BAB 17 -- Updrade

4.7K 276 13
                                    

Assalamualaikum. Kepada pembaca semua, saya akan publish beberapa bab sahaja lagi. Untuk pembaca yang ingin dapatkan versi penuh dan lengkap, boleh dapatkan ebook SAYANG YOU'RE MINE dalam bentuk pdf dengan whatsapp kepada saya.

0174329089

✅ ebook Sayang You're Mine sudah siap diedit dan telah dibuka untuk jualan.
✅ Kepada yang berminat, boleh whatsapp number +60174329089
✅ Ada extra scene bulan madu
✅ Page : 1270
✅ Ready file 😍

___________________________________

"Kau tengok tak muka cuak Hana tadi time dia terkencing.. 'Korang..' Hahaha." Diana masih lagi tergelak perlahan.

"Kau lah. Dia dah warning jangan gelak, kau gelak apasal." Reen sambung gelak.

"Kau pun sama. Tapi kan.. Better dia kencing tadi daripada dia kencing time fly nanti. Berterabur dari atas." Mereka berdekah ketawa.

"Bodoh.." Reen tak sempat habiskan ayatnya.

"Pakai betul-betul harness tu. Jangan main-main lah! Asyik bergelak je." Marah Adam. Mereka yang sedang memakai harness masih lagi ketawa.

"Sibuk je. Tahu lah!" Reen membidas. Mereka sambung bergelak. Tinggal lagi tiga orang pelajar lelaki yang akan turun.

Hana sudah tiba dengan muka masamnya. Namun, mimik mukanya mengundang ketawa dari rakan-rakam yang lain.

"Lamanya kau menyalin. Kau lap tak air kencing atas tanah tadi tu? Kang ada yang suka." Liza mengusik. Reen dan Diana tukang gelak.

"Patutnya aku kencing je atas muka korang sorang sikit. Biar merasa!" Hana geram.

"Oii!!! Dah la gelak tu. Apa yang lawaknya entah! Carabiner kunci tak lagi tu?" Tanya Adam garang.

"Ye.. Tahu lah.. Ish!!!" Reen menjeling sinis. Suka menyibuk mamat ni.

"Handsome pulak tengok Adam garang macam ni." Bisik Diana perlahan. Reen menoleh sambil terjongket keningnya tidak percaya.

"Betul! Badan dia tough la.. Urat-urat kat tangan tu nampak sangat seksi." Liza pula yang berbisik.

"Adam! Dia suka kau. Dia kata kau handsome." Reen tergelak sambil mengadu pada Adam.

"Reen! Kau memang bongok!" Diana meluku kepala Reen sambil tersenyum malu pada Adam. Adam langsung tak endahkan mereka dan dia masih lagi bermuka serius.

"Dah, sini! Beratur." Tiba turn pelajar perempuan pula yang akan turun. Diana tak habis-habis berselfie.

"Aku campak jugak handphone kau ni kejap lagi. Simpan lah!" Marah Naufal kepada Diana.

"Sibuk la shrekk ni.. Shuh.. Shuh.." Reen tergelak. Apasal hari ni dia rasa happy sangat eyh? Adam je yang macam jeruk kelubi.

Bengang dengan mereka yang asyik bergelak ketawa sebentar tadi. Adam menjeling Reen yang duduk bersandar pada batang pokok.

'Eleh. Ingat aku heran dengan kau punya jeling tu? Aku pun ada la.'

Reen menjeling hingga terbalik biji mata hitamnya.

Tiba giliran Reen. Reen malas pula nak ke depan. Di pandang Adam sekilas yang sedang menyusun Harness dan helmet di atas tikar. Adam pula buat tak endah. Reen berdiri di hadapan Farihan yang bertugas sebagai tukang pelepas. Dia akan check semua dari atas hingga ke bawah.

"Helmet mana?!!!!" Jerkah Farihan di tepi telinganya. Tersentak badannya ke belakang akibat terkejut.

"Bodoh! Tak payah tempik lah." Reen mengumam perlahan namun takut jugak sebenarnya bila ditempik sebegitu. Mereka geng lelaki memang marahkan geng perempuan kerana asyik bergelak ketawa dari tadi.

Sayang, You're Mine ✔️Where stories live. Discover now