BAB 14 -- Getar

4.5K 207 10
                                    

Assalamualaikum. Kepada pembaca semua, saya akan publish beberapa bab sahaja lagi. Untuk pembaca yang ingin dapatkan versi penuh dan lengkap, boleh dapatkan ebook SAYANG YOU'RE MINE dalam bentuk pdf dengan whatsapp kepada saya.

0174329089

✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan.
✅ Kepada yang berminat, boleh whatsapp number +60174329089
✅ Ada extra scene bulan madu
✅ Page : 1270
✅ Ready file 😍

___________________________________

Hari ini adalah hari terakhir mereka berkhemah. Mengikut jadual, slot pagi itu adalah menyimpan khemah dan juga membersihkan kawasan perkhemahan. Selepas makan tengah hari, mereka akan berangkat pulang.

Selesai bersarapan pagi, Reen mencari kelibat Adam yang telah menghilang. Pagi ini dia masih belum bertegur sapa dengan Adam. Mengingati peristiwa semalam, entah kenapa Reen rasa risau dan takut dengan persepsi Adam. Risau jika Adam salah faham. Takut jika Adam merajuk dengannya. Padahal, mereka hanyalah sekadar kawan.

Peserta lain sudah mula sibuk mengemas khemah. Reen ternampak Adam sedang menggulung tali khemah. Dia tahu Adam sedang sibuk. Tak mungkin Adam akan melayannya dengan baik ketika ini. Jadi, dia kuburkan hasratnya yang ingin menegur Adam.

Tidak semena, Adam berpusing sambil bercekak pinggang. Mata mereka bertemu. Reen terus terkedu. Adam hanya statik memerhatikannya tanpa sebarang riak mahupun secalit senyuman.

'Angin apa pulak mamat ni?'

Reen menggaru tengkuknya lalu berpusing menuju ke khemahnya. Dia serba tidak kena. Keadaanya yang gelisah menampakkan dirinya yang seperti salah tingkah. Dia menoleh lagi, dan Adam sudah tidak ada di situ. Reen melepaskan nafas lega. Selesai mengemas khemah, mereka menuju ke dewan untuk membersihkan dewan. Adam sedang melipat banner. Reen menghampirinya perlahan-lahan.

"Kenapa kau macam marah dengan aku? Aku ada buat salah ke?" Tanya Reen sebaik sahaja berada di sisi Adam. Tangannya diseluk ke dalam seluar track. Adam hanya tajam memerhatikannya sambil tangan lincah mengemaskan lipatan banner tersebut.

"Tak ada lah. Biasa je." Adam beriak tenang.

"Tipu. Dari pagi tadi kau tak tegur aku. Pandang aku pun macam nak marah je. Kenapa?" Tanya Reen lagi. Tak puas hati.

"Tak ada sebab aku nak marah dengan kau. Aku okey jer."

"Macam baru hari ni aku kenal kau. Tahulah kau marah. Apahal? Bagitau je lah." Reen mendesak.

"Lah. Dah tak ada apa, marah apa bendanya? Serabut lah!" Balas Adam kasar.

"Ohh." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Reen. Dia terasa malu dengan diri sendiri.

'Kenapa nampak macam aku pulak yang terhegeh-hegeh dengan dia. Yang aku serabut sangat ni apa hal? Erghh. Buat malu jer.'

Reen yang tersedar dari lamunan dan diri dia masih diperhatikan oleh Adam. Dia mengangkat bahunya dan cepat-cepat melangkah pergi.

'Entahlah. Dah kau nak marah, aku pun tak tau salah aku apa.'

Reen berputus asa. Bukan tak pernah bergaduh dengan Adam. Kadang sampai berhari-hari.

'Kena sedar diri la Reen. Adam tu bukan Ameer yang sentiasa caring dengan kau. Sekarang kau alone. Kau sedih ke, kau marah ke, kau terasa hati ke, tak ada harinya dia nak peduli. Kau siapa?'

Monolog dalaman Reen itu membuatkan matanya tiba-tiba menghadirkan air yang bertakung di dalam kolam matanya.

***

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now