Bab 11

1.7K 107 0
                                    

Sudah tidak terkira beberapa kali dia memandang Nokia tiga kupangnya. Menunggu panggilan dari seorang insan dengan penuh berharap.

Tapi hampa. Tiada langsung message ataupun panggilan yang masuk.

'Kata kejap lagi, tapi dah masuk waktu Isyak tak juga nampak batang hidung. Tetamu pun dah lama balik' getusnya di dalam hati.

Aku memandang tubuhku yang cantik ditutupi dengan jubah pemberian Amir Hudzaifah.

Aku mengeluh berat. Semangat yang berkobar-kobar di dalam diri sejak minggu lepas, hilang begitu saja. Diganti dengan perasaan kecewa.

Beberapa kali dia cuba untuk mengeluarkan air mata. Entah untuk apa dia tangisi.

Tiba-tiba fikirannya melayang sewaktu keluarga Puan Sri Rasyidah melamarnya secara mengejut.

Kebetulan telingaku menangkap deruman kereta di luar pagar. Lantas aku mengangkat kepalaku.

Kelihatan Amir keluar dari perut keretanya bersama kak Irah. Segera aku menyambut kedatangan mereka.

Selepas sesi bersalaman, kak Irah terus membawa diri untuk berjumpa dengan umi. Katanya rindu setelah lama tidak bersua.

Aku dan Amir mengambil port favourite kami iaitu di gazebo yang terletak disebelah bilik aku dan Umi. Kelihatan budak-budak sedang bermain bunga api di laman. Memang menjadi kebiasaan sejak berada di kampung lagi.

Bagi mereka, bunga api ini bukan dimainkan waktu hari raya sahaja. Kalau stok ada lagilah. Tapi selalunya stok sentiasa penuh. Siapa lagi yang rajin melayan kalau bukan Amir?

"Kenapa lambat sangat sampai? Kata nak sampai sebelum tengahari?" Soalku tanpa berbasa-basi.

Amir menggosok belakang tengkuknya.

"Assalamualaikum. Kalau ye pun geram sangat, kasi lah salam ke apa. Ini tak, sergah orang macam lontar peluru." Kutuknya.

Aku mencebik geram sambil menjawab salam dengan nada perlahan. Malu.

"Sorrylah. Tadi memang boleh sampai waktu lunch tadi. Tapi tiba-tiba pesakit ramai pula. Nak buat macam mana." Aku terdiam seketika.

"Yeke? Tak pernah-pernah klinik gigi ramai orang." Aku tidak puas hati dengan alasan yang tidak berapa munasabah bagiku.

"Eh, jangan pandang rendah tahu? Dah takdir Allah tentukan harini ramai pulak yang ramai sakit gigi. Bukan setakat sakit gigi, ada juga yang gigi dia patah tengah-tengah dia pakai braces." Terangnya panjang lebar.

Aku terdiam seketika.

"Amir kata ada benda yang nak cakap. Apa dia?" Aku terus mengubah topik.

Kelihatan riak wajahnya berubah. Mataku tertancap pada matanya yang agak sembab. Menangiskah dia? Tapi kenapa? Jarang dia ingin melihat lekaki di hadapannya kini memangis. Bukan jarang, tapi tidak pernah!

"Wait. Kenapa mata Amir bengkak? Amir ada menangis ke?" Soalku prihatin.

Amir terus menggerakkan kedua belah tangannya meraba-raba matanya.

"Eh mana adalah. Amir just tak cukup tidur. Kena buat laporan malam tadi. Takut tak sempat siap." Balasnya sambil mata memandang ke arah lain.

"Kenapa awak datang? Ada apa-apa yang saya perlu tahu?" Panggilan sudah bertukar. Tiada nama panggilan.

Entah, dia merasakan Amir ada menyimpan sesuatu daripadaku. Dan aku juga ada mengharapkan sesuatu daripadanya.

Dia meraup mukanya perlahan.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now