Bab 27

3.6K 233 43
                                    

Jari-jemari yang menari di atas papan kekunci mula berhenti. Pandangan ditala pada jam tangan yang terletak kemas pada pergelangan tangannya.

Kedua belah tangannya di angkat ke udara dan badannya digerakkan ke kanan dan kekiri. Telinganya menangkap bunyi halus tulang dari badannya.

Badan disandarkan semula pada kerusi. Rambutnya yang diikat messy bun dibetulkan dengan mengikat secara ponytail.

"Qis, kau nak ikut kitaorang pergi makan dekat kedai bawah tak?" Aku memandang ke arah Fadz yang sedang bersiap.

Mataku dialihkan pada skrin laptopnya.

"Kerja aku ada sikit lagi. Korang pergi lah dulu, nanti bila aku dah siap aku follow korang."

"Betul ni? Jangan push sangat Qis. Kitaorang pun lagi 10% tak siap lagi. Kau dah lah tak makan dari petang lagi.  Nanti kau jatuh sakit, apa aku nak jawab dekat abang Amir nanti?" Aku tergelak halus.

Abang Amir, eh?

"Tak apa lah. Abang Amir kau tu tak akan marah punya." Perkataan 'Abang Amir' ditekankan sedikit. Kelihatan Fadz tersengih malu.

"Nanti bila kau nak turun bagitau tau? Bahaya jalan sorang-sorang. Lagi-lagi waktu malam macam ni. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya mana pun." Aku mengangguk faham.

"Kitaorang pergi dulu tau, Qis. Apa-apa hal call aku tak pun call Fatin. Kalau nak tapaukan ke apa, bagitau tau cik adik manis." Pesan Sarah. Aku tersenyum manis sambil ibu jari ditegakkan ke arah mereka.

"Ha, jangan call aku tau. Telefon aku charge dalam bilik." Fadz memberitahuku sambil tangannya ligat membetulkan awning tudung bawalnya.

Selepas mereka mengunci pintu rumah, aku meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi.

Setelah setengah jam dia bertarung untuk menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan oleh Professornya, tepat pada pukul 10 malam dia telah menyelesaikan semuanya.

Bibirnya mengucapkan ucapan tahmid beberapa kali. Kerja-kerjanya dia simpan di dalam USB Flash Drive. Dan dia juga ada membuat beberapa soft copy sebagai tanda berjaga-jaga sekiranya dokumen asalnya hilang ataupun dijangkiti virus.

Jika dia campurkan masa sewaktu tengahari tadi, dia mengambil masa hampir 5 jam untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberi.

Aku tersenyum puas.

Lamunannya sedikit terganggu apabila telefon miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Aku terus mengangkat panggilan tersebut tanpa was-was apabila matanya tertancap pada nama pemanggil yang amat dia kenali.

"Assalamualaikum awak." Tegurku.

"Waalaikummussalam. Tengah buat apa?" Aku tersengih kecil. Jarang sekali Redza menelefon dirinya hanya sekadar berbasa-basi.

"Baru siapkan assingment. Awak pulak tengah buat apa?" Kedengaran Redza berdehem kecil sebelum menjawab pertanyaanku.

"Good. Aku dekat bawah tunggu kau. Siap cepat. Aku kasi sepuluh minit je." Tanpa sempat aku membalas apa-apa, Redza terus mematikan panggilan.

Mataku terkebil-kebil memandang skrin telefon. Seleryi tidak percaya dengan apa yang dia dengari sebentar tadi.

Tiba-tiba ada satu message masuk.

Redza
Jangan lupa pack barang kau sekali. 8 minutes more.

Terbeliak mataku apabila membaca pesanan dari Redza. Tanpa melengahkan masa, aku terus bersiap-siap dan mengemas barang yang dibawanya.

Mr Heartless (On Hold)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin