"Sebab kaulah adik aku terlibat! Kalau kau rasa tak mampu nak jaga barang kau elok-elok, kau buang sajalah! Tak payah nak susahkan orang! Kau tahu tak, disebabkan kau adik aku kena tikam lepas itu ditolak pula itu ke jalan raya!" Sambung Luhan tanpa menghiraukan nasihat adik-adiknya yang lain.

"XI LU HAN!" Pekik Kris.

"Bawa perempuan ini keluar." Perintah Suho ke arah seorang jururawat yang kebetulan lalu.

"Hyung, stop. Tak ada gunanya kita salahkan orang. Perempuan itu tak salah apa-apapun. Dia pun jadi mangsa juga hyung. Please." Pujuk Chen.

Sejujurnya, mereka tak pernah lagi tengok seorang Xi Lu Han mengamuk seperti itu. Serius, dia seolah-olah bukan Luhan yang mereka kenal. Luhan yang mereka kenal adalah seorang yang penyabar, penyayang dan pemaaf.

"Hiks.. Aku berusaha jadi baik. Tapi Tuhan tak pernah hargai apa yang aku buat. Kenapa Dia nak ambil adik aku? Apa salah Hye Seol? Berat sangat ke dosa roh tanpa takdir? Kalau berat sangat kenapa Dia tak ambil saja nyawa Hye Seol ketika budak ni masih kecil?" Rungut Luhan.

Tubuhnya jatuh ke lantai. Air mata jangan cakap.

Kris menghampiri abangnya itu. Dia juga berusaha menahan air mata, tapi dia tak mampu. Dia kalah dengan perasaannya. Ego yang menguasainya dulu kini telah hilang entah ke mana.

"Maafkan aku, hyung."



~ ¤ ~



Sebulan berlalu. Namun, tiada perubahan dengan keadaan Hye Seol. Nak kata kritikal, tak juga. Nak kata stabil, tapi kadang kadar nadinya rendah dan tak teratur. Doktor sendiri pun tak tahu nak jelaskan apa kepada keluarga gadis itu.

Clak ...

Lelaki itu tersenyum perlahan. Buah-buahan segar yang baru dibelinya diletakkan di atas sebuah meja kecil bersebelahan dengan katil Hye Seol.

"Selamat pagi, sayang. Tak puas lagi ke tidurnya?" Sapa Sehun sambil membelai rambut gadis itu penuh sayang.

"Oppa ada bawa buah yang sayang suka sangat makan. Nak tengok tak?" Ujar lelaki itu lagi.

Beginilah rutin harian Sehun selama sebulan itu. Sebelum dia masuk office, dia akan menjenguk Hye Seol terlebih dahulu dan berbual kosong dengan jasad itu walaupun tak pernah dijawab. Entahlah. Dia tak pernah rasa jemu.

"Sayang tahu tak, banyak benda yang berlaku selama sayang tidur. Cuma, oppa saja tak sempat nak ceritakan pada sayang. Yalah, kerja kat office banyak sangat mengalahkan gunung. Kadang oppa penat sangat sampai sempat berfikir untuk berhenti. Tapi, oppa kuatkan semangat untuk sayang. Yalah, nanti kalau sayang dah bangun, takkan oppa nak biarkan sayang tengok oppa jadi papa kedana? Malulah oppa nanti."

"Sayang, Lay hyung kan. Dia nak kahwin bulan depan. Dengan perempuan dari Paris. Cantik? Adalah juga. Tapi, sayang yang tetap cantik di mata oppa. Luhan hyung? Dia sekarang jadi partner bisnes oppa. Busy dia lagilah. Kalah presiden negara kita. Kadang dia tak balik rumah tau sayang. Geram pula oppa tengok. Tapi, dia tak pernah abaikan aktiviti makan dia. Ini sebab sayanglah. Yalah, dia tak nak sayang tengok dia kurus kering nanti. Kris hyung dan yang lain? Mereka seperti biasalah. Meneruskan hidup seperti dulu lagi. Sekarangkan, Kris hyung jadi pelupa. Terbalik pula dengan Lay hyung. Lay hyung dah boleh dah ingat apa orang cakap. Tapi Kris hyung? Kalah Lay hyung dulu. Kadang kesian juga dengan dia. Yalah, hari-hari kena bebel dengan Suho hyung sebab asyik lupa saja. Parents sayang? Mereka pun tak kalah sibuknya. Tapi, mereka masih sempat menjenguk sayang kat sini. Jangan risau. Kalau mereka lupa, oppa yang akan ingatkan."

"Oppa pula? Seperti biasalah. Tunggu calon isteri oppa ni buka mata. Oppa tak pernah putus asa dengan sayang. Tak kisahlah berapa lama, tapi oppa akan selalu tunggu sayang. Sebab itulah sayang kena kuat dan lawan semua sakit sayang. Oppa akan tunggu sayang kat sini. Sayang ingat lagikan apa yang sayang cakap? Jangan pernah berhenti berharap pada Tuhan. Sebab, hanya Dia yang akan membantu kita. Oppa tak pernah lupa itu, sayang."

'Ya Tuhan, tolong selamatkan orang yang aku sayang. Tolong buka matanya agar dia dapat menikmati keindahan dunia-Mu ini sekali lagi.'








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN #THANKYOU
#사랑하자

Seol.. Bila kau nak bangun? Kesian Sehun cakap sorang-ii kat situ. Tak ubah macam dia bercakap dengan dinding.

By the way, jangan lupa VOTE. Oh iya, maybe story ni akan habis kat chap 38, 39 or 40 or lebih. Hehe.. Saya manusia yang hanya mampu merancang, guys.

Annyeong

감사합니다 엑소 사랑하자

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now