"In shaa Allah Sir." Sir Mike sudah tersenyum manis kepadaku.

"Hah, sebelum saya terlupa, nanti hujung minggu ni datanglah rumah saya. Ada kenduri sikit. Nanti ajaklah umi dengan adik awak." Aku sudah menggigit bibir perlahan.

Macam mana nak pergi? Redza bagi ke nanti?

"Saya tak janji tapi nanti saya bagitau umi. Anyway, kenduri apa ye Sir? Kenduri kahwin untuk Sir ke?" Sir Mike sudah gelak besar.

"Macam mana saya nak kahwin sedangkan calon pun tak ada." Balas Sir Mike dengan sisa tawanya yang belum habis.

"Eleh, takkanlah tak ada calon Sir. Kalau nak menipu pun, logik lah sikit." Dia menggelengkan kepalanya.

'Seriously. I memang tak ada calon. Lainlah kalau awak nak jadi calon untuk saya, boleh buat kenduri kahwin terus." Aku terkedu. Tanganku digenggam erat di bawah meja.

Mungkin dengan suasana kekok ini, Sir Mike terus menukar topiknya.

"Ni bukan kenduri untuk saya. Hujung minggu ni keluarga saya buat kenduri tahlil." Aku mengangguk perlahan.

Kenduri tahlil?

Kelihatan Sir Mike mula bangun dari duduk.

"So, I got to go now. Jangan lupa bagitau umi kay? And sorry. I didn't mean anything." Tuturnya lembut.

"In shaa Allah. It's okay. Saya tak ambil hati pun." Selepas aku menjawab salam Sir Mike, aku terus mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja batu ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus membuka langkah menuju tempat biasa. Takut jika Redza sudah sampai.

***
Aku mengambil tempat di atas katil sambil tanganku ligat mengetuk-ngetuk telefon bimbitnya yang semakin nazak.

Aku menekan semula punat 'on'. Tapi skrin telefonnya masih juga sama. Gelap. Aku menampar skrin telefon itu untuk beberapa kali.

"Janganlah macam ni." Gumamku perlahan.

Terasa ada gerakan di sebelahku. Redza sedang memandangnya tidak berkelip.

"Kalau ye pun nak main tumbuk-tampar, pergilah dekat gym. Bukan jauh mana pun, kat sebelah kolam renang tu ha." Aku mencebik geram.

Sejak kebelakangan ni, ringan saja mulut Redza ni berbunyi. Kalau tidak sebelum ni, satu perkataan pun susah nak dengar!

Tiba-tiba Redza merampas telefon Nokia 3310 itu dari tanganku. Membulat mataku melihat tindakan suaminya itu.

Belum sempat aku membuka mulut, Redza sudah menekup mulutku dengan tapak tangannya yang jauh lagi besar sehinggakan hidungku sekali ditekupnya.

"Sebelum kau cakap apa-apa, tolong ambilkan barang aku dekat drawer sebelah kau tu kalau kau nak balik telefon ni." Aku turuti saja permintaannya.

Sebaik saja aku membuka laci itu, kelihatan sebuah kotak berwarna putih di dalamnya. Aku mengambil dan menghulurkan kepada Redza.

"Nah." Redza masih diam tidak menyambut huluranku. Berkerut seribu keningku dengan perlakuan Redza malam ini.

"Bukak." Aku mengangkat bahuku sebelum membuka kotak itu.

Mataku tidak berkelip apabila aku sudah membuka kotak itu. Aku memandang Redza dengan pandangan untuk-saya-ke?

Faham dengan reaksi mukaku, Redza lantas menganggukkan kepalanya sambil matanya tidak lepas memandangku.

Aku memandangnya tidak percaya lantas aku meletakkan kotak itu beserta isinya di atas peha Redza.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now