BAB 8 -- Pergi

3.9K 182 5
                                    

Memulakan kuliah pada hari isnin itu, Reen terasa sangat lemau. Mungkin masih terbawa-bawa dengan kejadian semalam. Perasaan sedih dan kecewa dengan papanya. Entahlah. Reen semakin kusut apabila memikirkan di sudut pandangan orang lain, hanya Reen yang kelihatan bersalah. Terlalu berlebihan dalam menghukum.

Tamat kelas pertama, Reen menyimpan peralatan alat tulinya lambat-lambat ke dalam beg.

"Moody lagi ke ni? Dari semalam monyok." Adam duduk di sebelahnya apabila kawan-kawan yang lain sudah habis keluar meniggalkan dewan kuliah.

Melihat Reen yang hanya diam membuang pandang, Adam menarik sedikit rambut Reen yang berjuntaian di dahi. Reen pantas menepis tangan Adam.

"Kata ada perjumpaan AJK K.O.T sekarang?" Reen bertanya pada Adam yang masih merenungnya. K.O.T adalah kejohanan olahraga tahunan yang akam diadakan setiap tahun. Tahun ini, giliran batch mereka yang sepatutnya handle persiapan dari mula hingga ke akhir temasya.

"Postpone ke pukul 12. Jom lah, nak makan dulu atau tunggu kat bilik meeting terus?"

"Aku nak tunggu Ameer habis kelas. Kau pergi lah dulu." Reen menyimpan buku ke dalam begnya.

"Aku gerak dengan kau sekali."

"Jomlah, lepak library dulu. Kejap lagi pukul 11.30 Ameer habis kelas."

Adam bangun mengikuti langkah Reen keluar dari dewan. Sungguh dia tidak suka dengan Reen yang sekarang. Reen yang memilih untuk diam. Reen yang tak banyak bicara. Dia lebih suka Reen yang suka marah-marah.

"Aedreena!" Baru sahaja ingin menuruni anak tangga, langkahnya terhenti apabila namanya diseru seseorang." Pantas Reen menoleh melihat Mr Elangko sedang berjalan pantas ke mereka.

"Ha.. bagus, Adam pun ada sekali. Ni tadi saya ada terima surat jemputan ke perlawanan bola baling dengan team IKBN dan juga UiTM . Kumpul team kita lelaki dan perempuan ya. Start training petang ni."

"Lawan bila sir?" Tanya Reen.

"Next week. Hari sabtu."

"Petang ni macam tak boleh. Sebab kita oranh kena buat lane balapan." Terang Adam pada lecturernya.

"Okey, kalau macam tu petang esok lah turun training."

"Baik, sir." Mr. Elangko hanya menganggukkan kepala dan berlalu meninggalkan mereka.

"Kau kumpul team perempuan, aku kumpul team lelaki." Adam memberi arahan dan mereka sama-sama melangkah ke library.

Masuk ke library, Reen terua dudum di area bahagian akhbar dan majalah. Adam duduk berhadapan dengan Reen yang kelihatan sedang tekun membaca surat khabar.

"Apasal kau senyum-senyum?" Tanya Reen hairan. Dia menoleh ke arah hala pandangan Adam. Ada seorang junior perempuan yang sedang berdiri di rak sambil melebarkan senyum pada Adam.

"Ceh, asal masuk library ja cari jodoh. Asal masuk library ja jumpa jodoh." Reen memerli Adam dengan sinis.

"Kau kenal ke? Course apa ek?"

"Junior tu budak Teknopen tu. Roomate Aida." Reen kembali fokus membaca akhbarnya.

"Reen, tolong adjust jap. Dapat keluar weekend ni pun okey dah." Adam tersenyum kemiangan.

Reen menoleh lagi sekali. Junior perempuan itu masih bermain mata dengan Adam. Nampak sungguh ketertarikannya pada Adam.

"Weh, tengok apa?" Tanya Ameer yang baru saja tiba melihat kawan-kawannya sedang memerhati ke arah sudut rak buku di belakang.

"Adam tengah masuk jarum, ngorat awek tu."

"Wow! Yang tengah senyum tu ke? Manis... cun melecun." Ameer melorekkan senyumannya.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now