Tengku Shamil lalu meletakkan tubuh Aisyah di atas katil besar milik mereka.

NURIN AIRA bingkas bangun daripada pembaringannya apabila mendengar ada ketukan diluar pintu biliknya.

KERANA DIA MANUSIA BIASADove le storie prendono vita. Scoprilo ora