Bab 7

1.9K 121 5
                                    

Pakaian yang tersarung ditubuh aku perhatikan di sebalik pantulan cermin panjang di hadapanku.

Jantungku berdegup laju.

Mananya tak laju, hari ini merupakan hari pertamanya di Universiti yang baru.

Bagaimana kerenah budak bandar? Atau sama sahaja seperti di kampung dulu?

Aku membasahkan lidahku dengan zikrullah. Debaran yang menguasai dirinya sebentar tadi sudah semakin lenyap.

Kakiku terus melangkah ke arah Amir yang sedang bersandar di pintu kereta.

"Dah siap adik manis?" Selorohnya.

Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepalaku.

Amir membukakan pintu di belakang pemandu. Manakala umi duduk di sebelah Amir.

"Bismillah. Here we go!" Ucap Amir riang.

Sekarang ni, aku ke dia yang nak masuk U ni? Esaited bebenor.

Umi di sebelah tempat pemandu hanya menggelengkan kepalanya.

***
"Elok-elok belajar tu. Jangan duk usyar kaum Adam dekat sini. Ingat, belajar biar niat Lillahi Ta'ala. Banggakan umi, mak, abah. Tau" nasihat Amir panjang lebar.

Umi hanya tersengih kecil dari tadi. Sejak pakcik ni balik dari Jordan, makin kuat penyakit bebel dia. Kalah perempuan.

"Ye. In shaa Allah. Doakan Qis jugak tau."

"Ha, nanti Amir jemput Nur lepas Asar tau. Tunggu kat sini. Jangan menggedik pergi mana-mana" aku mengeluh perlahan.

"Ai air Capten Hudzaifah!" Balasku sambil membuat tabik spring kepadanya.

Aku melambai tangan ke arah mereka sehingga jasad kereta itu hilang dari ruang mataku.

Tanpa melengahkan masa, aku mengambil langkah ke arah yang diberitahu oleh ahli kerani sebentar tadi.

Hampir terteleng kepalaku mencari dewan kuliah.

Alhamdulillah! Jumpa juga akhirnya.

Aku mengambil nafas panjang sebelum aku mengetuk pintu dewan dan membuka pintu itu sedikit.

Seorang wanita dalam lingkungan 30-an menyapa pandanganku.

"Nur Qistina Humairaa' right?" Aku mengukirkan senyuman manis sambil menganggukkan kepalaku.

Dia menarik tanganku perlahan masuk ke dalam dewan kuliah.

Kini, semua warga dewan menumpukan perhatian kepada kami.

"Okay from now on, you will have a new friend. Meet her Nur Qistina Humairaa'." Aku sekadar memberikan senyuman nipis kepada mereka.

"You may seat beside the girl with red scarf" arahnya sambil menunjukkan ke arah gadis yang manis bertudung merah.

Selepas mengucapkan terima kasih, aku terus ke arah yang ditunjukkan oleh lecture sebentar tadi.

Gadis itu melambaikan tangannya ke arahku.

"So, I'm Fadzrin Sofea. Just call me Fadz for short" tegurnya sambil menghulurkan tangannya kepadaku.

"Nice to meet you Fadz" balasku ramah. Fadz kelihatan ingin bertanyakan sesuaru terbantut apabila Prof Linda mengakhiri sesi pembelajaran.

"That's all for today. Thank you" usai mengucapkan terima kasih, beliau terus meninggalkan dewan kuliah ini.

"So, nak panggil apa ni? Panjang sangat nama kau" soal Fadz.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now