KMS Ep 12 : Mati 🔞

9K 151 123
                                    

Previously on KMS ep 11

"Azril makan dulu, abang nak pergi mandi jangan pergi mana-mana, faham?" Kata abang Zul sambil bangun lalu dia menuju ke tingkat atas di biliknya.

'bagus ni chance aku untuk lari, tapi kenapa abang Zul boleh lepas aku macam tu ja mesti ada banyak perangkap ni aku kena cepat-cepat' bisik hati aku sambil melihat abang Zul yang menaiki tangga ke bilik nya di atas.

Aku makan cepat kemudian perlahan aku pusing keliling rumah, sebelum aku belah aku kena cari phone aku dulu, 'aduh tak jumpa juga mana dia simpan phone aku tu' bisik hati aku "tak leh jadi ni, biarkan je lah nanti kalau aku tak lari sekarang sampai mati la aku akan ada dekat sini" bisik aku perlahan.

Tanpa berlengah lagi aku menuju ke pintu belakang rumah, ye la kalau ikut situ tak lah obvious sangat, kalau lari pintu depan kang dia nampak sebab bilik dia menghadap ke hadapan rumah, jadi aku keluar mengikut pintu belakang.

Pintu belakang tak boleh buka sebab ada mangga so aku kena la panjat, dalam masa aku nak panjat pintu tu tiba-tiba ...

"Kau nak lari mana??? .." ada suara yang aku kenal mula bersuara.

*************************************************

*Author: Ok episode ada sikit violent scene violent ratednya cuma : 👉🔞👈 so satu je means tak extreme*

Aku memandang kearah suara itu ternyata ianya adalah abang Zul, dia kelihatan tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya ketika melihat aku yang sedang memanjat pintu belakang rumahnya.

Aku mempercepatkan pergerakan aku, kemudian terus aku melompat dari pagar pintu belakang rumah abang Zul tu, kemudian dengan pantasnya aku berlari sekuat hati aku tak tau arah tuju aku tapi aku teruskan berlari dan berlari asalkan aku jauh dari rumah abang Zul tu.

Ketika berasa jauh dari rumah abang Zul aku berfikir sejenak 'kenapa abang Zul tak kejar aku langsung ye ?'. Sambil berlari tu aku terpandang ada sebuah pondok telefon yang berada bersebelahan dengan perhentian bas. Lantas aku mendekati pondok telefon tu lalu aku mengeluarkan duit syiling dari poket aku yang sempat aku ambil ketika abang Zul tengah mandi tadi.

"Tolonglah kata yang pondok telefon ni masih berfungsi" kata aku sambil memegang gangang pondok telefon itu ke telinga aku. "Tut tut tut..." Kedengaran bunyi dari ganggang telefon tu "Alhamdulilah masih berfungsi" .. dengan pantasnya aku memasuki duit syiling tadi satu-satu kemudian aku mendail, mujurlah aku hafal no phone Put(kawan baik Azril).

"Tut tut tut tut....." Bunyi telefon.

"Put tolong Put angkat lah phone" kata aku.

"Hello.." ada suara yang menjawab.

"Hello... Put .. Put ni Aku Azril .. Put dengar takkk?? " Sergah aku dengan kalangkabut meminta bantuan dari Puteri.

"Weih Azril .. kau gi mana dah dua minggu lost contact, aku Call kau phone mati whatsapp dengan sms lagi lah kau tak reply, ni kenapa kau guna phone number ni ? Ni no public phone kan ??" tanya Put yang agak terkejut kerana mendapat panggilan telefon dari aku.

"Weih sebenarnya aku ken......" Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku tangan aku terlepas dari ganggang phone itu.

"Apa benda ni .. arghh aduh .." aku terduduk di pondok telefon itu.

**Flashback**

Seusai sahaja aku mandi di bilik mandi 5 star milik abang Zul tu aku ternampak ada sepasang pakaian yang berlipat elok di atas katil ada satu boxer hitam, sweater pink dan seluar pendek, memandangkan aku tak ada pakaian dan mungkin pakaian ni milik abang Zul so aku pakai la mana taknya baju kemeja aku dah di rabaknya abang Zul hari tu.

Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% CompleteWhere stories live. Discover now