BAB 2 -- Kacau

5.9K 189 3
                                    

"Tak nak lah, mama. Tak payah nak hantar sini. Orang tak suka. Belambak lagi U kat KL. Kenapa nak hantar sini jugak?"

"Biarlah adik dekat dengan Reen. Kat sini tak ada siapa nak baik dengan adik. Along busy. Mama busy. Papa, Reen tahu la kan? Selalu dengan aunty."

"Habis? Nak lepas kat Reen lah ni? Reen jadi pengasuh? Macam tu? Tak cukupkah selama ni Mama buang orang bertahun-tahun tinggal dengan nenek. Langsung tak ambil tahu pasal orang. Mama, mama ingat orang ni tak ada perasaan ke? Mama dah lupa ke Reen pun anak mama? Sekarang nak susahkan orang lagi?" Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya merembes juga. Hatinya sangat terluka. Sejak dulu lagi disaat mama dan papanya membuat keputusan untuk menghantar Reen tinggal dengan neneknya. Jika ditanya seberapa parah luka di hatinya, jawapannya Reen sendiri tidak dapat menentukannya. Sakit yang ditinggal itu sangat pedih untuk diungkapkan.

"Reen. Mama minta maaf dengan semua keputusan mama sebelum ni. Tapi Reen, adik tu bukan kecik lagi. Dah besar. Reen tak payah nak jaga macam baby pun. Adik yang buat permintaan nak dekat dengan Reen. Please."

"Reen still tak nak. Mama, please! Orang nak fokus study lah. Menyampah tahu tak kalau dia ada kat sini. Menyemak!" Bentak Aedrina sambil menangis.

"Reen! Apa cakap macam tu? Tu adik Reen lah. Janganlah buat perangai macam ni. Along, Reen dengan adik saja anak mama. Korang bergaduh macam ni, mama susah hati tau."

"Siapa yang buat perangai? Selama ni mama anggap Reen ni family ke? Mama pernah anggap Reen ni anak mama ke? Tujuh tahun Mama biar orang tinggal dengan nenek. Datang jenguk kejap-kejap saja. Mama ingat orang ni anak kambing ka? Sekarang ni mama nak salahkan Reen tak rapat dengan adik beradik? Siapa yang buat siapa ni?" Hambur Reen lagi. Air mata sudah bergenang. Roomatenya, Ayu hanya memandang pertelingkahan yang berlaku antara dua beranak itu melalui talian telefon.

"Reen.. Mama tahu selama ni banyak salah Mama. Mama ada sebab buat macam tu, sayang. Mama bukan saja-saja nak tinggalkan Reen. Time tu keadaan sangat serabut. Papa kan ada masalah dengan mama. Urusan Syarikat lagi. Mama tak dapat nak handle semuanya."

"Jadi, mama campak Reen dengan nenek. Dan Reen lah yang perlu menjadi korban? Kenapa Edriel tak kena campak pun?"

"Time tu adik baru darjah enam Reen. Nak urus diri sendiri pun tak betul lagi."

"Mama dan papa membesarkan anak dengan tidak adil. Membeza-bezakan setiap anak. Apa-apa je lah mama. Reen dan penat. My answer is still No. Reen tak nak Edriel datang sini."

"Tak apa lah. Mama bukan nak minta kebenaran Reen. Mama cuma nak beritahu. Nanti Mama minta Ameer tolong tengokkan adik."

"Mama jangan nak libatkan Ameer dalam masalah keluarga kita, ya. I'm warning You!" Hubungan Reen dengan mamanya memang kurang baik sejak Mamanya membuat keputusan meninggalkan Reen yang ketika itu berada di tingkatan empat dengan neneknya di perlis.

Ketika itulah Reen berkawan dengan Ameer yang merupakan anak kepada salah seorang menteri dan Syed Adam yang merupakan cucunda Raja. Dua bulan berkawan, akhirnya Ameer menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan cinta dengannya. Mereka bertiga sangat akrab. Sebaik tamat tingkatan lima, Reen membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Institusi Awam dalam negara.

Ameer dan Adam juga membuat keputusan ingin mengikuti Reen walaupun mendapat tentangan dari keluarga mereka yang ingin mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Masalah keluarga Reen sangat rumit ditambah dengan perasaan jiwa remajanya yang memberontak menyebabkan dia memusuhi mama dan papanya sendiri. Hanya abangnya yang sulung sahaja selalu mengambil berat tentang keadaan dan kebajikannya selama dia ditinggalkan dengan neneknya.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now