BAB 18 -- Sakit

5.8K 276 37
                                    

Assalamualaikum. Kepada pembaca semua, saya akan publish beberapa bab sahaja lagi. Untuk pembaca yang ingin dapatkan versi penuh dan lengkap, boleh dapatkan ebook SAYANG YOU'RE MINE dalam bentuk pdf dengan whatsapp kepada saya.

0174329089

✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan.
✅ Kepada yang berminat, boleh whatsapp number +60174329089
✅ Ada extra scene bulan madu
✅ Page : 1270
✅ Ready file 😍

___________________________________

Kaki Reen melangkah laju ke dewan kuliah. Semester ke enam ni terlalu sibuk baginya. Banyak assignment yang tough perlu diselesaikan ditambah dengan pengenalan kepada thesis. Tapi dia suka dengan life nya sekarang. Lebih tenang, lebih mententeramkan. Biarpun sekali sekala dia rindukan Ameer, tapi dia masih boleh tersenyum. Dia menganggap kehadiran Ameer dalam hidupnya sebagai kejadian yang terindah sepanjang umurnya.

Adam! Adakah lelaki itu sudah berjaya menghuru-harakan hatinya? Ya, Adam berjaya. Setiap kali dekat dengan Adam, jiwanya menjadi bergelora. Gementar dengan setiap pesona dari Adam. Dulu tak.. Dulu dia tak rasa semua tu. Tapi sekarang, sejak Adam jadi guardiannya, dia rasa semua tu. Rasa ingin sentiasa dekat dengan Adam. Rasa seronok bila Adam terlalu ambil berat dengan dirinya. Rasa terhibur setiap kali Adam buat lawak bodoh dengannya. Rasa ingin menjadi seorang yang manja setiap kali merajuk. Reen benar-benar suka.

"Ehem! Pagi-pagi dah goda orang. Kenapa senyum?" Tanya satu suara sebaik sahaja dia belok di persimpangan bangunan untuk menuju ke dewan kuliah. Tak perlu ditoleh kerana dia tahu pemilik suara garau yang selalu berbisik dengannya di corong telefon setiap malam. And as usual, Adam sangat wangi. Itu yang membuatkan dia tertarik berada berdekatan dengan Adam. Adam terlalu menjaga personaliti dan penampilan dirinya. Kemas dan rapi.

"Tak ada apa. Eh, ingatkan aku paling lambat. Rupanya ada lagi orang yang lambat." Reen tergelak memerli Adam.

"Aku lambat sebab pagi tadi sahaja aku mandi.."

"Ish.. Sewel! Pastu sempat tak subuh?" Reen menampar bahu Adam.

"Sempat lah.. Tu yang kelam kabut. Bangun-bangun je dah basah."

"Bodoh la! Tak payah cerita kat aku lah.. Aku ni suci." Reen menekup telinganya. Adam tergelak melihat reaksi Reen.

"Habis kelas nanti tunggu aku. Ada benda nak bagitau kau." Adam berbisik dan terus melangkah ke arah Farihan yang sudah tiba lebih awal di dewan itu.

Reen melabuhkan punggung di sebelah Diana. Dia meletakkan bagnya dan mengeluarkan handphonenya. Dia menguis seketika sebelum tersedar akan kehadiran lecturer.

Tamat kuliah, Reen melangkah ke library. Mencari kelibat Adam. Namun belum kelihatan.

"Tadi cakap suruh datang sini. Mana pulak mamat terencat ni?" Gumam Reen perlahan. Dia melangkah ke bilik diskusi dan menolak daun pintu.

"Eh.. Err. Tak pa lah. Aku tunggu kat luar." Reen tergagap sebaik melihat Adam bersama Tasya di dalam bilik itu. Dia terkejut melihat Tasya yang beriya memegang tangan Adam dan badan mereka sangat dekat. Dalam kekalutannya yang serba tak kena, dia tak tahu nak menghala ke mana.

'Kenapa rasa kecewa macam ni? Aku suka Adam ke? Tak, Tak mungkin! Tapi, Dia couple dengan Tasya ke?'

Reen tiba di rak buku paling hujung. Memegang tepi rak itu kerana kakinya terasa lembik. Dia meraba pipinya. Ada air!

'Aku menangis ke? Kenapa aku menanagis. Eh, apa kena dengan aku ni?'

"Reen.." Bahunya ditarik seseorang. Dia berpusing. Adam kelu lidah melihat muka Reen.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now