Bab 16

1.9K 111 1
                                    

Kerongsang kecil yang berbentuk bunga aku capai dan disemat pada tudung di bahagian bawah dagu.

Aku membetulkan awning tudung supaya kelihatan kemas. Telefon Nokia 330 dimasukkan ke dalam bag tanganku. Aku memusingkan badanku dan,

Buk!

Aku menggosok dahiku perlahan dengan mata yang tertutup. Confirm awning tudung dia dah hancur sekarang ni.

Aku membuka mataku perlahan. Dah serupa dinding konkrit aku langgar.

"Lain kali pandang elok-elok." Aku menggigit bawah bibir. Geram!

"Sir yang tiba-tiba datang mengejut kat belakang saya. Manalah saya nak perasan." Tuturku perlahan.

Dia menggerakkan bebola matanya ke atas. Menyampah.

"Stop calling me with that name budak." Tuturnya sambil mencubit hidungku kuat.

Aku menepis tangannya yang makin galak mencubit hidungnya.

Sudah tidak terkira kali ke berapa Sir Redza menegurnya supaya tidak memanggilnya dengan gelaran 'Sir'.

Manalah bibir ni nak biasa bila suaminya seorang pensyarahnya sendiri.

"Awak tu. Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah." Tuturku perlahan apabila dia mula bergerak keluar daripada bilik kami.

Yeah. Cutinya sudah habis. 2 minggu berlalu dengan pantas lebih-lebih lagi apabila Redza dimasukkan ke dalam ward akibat demam denggi. Tapi ada hikmah juga sebab kerja yang bertimbun tu boleh disiapkan.

"I heard you, Qistina" balasnya sedikit kuat.

Aku hanya tersenyum sendirian sebelum mengikuti jejak langkahnya.

Kelihatan adik bongsu Redza yang bernama Rifqi menghampiri kami. Er, tak. Dia datang dekat dengan Redza je sebenarnya. Aku cuba mengukir senyuman manis untuk menarik perhatiannya. Tapi hampa. Langsung tak pandang!

Aku menggigit bibir perlahan.

"Eh, kenapa tak turun lagi hm?" Soal Redza kepada adik bongsunya yang sedang memegang seluar slack hitam miliknya sambil mendongak memandang Redza.

Sekali pandang dah macam ayah dengan anak dah.

"Tunggu angah" jawabnya dua patah. Aku melirik mata ke arah Redza yang sedang tersenyum nipis.

Jap. Aku terkedu dengan apa yang dia lihat sekarang.

Fuh. For the first time aku nampak suaminya sedang SENYUM.

Rasa beruntung pulak nampak dia senyum. Satu dalam seribu tau. Payah nak tengok.

Redza mendukung Rifqi yang berumur 7 tahun itu. Kebetulan sekarang tengah cuti sekolah. Oleh itu adik iparnya tidak memakai uniform sekolahnya.

"Huh. Kenapa makin berat ni hm?" Sakat Redza.

Aku pula yang tersenyum sendiri. Rupanya Redza ada banyak 'side' dia. Selama ini dia hanya nampak side beku sahaja.

Rifqi hanya gelak seronok. Gembira mungkin kerana dapat didukung oleh abangnya sendiri.

Kami bertiga menuruni anak tangga dan menuju ke ruang makan. Kelihatan mama, papa dan Raihanah, adik ketiga Redza sudah berada di meja makan.

Beg yang digalas tadi diletakkan di atas sofa yang berada di ruang tamu.

Baru sahaja aku ingin mengambil tempat di sebelah Redza, ada sesuatu yang menghalangnya.

Rifqi.

aku hanya membiarkan sahaja dia duduk di tempat itu.

"Iqi. Kenapa duduk situ? Kan selalunya Iqi duduk dekat sebelah kak Rai? Kesian kak Qis tau." Tegur mama yang kelihatan tidak senang akan perbuatan anak bongsunya itu.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now