Bab 4

2.2K 131 0
                                    

Aku tersenyum apabila melihat kerenah budak-budak yang melompat kegembiraan kerana mendapat hadiah daripada abang kesayangannya.

Siapa lagi kalau bukan Amir Hudzaifah.

Macam-macam dia beli. Untuk budak perempuan, dia kasi patung and bag. Katanya nak beli baju, tapi dah lama tak tengok budak-budak ni, macam mana nak agak size.

Kalau untuk budak lelaki, dia baginya jersi bola, sekali dengan bola. Memang seronok tahap dewa lah diaorang tu.

Untuk umi dia belikan senaskhah Al-Quran yang lengkap dengan pakej Tajwid, Maathurat beserta Manzil.

Untuk aku? Dia hanya kasi senyuman Diabetes dia.

Aceh. Menyampah pulee.

Aku tak kisah. Asalkan dia tak lupa umi yang penat lelah jaga dia dari kecil hingga dia berjaya.

Hampir seminggu Amir bertapa dekat sini, budak-budak kemain suka dia. Lagi-lagi budak lelaki. Teman main bola sepak katanya.

Nak ajak aku main bola sepak memang tak lah. Lain lah kalau ajak aku main batu seremban. Boleh dipertimbangkan.

Mak dengan abah kata, in shaa Allah diaorang balik KL minggu depan.

Lepas ni susah lah nak jumpa dengan mak dan abah. Bukan dekat dari sini ke KL.

Sedang asyik aku termenung sambil berfikir, muncul lembaga di hadapanku.

Amir Hudzaifah siap dengan pakej senyuman mintak kasut.

Gurau.

"Termenung pasal saya eh?" Aku menyunggingkan bibirku.

"Perasan. Qis cuma seronok tengok budak-budak je. Happy betul bila dapat hadiah." Kataku sambil mata tidak lepas memandang budak-budak yang bermain di laman.

Amir pula hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

"Qis"

Aku menoleh ke arah Amir.

"Kenapa?"

Kelihatan tangan kirinya menggosok belakang lehernya. Manakala tangan kanannya disorokkan di belakang badan.

Perlahan-lahan dia mengeluarkan tangan kanannya.

Terdapat satu bungkusan yang cantik di atas tangan kanan Amir.

"Nah. Sorry tak seberapa. And maaf kalau tak kena dengan Qis"

Aku menjongketkan keningku.

Aku mengambil bungkusan dan diiringi dengan ucapan terima kasih.

"Tak sangka dah tua bangka pun still dapat hadiah" tuturku sambil tersengih.

"Elleh. Ayat cover la tu. Cakap je la terharu." perlinya.

Aku menjeling tajam. Ada je nak sakat orang.

"Gurau je lah. Dah lama tak jumpa ni makin garang eh? Kalah singa betina"

Aku membulatkan mataku. Ada cili tak? Haish.

"Mulut tu memang tak ada insurans eh? Ada yang kene tenyeh dengan lesung batu nanti. Biar bengkak bibir tu tak boleh cakap."

Amir hanya ketawa senang.

"Boleh saya bukak sekarang?"

Dia hanya mengangguk laju. Macam dia pula yang terlebih teruja.

Tanganku ligat membuka ikatan ribbon pada permukaan kotak tersebut.

Mataku tertancap pada sepasang jubah yang berwarna peach lembut beserta tudung bidang 60' yang bercorak bunga-bunga kecil.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now