BAB 16 -- Indah

5K 231 14
                                    

Assalamualaikum. Kepada pembaca semua, saya akan publish beberapa bab sahaja lagi. Untuk pembaca yang ingin dapatkan versi penuh dan lengkap, boleh dapatkan ebook SAYANG YOU'RE MINE dalam bentuk pdf dengan whatsapp kepada saya.

0174329089

✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan.
✅ Kepada yang berminat, boleh whatsapp number +60174329089
✅ Ada extra scene bulan madu
✅ Page : 1270
✅ Ready file 😍

___________________________________

Adam melepaskan keluhan kasar. Hari ni buat pertama kalinya Reen tak bercakap dengannya sudah lebih lima hari. Selepas peristiwa Tasya menyerang Reen, Reen sedaya upaya mengelak dari Adam.

Tiga hari Reen menghadiri pertandingan debate langsung dia tak mengendahkan call dari Adam, mesej juga tidak di balas. Reen meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Balik dari pertandingan debate, dah dua hari langsung tak bertegur sapa di dalam kelas.

Adam rungsing bercampur gelisah apa lagi bila memikirkan kata-kata Reen yang ingin menerima ajakan Harris untuk bercouple. Petang itu, dia bersama pasukan bola sepaknya tamat latihan awal. Sewaktu melintasi gelanggang squasy, dia terlihat Reen sedang memukul bola squasy dengan lincah. Dia tersenyum senget. Ini adalah peluangnya. Langkah kaki dibawa menghampiri Reen dengan senyap. Raket junior yang sedang berehat di gelanggang sebelah dipinjam olehnya. Dia masuk perlahan-lahan dan terus memukul bola yang terpantul akibat pukulan Reen. Reen berhenti berlari dan berdiri statik memandang ke arah Adam. Adam tersenyum dan mengenyitkan matanya. Raket di tangan, dibaling ke sisi lalu Reen melangkah longgar.

"Forgive me." Adam menghalang laluan Reen. Reen menolak tubuh Adam dan menjeling tajam.

"Tepilah. Nanti Tasya marah aku lagi."

"She is nothing to me." Ucap Adam perlahan. Reen mencebik mukanya seperti mengejek ucapan Adam

"Me too!" Balasnya pendek.

"No. You're my everything." Kedua dua tangannya di seluk ke dalam poket seluar tracknya. Adam masih tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Reen mula terkhayal. Muka Adam nampak macho sangat dengan kening yang terlukis kemas dan panjang. Bibir merah milik Adam ditenung lama sebelum memerhati hidung mancung Adam. Mata yang sangat unik berwarna tembaga dan keemas-emasan. Mata itu selalu tajam menikam ke dalam matanya. Jawline milik Adam kelihatan sangat seksi. Lima hari, buat dia sangat rindu dengan lelaki ini.

"Aku handsome sangat kan?" Adam ketawa kecil menutup kerancakkan jantungnya yang berdegup kencang akibat dipanah oleh mata cantik milik Reen.

"Perasan. Tepilah. Nak balik."

"No! Sehingga kau baik balik dengan aku." Adam melangkah ke hadapan menghampiri tubuh Reen. Kedua-dua tangannya didepakan seperti sedang mengepung Reen. Reen sedikit menapak ke belakang.

"Aku tak nak terlibat dah dengan scandal-scandal kau. Aku nak alone, aman tanpa gangguan."

"Aku tak ada scandal dah. So, kita boleh berbaik balik?"

"Aku tak nak berbaik dan rapat dengan kau lagi."

"Come on, Reen. Kenapa? Sebab kau dah terima Harris?" Tanya Adam serius.

"Tak!!!" Laju Reen menjawab pantas. Dia ingin menyatakan yang dia tak terima Harris pun. Tapi dalam masa yang sama, dia tak nak jawapannya itu menunjukkan yang dia sedang terhegeh dengan Adam. "Tak.. Maksud aku, aku belum buat keputusan." Ini jawapan yang selamat baginya ketika ini.

"Kau tak boleh terima Harris. Aku tak izinkan."

"Kenapa pulak?" Reen bertanya hairan. Adam menggaru pelipisnya dan terus berdecit. Dia berjeda dan memandang Reen sangat lama.

Sayang, You're Mine ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang