Bab 5

2K 129 2
                                    

Perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 4 jam. Bergantung kepada keadaan trafik. Alhamdulillah setakat ini, perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah.

Sayu diri ini apabila ingin meninggalkan rumah usang itu. Banyak kenangan pahit dan manis selama aku menetap di sana.

Lebih-lebih lagi ingin meninggalkan sahabat kolejku, Lina.

Jenuh juga ingin memujuknya. Habis 2 kotak tisu dia gunakan.

Aku hanya mampu memberinya seutas gelang hasil daripada tanganku sendiri.

Aku tersenyum sendirian. Rindu. Itulah perasaan yang tepat pada waktu ini. Tiada yang lain.

"Kak Qia, nak tidur." Rengek seorang budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun. Irfan namanya.

Aku tersenyum kecil. Lalu meletakkan kepalanya di atas pehaku.

"Selesa tak?" Soalku lembut.

Dia mengangguk perlahan seiring dengan matanya yang kian layu.

Ngantuk sangat tu. Kami menaiki bas yang ditempah khas oleh abah Amir. Umi pula menaiki kereta bersama Amir.

Mula-mula ada juga Amir mengajak aku naik sekali dengannya. Tapi nanti siapa yang nak jaga budak-budak ni? Diaorang ni bukan boleh jangka.

Karang ada yang lompat sana lompat sini. Cari nahas je.

Mataku melilau di dalam bas. Hampir kesemua telah lena dibuai mimpi. Ada juga yang tekun melihat pemandangan dari tingkap bas.

Tiba-tiba telefon tiga kupangku berbunyi.

'Amir?' Getusku di dalam hati.

"Assalamualaikum. Kenapa call?"

"Waalaikummussalam. Saja call. Nak tahu orang sana tidur ke apa." Selorohnya.

"Haish. Ingatkan apalah tadi. Dah la, pergi drive elok-elok. Bahaya call sambil drive." Tegurku.

"Hahaha. Rileks lah. Amir guna loudspeaker lah. Kasi umi dengar sekali." Kedengaran umi sedang tertawa kecil.

Ya Allah! Geramnya!

Tanpa salam, aku terus mematikan panggilan. Kalau layan pakcik ni, sampai keesok tak habis. Ada je nak sakat orang.

Perlahan-lahan penyakit mengantuk ini berjangkit kepadaku.

'Masin betullah mulut Amir ni' tidak semena-mena Amir yang dipersalahkan.

Mata yang aku sedaya upaya tahan untuk tidak tidur akhirnya tewas juga. Maaf pakcik bas, tak boleh nak teman pakcik drive. (Eh?)

                            ***

Tidurku terganggu apabila merasakan ada cahaya yang terang. Aku membuka mataku perlahan-lahan.

Objek pertama yang menjamah mataku sekarang ini ialah.

Pakcik jual selipar tepi jalan tu.

Selamba badak je dia kacau aku tidur. Tangannya masih setia memegang telefonnya yang masih menyala itu.

Patutlah terang semacam.

"Dah bangun dah?" Tegur Amir dengan senyuman sinisnya.

Aku hanya menjeling tajam. Kelihatan budak-budak semua dah turun dari bas.

Ouh. Dah sampai.

"Dah-dah la jeling tu. Nanti tak pasal-pasal mata warna awak tu jadi juling. Jom turun" ucapnya sambil keluar dari bas.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now