Bab 1

3.2K 213 0
                                    

Dia merenung sambil tersenyum manis ke arah kanak-kanak perempuan yang manis diikat tocang.

Tidak dia sangka akan kehadiran anak kecil ini di dalam hidupnya. Alhamdulillah, sejak kehadiran anak kecil ini membuatkan hidupnya lrbih tenang.

'Setiap ujian yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya.'

Dia percaya akan kata-kata ini. Buktinya? Dulu dia kehilangan suami yang tersayang. Suaminya menghidap penyakit jantung.

Rawat? Buat pembedahan? Zaman dulu teknologi tidak gah seperti zaman sekarang. Kalau ada pun, dia tidak mempunyai banyak wang untuk membiayai rawatan untuk suaminya.

Pernah juga dia ingin menggadaikan kebun yang dia ada. Tetapi ditegah keras oleh arwah suaminya.

Hampir seminggu dia dilanda kemurungan. Selepas kematian suaminya. Dan masa itu jugalah Allah menghadiahkan dia seorang kanak-kanak perempuan yang kini menjadi penyeri hidupnya.

"Assalamualaikum, Imah! Imah!" Laun seseorang di pintu hadapan rumah usang tersebut.

"Waalaikummusaalam. Ada apa kau cari aku ni Seman?" Balasnya lembut.

"Ni, aku nak bagitau pasal kes kemalangan haritu. Polis dah jumpa mayat keluarga dia." Wanita yang dipanggil Imah itu terkejut.

"Lepastu? Macam mana? Kesian budak tu Man."

"Tulah Imah. Kalau jasad mereka ada, bolehlah kita ajak budak tu. Masalahnya sekarang ni, habis rentung dijilat dek api."

Dia mengucap panjang. Sungguh besar dugaan anak kecil ini.

"Bila kebumikannya?" Soalnya.

Seman terdiam seketika.

"Mayat dikebumikan dekat tempat asal diaorang. Dekat mana tu, aku taktau. Pasal budak tu kau jangan risau. Nanti aku uruskan hak penjagaan."

"Mangsa tak ada keluarga terdekat kah? Kau jangan man. Nanti tak pasal-pasal aku kena saman sebab curi budak ni" katanya sedikit gelisah.

Bukannya dia tidak sayang akan budak itu. Kerana sayanglah dia melakukan seperti itu. Kalau boleh, memang tidal mahu dia lepaskan budak itu. Dia sudah menganggap seperti anak kandungnya sendiri. Lagipun, dia tidak mempunyai anak.

"Pihak polis kata, mangsa hidup sebatang kara. Yang tinggal yamg tu saja lah. Kau jangan risau. Polis dah tau hal ini." Dia berasa sedikit tenang.

"Terima kasih lah man. Susah-susah je kau ni. Terima kasih banyak-banyak."

"Yelah Imah. Kita ni kena hidup berjiran. Saling bantu-membantu." Dia mengangguk tanda setuju.

"Aku balik dululah. Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam".

"Umi! Jauhnya termenung. Dah sampai mana dah?" Selorohnya.

Aku menepuk bahunya lembut.

"Suka buat umi terkejut tau. Nasib baik tak ada sakit jantung" gadis yang berada di hadapannya hanya tersengih kecil. Cantik.

"Alaa. Sorry lah umi. Tak adalah, penat Qis panggil banyak kali tau. Tapi umi tak dengar-dengar" balasnya lembut.

"Iya? Maaflah. Umi tengah seronok pikirkan anak raja sorang ni." Qis membulatkan matanya seperti tidak percaya.

"Betul ni? Qis kena call Amir ni. Suruh siapkan hantaran untuk umi"

Kami berdua melepaskan ketawa. Gembira. Alhamdulillah dia, Qis Qistina Humairaa' sudah menginjak umur 23 tahun. Terasa cepat masa berlalu. Seperti baru semalam aku mengendong tubuh kecil Qis.

Wajah kacukkan Qis dia pandang. Kalau orang lain tengok, mesti dia ingat Qis ni anak mat Salleh. Lagi-lagi matanya yang berwarna biru-kelabu itu. Bulu matanya panjang dan lentik itu menyerikan lagi wajah gadis itu.

Dari kecil lagi aku mengajarnya agar tidak berbangga dengan kecantikan yang Allah kurniakan untuknya. Alhamdulillah, berkat ajaran agama yang didik sejak kecil itu membuahkan hasil yang cukup manis.

"Tengok tu, umi berangan lagi. Memang dah parah ni. Bilalah Amir nak balik Malaysia ni." Katanya sambil tertawa kecil.

"Hish. Kesitu pulak kamu ni. Ha, ni panggil umi sebab apa?"

"Astaghfirullah! Nasib baik umi tanya. Qis nak ajak umi pergi makan tengahari. Budak-budak yang lain pun dah tunggu umi kat ruang makan."

"Ya Allah! Umi tak perasan dah pukul 1:30. Kenapa tak bagitau awal-awal? Jom-jom, kesian pulak yang lain dah tunggu lama."

Qia hanya tertawa sambil mengekori tubuh Umi yang sedang menuju ke arah ruang makan.

Alhamdulillah. Semenjak Qis berumur 5 tahun, dia telah mendirikan tempat asuhan untuk anak-anak yatim. Walaupun dengan rumahnya yang usang, ia tidak menghalang untuk membuat rumah itu menjadi tempat asuhan anak-anak yatim.

Sebenarnya, telah lama dia dan arwah suaminya mencadangkan hal ini. Tapi masa tidak mengizinkan. Dia juga berasa terkilan kerana tidak dapat bersama menjayakan rancangan ini bersama suaminya.

Dan semoga duit yang arwah suaminya sumbangkan dapat memberi pahala kepadanya yang sudah mengahadap Ilahi.

In shaa Allah. Aamiin.



Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now