Bab 21

2.2K 138 29
                                    

"Iqie, jangan kacau kakak." Lenaku terganggu apabila kakiku terasa disentuh. Aku membuka kelopak mataku.

Iqie yang mulanya berada dekat di kakiku, terus menjarakkan badannya apabila aku memandangnya.

Kelihatan keluarga Redza datang melawatku termasuk mama dan papa. Aku mengubah posisi badanku. Redza membantuku untuk duduk.

"Maaflah, Iqie terbangunkan Qistina." Tutur mama lembut. Aku menggeleng kepala perlahan tanda aku tidak kisah. Aku bersalaman dengan mama dan papa.

Rai yang sedang duduk di sofa lantas bangun dan mengucup tanganku lembut.

"Iqie, salam kakak cepat." Teragak-agak dia ingin menyalamku.

"Iqie..." Tegas suara Redza menyerunya. Lantas dia menyalam tanganku.

Belum sempat Iqie mahu menjauhkan badannya dariku, aku terus mencubit pipinya lembut.

Gebunyaa!

Dia seperti terkedu melihat perbuatanku sebentar tadi. Lantas dia ingin menumbuk lenganku tetapi tesasar ke tangan kananku. Dan lebih teruk apabila terkena IV drip.

Aku menggigit bibir perlahan. Terasa ngilu di bahagian tangan kanannya.

Mama dan papa sudah memandang Iqie tajam. Iqie sudah tunduk menekur lantai. Tidak berani ingin memandang kedua ibubapanya itu.

Belum sempat aku ingin menyentuh tangan kananku, terasa kedua belah mataku ditekup dari belakang.

"Jangan gerakkan tangan. Nanti darah banyak keluar." Aku terdiam.

"Kenapa buat akak macam tu?" Kedengaran suara Redza menegur perbuatan Iqie. Terasa ada aura marah disitu.

"Awak, Iqie tak sengaja. Tak adalah sakit mana pun. Salah saya jugak" Pujukku. Redza mencebik perlahan.

Geram mungkin kerana isterinya bela adiknya itu.

Telingaku mendengar suara perempuan yang aku pasti suara seorang jururawat.

Setelah beberapa minit, tangan Redza yang menekup mataku dialihkan. Iv drip sudah dibersihkan. Tiada lagi darah di bahagia tiub itu.

Tiba-tiba Iqie menghampiriku. Kepalanya menekur lantai.

"I'm sorry." Aku menahan senyum.

Aku mengusap kepalanya lembut. Dia mengangkatkan kepalanya perlahan-lahan memandangku. Aku tersenyum manis ke arahnya.

"Bukan salah Iqie pun." Mata bulatnya merenung mataku tepat.

"Kakak tak marah?" Berbunga hatinya saat ini. Gembira tidak terkata apabila Iqie memanggilnya kakak.

Ada peningkatan.

"Kakak tak pernah marah Iqie." Kelihatan Iqie mengukir senyuman comelnya apabila mendengar balasan dariku.

"Lain kali jangan buat macam tu tahu?" Tegur papa tegas. Dia menganggukkan kepalanya berkali-kali.

"That was an accident pa. I"m sorry. Iqie janji, Iqie tak buat dah." Lantas Iqie memeluk tubuh mama dan papa.

Mataku beralih kepada Rai yang hanya duduk diam di sofa. Rai memgalihkan pandangannya dariku.

Aku menghela nafas lemah.

"Ingat bagus lah mengeluh?" Aku memandang pelik ke arah Redza.

"Mana ada saya mengeluh." Cebikku geram.

"Cebik-cebik. Jentik baru tahu." Aku membesarkan bebola mataku.

Sejak bila jadi annoying macam ni?

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now