Prolog

5.4K 230 5
                                    

Sejak dari awal pagi lagi awan tidak henti-henti memuntahkan segala isinya. Malah hujan semakin lebat turunnya apabila waktu malam menjelma.

Kilat yang berdentam-dentum itu mula memainkan peranannya. Seorang wanita dalam 40-an tidak henti berzikir dari tadi. Menghilangkan rasa gelisah di dalam hati.

Terdapat banyak lubang yang berada di atap kampung usang itu. Dia menggagahkan dirinya untuk mengambil beberapa besen dan kain burun bagi menampung kebocoran atap rumahnya.

Selesai sahaja kerjanya, terdengar ketukan pintu rumahnya yang agak kuat. Gayanya seperti ingin merobohkan pintu rumahnya yang hampir reput dek dimakan anai-anai.

Dia membuka selak pintu rumahnya yang berkarat itu. Terjegul wajah yang amat dikenalinya.

"Ha Seman, apa hajat kau datang waktu hujan lebat ni? Tak takut kena sambar petir ke?" Kataku sedikit kuat bagi melawan bunyi hujan yang begitu lebat turunnya.

Wajah Seman yang cukup gelisah itu lagi menghairankan diri ini.

"Kau kena tolong aku Imah! Ada kemalangan dekat hujung sana tu! Tak ramai yang tahu sebab hujan lebat ni!" Balasnya agak laju.

"Astaghfirullahalazim! Tunggu kejap! Aku nak pergi ambil payung"

Wanita yang digelar Imah tadi terus mengambil payung yang berada di tepi dapur. Dia dan Seman terus mengorak langkah seribu untuk menuju ke tempat kejadian.

Terdapat beberapa orang yang berada di tempat kejadian. Mungkin kerana ramai yang tidak tahu akan kejadian ini berlaku.

Aku mengucap beberapa kali setelah melihat kereta mangsa. Teruk. Cermin keretanya habis berkecai. Apatah lagi badan kereta tersebut. Jalan tar dibasahi dengan darah dan air hujan yang semakin galak turunnya.

Mataku tertancap pada tubuh kecil yang berada dalam kereta tersebut. Aku menjerit meminta pertolongan.

Seman dan beberapa orang kampung yang lain sedang berusaha mengeluarkan budak perempuan tersebut. Sedikit sukar dengan keadaan kereta yang habis hancur itu.

Aku memohon kepada Allah agar nyawa budak tersebut dapat diselamatkan.

Hampir 30 minit, mereka berjaya mengeluarkan budak tersebut. Aku segera mendapatkan budak tersebut.

Alhamdulillah ya Allah! Kau panjangkan umur budak ini.

Tubuh anak kecil itu dipenuhi dengan darah. Tidak pasti sama ada darahnya atau darah ahli keluarganya. Budak ini tidak henti-henti menangis seakan-akan memahami dengan kejadian yang berlaku ini.

"Imah, kau jaga lah budak ni. Aku tak tau mana ahli keluarga dia yang lain. Sampai-sampai ada budak ni je. Nasib baik kau perasan. Polis pun baru datang. Nak buat siasatan." Terang Seman.

Aku hanya mengangguk kecil. Lantas aku membawa budak ini ke rumah usangku.

Aku membersihkan tubuh budak ini dan meletakkan minyak gamat di kawasan yang sepatutnya. Tangisan bayi ini semakin kuat. Aku membacakan ayat kursi dan 3 Kul.

Tidak lama kemudian, tangisan budak kecil ini semakin reda. Aku jatuh kesian terhadap nasib malang bayi ini.

Dimanakah ibu bapanya? Adakah masih hidup ataupun tidak?

Dalam masa yang sama terselit rasa gembira akan kehadiran budak kecil ini. Aku agak dia dalam usia 1 atau 2 tahun.

Tiba-tiba mataku beralih kepada rantai yang dipakai oleh anak kecil ini.

Nur Qistina Humairaa'

***

#vote&comment#

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now