"What? Macam mana tu?" Soal Minah bingung.

"Sehun boleh selamatkan aku dengan mengubah takdir hidup aku dengan Luhan oppa." Jawab Hye Seol.

Minah terdiam.

"Tapi, apa gunanya aku hidup kalau aku terpaksa kehilangan orang yang aku betul-betul sayang? Aku tak nak jadi gila macam dulu. Kalau betul dia ubah nasib aku, sampai bila-bila aku tak akan maafkan dia. Cukuplah aku kehilangan dia. Tapi, aku tak sanggup abang aku hilang. Jiwa aku tak akan mampu menahan sakit itu lagi." Sambung Hye Seol lagi.

Minah memeluk Hye Seol. Air matanya pula berjurai seperti air terjun.

"Aku sayang kau, Seol. Tak kisahlah kau pergi ke tak, aku tetap akan sayang kau sampai bila-bila. Aku lebih rela kau pergi tanpa kesakitan. Aku tak sanggup tengok kau hidup dalam penderitaan. Kalau ini yang kau inginkan, aku akan lepaskan kau dengan penuh kerelaan." Ujar Minah.

Biarlah orang nak cakap apa. Yang penting, dia lega sebab dapat meluahkan isi hatinya.



~ ¤ ~



"Itu salah satu simptom yang akan dia hadapi sebelum dia pergi. Selepas ini, dia akan kehilangan deria rasanya. Itu tandanya masa dia semakin tiba. Dia hanya ada lebih kurang dua minggu lebih sebelum dia pergi." Ujar Kris perlahan.

Matanya merenung awan putih yang menghiasi dada langit pada pagi hari itu. Cukup indah di matanya.

"Lepas ini hyung nak buat apa?" Soal Suho turut ikut serta melihat pemandangan langit pada pagi itu.

"Entahlah. Aku akan menunggu berita baik dari Sehun. Lepas Hye Seol pergi, tugas dia akan selesai di sini. Dia boleh memilih untuk menjadi manusia atau kekal dengan identitinya sebagai seorang malaikat. Itu terpulang kepada dia." Jawab Kris.

"Dengarnya, Sehun dan Wendy nak kahwin bulan depan. And you know right, kalau Sehun kekalkan identiti dia sebagai malaikat, dia tak boleh kahwin dengan Wendy. Sebab dalam peraturan kita, malaikat mana boleh kahwin dengan manusia melainkan dia kahwin dengan kaumnya sendiri." Ujar Suho.

"Entahlah. Sehun dah cukup matang untuk menentukan masa depannya sendiri. Aku tak nak masuk campur lagi. Cukup aku tengok dia menderita bila berjauhan dengan orang yang dia cintai dulu. Tidak sekarang. Aku dah cukup penat nak layan drama yang tak tahu bila akan tamat." Ujar Kris perlahan.

"Aku harap ingatan Sehun tak akan pulih selamanya. Kalau tak, dia pasti akan lebih terseksa berbanding dulu." Ujar Suho sayu.

"Nak buat macam mana. Takdir dia untuk menghantar Hye Seol kembali ke tempat asalnya. Dia tak sepatutnya jatuh cinta pada roh tanpa takdir itu. Sebab dia pasti akan lebih menderita bila orang yang dia sayang tak akan kembali lagi. Ada sebab kenapa aku melarang dia jatuh cinta dengan Hye Seol. Aku tak nak Sehun ulang balik kesilapan aku dulu dan hidup penuh dengan penyesalan." Ujar Kris lagi.

Pandangan matanya tiba-tiba berubah menjadi sayu.

Terasa bahunya ditepuk oleh seseorang. Kris menoleh ke arah Suho. Lelaki itu memberikan senyuman terbaiknya.

"Lupakanlah apa yang telah berlaku, hyung. Itu semua bukan salah hyung. Tapi salah takdir. Percayalah, Hye Rin pergi tanpa penyesalan. Bahkan, dia pergi dengan penuh kepuasan. Kerana, cinta hyung memenuhi seluruh hidupnya sampai ke akhirnya. Cinta yang pernah hyung berikan kepada Hye Rin dulu seperti oksigen baru bagi Hye Rin. Sudah pasti dia pergi tanpa penyesalan kerana cinta hyung selalu bersamanya." Ujar Suho dengan tenang.

Hanya Suho yang tahu kisah pahit itu. Sebab, dialah orang yang menyaksikan sendiri bagaimana Kris menghantar cintanya pergi. Air mata yang berjuraian di wajah si abang masih segar lagi dalam ingatannya.

"Percayalah, melepaskan orang yang kita sayang sangatlah menyakitkan. Apalagi kita yang terpaksa menghantarnya pergi. Sebab itu, jangan bercinta kalau tak mampu melepaskan." - Kris -








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN #THANKYOU
#사랑하자

Huhu.. I'm crying again. Kris, kisah cinta mu sungguh sedih. By the way, sorry lambat update. Author tengah bergelut dengan Trial SPM. But, don't worry. I'm gonna finish this Monday. Wait for me, ya?

Love you all. ❤❤💋💋

감사합니다 엑소 사랑하자

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now