Tanpa diundang atau dijemput, sekelibat memori di masa lalu memenuhi ruang mindanya. Walaupun sudah dia kunci kotak memori tersebut, namun ia terbuka tanpa sengaja malam ini.

Senyuman. Gelak tawa. Air mata. Kesakitan. Penipuan. Cinta.

Semuanya hadir pada masa yang sama. Tak sampai setahun lelaki itu bersamanya, tapi terasa seperti sudah bertahun-tahun lelaki itu menemaninya dan menghapuskan kesepian hidupnya. Tiada satupun dari kenangan mereka dia lupakan. Semuanya dia simpan dengan kemas.

"Sehun.. Betul ke awak dah kembali? Tapi kenapa? Kenapa awak tak kenal saya? Awak tahu tak? Saya rindukan awak sangat-sangat. Bertahun-tahun saya tunggu awak. Sampai saya hampir gila. Saya dah macam mayat hidup tanpa awak. Hidup saya betul-betul tak bermakna selama awak hilang. Tapi kenapa pertemuan kita seperti ini?"

Pertanyaan itu dibiarkan tanpa dijawab. Air mata yang sudah mengering kini mula membasahi wajahnya kembali. Angin yang bertiup seolah-olah memahami perasaan Hye Seol tika ini.



"Kalau saya hilang suatu hari nanti, awak jangan sedih. Tetaplah seperti Park Hye Seol yang baru saya kenal dulu. Tolong jaga makan minum awak. Jangan larut dalam kesedihan awak. Saya nak awak ingat saya tak kira bila dan di mana. Yang penting, setiap hari, setiap masa, setiap saat. Kalau saya kembali lagi nanti, tolong jangan lupakan saya. Tak kisahlah saya hidup dengan wajah baru dan badan baru. Tapi, roh saya tetap sama."



Ayat itu kembali menyapa gegendang telinga Hye Seol.

"Tapi, roh saya tetap sama."

Perlahan-lahan, gadis itu terduduk di atas lantai balkoni biliknya. Tangisannya pula semakin menjadi-jadi. Dia menekup mulutnya. Cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

'Ya Tuhan, tolong aku. Ini sangat sakit. Aku tak pernah merasa sakit seperti ini. Terlalu sukar untuk aku menerima kenyataan yang Sehun betul-betul dah pergi dari hidup aku. Hiks.. Ya Tuhan, kuatkanlah hati ku untuk menerima semua ketentuan-Mu.'

Dan pada masa yang sama, hujan pun turun menyembah bumi. Tetapi, Hye Seol masih setia duduk di balkoni biliknya sambil meratapi nasibnya. Hujan yang semakin lebat itu menenggelamkan suara tangisan gadis kecil itu.

'Hati aku, hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia terseksa di sana. Tak mampu aku gambarkan dengan perkataan. Hanya satu yang mampu aku ungkapkan, SAKIT. Tak ada perkataan lain yang dapat menggambarkan suasana hati aku sekarang.'



~ ¤ ~



Pagi itu Hye Seol bangun terlebih awal. Bahkan, semua keluarganya masih nyenyak diulit mimpi. Setelah memastikan bahawa penampilannya sudah okey, bibir berwarna merah muda itu tersenyum puas. Stiletto berwarna cream di rak kasut dicapai lalu disarung ke kaki. Kunci kereta yang sempat dia curi dari bilik Luhan tengah malam buta semalam dia genggam dengan erat.

Tiada satu manusia pun yang menyedari kehadiran dirinya ketika itu. Semua pembantu rumah pula sudah tentu sibuk di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi bagi keluarga tersebut. Hye Seol sengaja tak nak menjenguk ke dapur kerana dia tak nak pembantu rumah tersebut tahu dia sudah keluar.

And now, dia dah ada rancangan sendiri. Ya, dia tak nak berputus asa. Biarlah orang akan anggap yang dia perampas tunang orang. Tapi, dia berhak mendapatkan balik cinta hatinya yang telah di'rampas' orang. Itu lebih penting daripada menangis dan berputus asa tanpa sebab. Lagi pula, mereka belum berkahwin dan duduk satu bumbung lagi. So, Hye Seol beranggapan bahawa itu adalah peluangnya untuk memulihkan daya ingatan Sehun dan mengorek kisah yang tersembunyi di sebalik topeng Oh Sehun itu. Dia ingin tahu segalanya.

Apa yang terjadi kepada Sehun sampai lelaki itu tidak mengenalinya? Bagaimana luka yang menimpa dirinya dahulu kala? Sudah rasmikah dia menjadi Malaikat Bumi seperti yang dikatakan oleh Luhan? Itu yang Hye Seol cuba rungkaikan. Dia yakin. Kalau dia bertanya langsung, sudah tentu kekecewaan yang dia dapat kerana Luhan mahupun Sehun tidak akan memberinya jawapan yang dia inginkan. Oleh itu, dia sudah menyiapkan jiwa dan mental untuk berperang mencari kebenaran.








◾◾◾

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #COMMENT #THANKYOU
#사랑하자

Huhu.. Maafkanlah diri yini jika part ini hambar. Huhu.. By the way, siapkan otak dan jiwa anda untuk menerima kegilaan author di next chapter akan datang. Semoga anda mampu bertahan dengan kebodohan yang akan dilakukan oleh Park Hye Seol nanti. Huhu.. Inilah yang dinamakan Perjuangan Sebuah Hati Untuk Mendapatkan Cinta Hatinya. Huhu.. Cliché 🙃

감사합니다 사랑하자 엑소엘

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now