Bab 13

1.7K 115 5
                                    

So, Here guys! I'm back!  Kalau ada yang dah lupa nama watak or last scene yang mana satu, boleh review bab 12. (maklumlah dah lama gila tak update)

Enjoy your reading! 💕

---------------------------------------------

Wajah pucat lesu beserta dingin itu aku pandang.

Air liur tersekat di celah kerongkong.

Pahit. 

Mata kami bertautan selamat beberapa saat sebelum kami berdua mengalihkan pandangan. 

Darah menyerbu ke seluruh muka. Malu. 

Perasaan berdebar semakin galak berpesta di dalam diri ini. 

"Bolehlah tangkap gambar dengan pengantin" salah seorang jurugambar yang diupah khas oleh mak mentuaku memberi arahan. 

Marissa membantuku untuk bangun. Aku tersengih kecil. Macamlah baju pengantin dia macam baju pengantin Syatila Melvin tu. 

"Eh, pengantin rapatlah sikit. Dah halal dah pun. Tak payah malu-malu. Malam nanti kena jumpa juga." pemuda yang memegang kamera DSLR itu menyakat. 

Habis berbahang muka aku dibuatnya. Kelihatan pengantin lelaki menggaru kening belah kirinya. 

Entah, hilang gaya mungkin? 

Kakiku bergerk selangkah ke tepi bersebelahan dengan suamiku. Masih ada jarak tetapi tidak terlalu jauh seperti tadi. 

Pemuda tadi menepuk dahinya kuat. 

"Haih korang ni. Rapatlah lagi. Tak payah nak jaga ikhtilat sangat. Bukannya berdosa pun." bebelnya. 

Aku sudah mengetap gigi menahan geram. Aku ketuk juga lah lelaki ni. Tiba-tiba Marissa yang berada di sebelah umi mendekatiku. 

Tanpa aku sangka, dia menolak bahuku kuat sehingga aku hilang imbangan. Dengan pantas suaminya memaut pinggangnya erat. 

"Ss-sorry" ucapku pendek. 

Aku memejam mataku erat. Menahan sabar. Lalu, aku menjeling tajam ke arah Marissa yang sedang tersengih macam kerang busuk. 

Kini, pemuda itu berpuas hati dengan kedudukan kami yang SANGAT RAPAT. 

Terpaksa menahan malu sehingga sesi bergambar selesai. 

Mataku mencuri melihat wajah suaminya. 

Pucat. 

Sakitkah?

Lamunanku terhenti apabila mataku tertancap pada susuk tubuh yang amat dia kenali. 

"Amir!" Panggilku sedikit kuat. 

Dia mengalihkan pandangan terhadapku. 

Aku mengorak langkah ke arahnya. 

"Er, terima kasih sebab sudi datang" tuturku lembut. 

Dia tersenyum nipis. 

"Takkanlah saya tak datang majlis bahagia awak" Balasnya. perkataan 'majlis bahagia' cukup membuatkan hatinya bertambah pilu. 

"Mana kak Irah? Tadi dia kata nak ambil gambar sekali" 

"Ouh. Ada je. Dia pergi tandas kejap." Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. 

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, Amir mendahuluinya dahulu. 

"Qis cantik harini" Lidahku menjadi kelu. 

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now