Bab 26

2.3K 136 0
                                    

Setelah Redza memakir keretanya di bawah porch, aku terus keluar dari perut kereta tanpa berlengah lagi.

Tubuh yang terasa sejuk dan menggigil itu benar-benar menyesakkan dadanya sekarang.

Kelihatan wajah Mak Imah yang sedang menunggu di depan pintu dengan riak wajah yang risau.

"Ya Allah, Qis. Takut Mak Imah tau bila kamu balik lambat macam ni. Nasib baik Redza boleh tolong jemput kamu. Pak Mid kena hantar Tan Sri pergi airport. Itu yang tak boleh jemput Qis. Maaf ye Qis?"

Aku tersenyum lemah. Tiada daya.

Belum sempat aku ingin melangkah, terasa tubuhku seperti ingin melayang tapi sempat disambut oleh Redza.

"Qis okay tak ni, sayang?" Soal Mak Imah risau.

Aku hanya memejam mata tanpa menjawab pertanyaan Mak Imah.

Sungguh, dia berasa lemah waktu ini. Kejadian yang berlaku sebentar tadi benar-benar memberikan impak yang besar kepadanya.

Tambahan dengan memori hitam yang sudah lama tidak menjengah kotak fikirannya.

"Mak Imah boleh tolong saya tak?" Soal Redza setelah dia mendukungku.

"Tolong bawakkan air suam naik ke bilik saya boleh?"

"Boleh, boleh. Kamu bawak cepat isteri kamu naik masuk bilik. Jangan lupa tukarkan pakaian dia." Redza mengangguk faham dan terus mendaki anak tangga dengan berhati-hati.

Aku meletakkan tubuh isterinya perlahan-lahan di atas katil. Tudung yang tersarung di kepalanya aku buka.

Baru sahaja tanganku ingin menyentuh zip pada belakang jubah Qistina, Mak Imah masuk ke dalam bilik dengan membawa segelas air suam dan sebuah besen yang terisi air.

Mak Imah meletakkannya di atas meja sebelah katil.

"Terima kasih Mak Imah." Ucapku perlahan sambil mataku tidak lepas memandang Qistina yang terbaring lemah di atas katil.

"Sama-sama. Mak Imah keluar dulu. Kalau ada apa-apa, Mak Imah ada je dekat bawah. Rasanya malam ni Mak Imah tidur sini."

Aku tersenyum nipis sambil mengangguk perlahan.

"In shaa Allah." Mak Imah mula menapak keluar dari bilik tidur kami.

Jariku yang mengelus lembut pipi Qistina membuatkannya membuka mata memandangku.

Pucat.

Rasa bersalah makin mencucuk-cucuk di dada ini.

Terus saja aku menyuakan segelas air suam pada bibir Qistina.

Tidak sampai separuh, Qistina sudah menjauhkan bibirnya.

Sempat aku menahan tubuhnya dari berbaring. Aku mula menarik zip jubahnya tapi ditahan oleh Qistina.

"Ss-saya boleh buat." Aku menganggukkan kepalaku tanpa sebarang bantahan.

"Boleh bangun?" Dia mengangguk perlahan.

"Baju kau, aku letak dekat sofa. Kalau ada apa-apa, panggil aku dekat luar." Kataku lembut sambil mengucup dahi Qistina lama sebelum keluar dari bilik kami.

***
"Macam mana boleh jadi macam tu?" Aku mengeluh nafas berat sambil meraup wajah. Soalan Mak Imah dibiar sepi.

"Dalam perkahwinan ni, benda paling utama ialah kita kena banyakkan bersabar dengan pasangan. Kalau asyik ikutkan perasaan, macam mana rumah tangga nak bertahan." Aku tersentak.

"Mak Imah masuk bilik dulu. Ingat apa yang Mak Imah cakap. Mak Imah tahu, Redza suami yang baik." Tutur Mak Imah lembut sambil mengorak langkah meninggalkan ruang tamu ini.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now