Bab 2

3K 178 4
                                    

Aku memandang ke arah langit yang terbentang luas di atas sana. Awan-awan yang berkepul-kepul itu membuatkan diri ini lebih tenang. Cantik.

Aku menutup mataku bagi menikmati angin yang menampar lembut di mukaku. Tudung labuh hitamku juga berterbangan sedikit kerana ditiup dek angin. Aku memegang hujung tudungku.

Ketenanganku terganggu apabila terdengar bunyi deruman kereta yang tidak jauh dari tempatku.

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku.

Terdapat dua buah kereta mewah yang gah di hadapan rumah usang ini. Aku mengangkat kening belah kananku. Siapa tu?

Budak-budak yang tinggal sebumbung denganku berlari ke arah kereta mewah tersebut.

Seronok betul. Aku mengukir senyuman nipis.

Yelah, budak mana yang tak suka tengok kereta besar-besar? Lagi-lagi jarang ada kereta mewah masuk perkarangan kampung ini.

Aku hanya duduk statik di buaian sebelah rumah Puan Halimah. Atau lebih senangnya, umi.

Kelihatan susuk tubuh seorang pemuda yang berpakaian kemeja yang berwarna hitam serta seluar slack keluar dari perut kereta yang berwarna black metalic.

Tidak beberapa saat, keluar dua orang dari kereta yang berwarna putih.

Mereka bertiga melayani kerenah anak-anak itu.

Aku hanya memandang ke arah mereka. Tiba-tiba pemuda tadi berpaling ke arahku. Dia membuka cermin mata hitamnya. Tidak lama kemudian, dia mengukirkan senyuman manis buatku.

Aku terdiam. Aku rasa otak aku seakan-akan tidak berfungsi.

Aku menggosok mataku neberapa kali. Apabila aku membuka mataku kembali, pemuda tadi mengorak langkah ke arahku.

Mataku membesar.

"Ya Allah! Amir!" Jeritku sedikit kuat. Lebih kepada keterujaan sebenarnya.

Lelaki yang dipanggil Amir itu hanya tersengih kecil. Aku menggeleng tidak percaya.

"Assalamualaikum" tegurnya lembut.

"Waalaikummussalam. Ha,bila awak sampai Malaysia? Tak bagitau pun? Umi cakap awak balik lambat lagi. Suka tau tipu orang" kataku setelah dia berada di hadapanku. Jarak aku dengan dia lebih kurang sedepa dia.

"Mak uih. Banyak benor soalan dia. Sebelum tu, mana ada saya tipu? Saya just tak bagitau bila saya balik je. Ada saya kata saya balik tahun depan? Tak adakan? Awak je yang memandai"

Wajah cemberut aku pamerkan. Dari dulu sampai sekarang, ada je jawapan nak balas. Tak boleh nak belas kasihan langsung!

"Dah-dah. Tak payah buat muka itik. Kalau lawa takpe jugak. Ni, ibu dengan ayah saya pun ada sekali. Jom, kalau nak sambung cemberut tu, lepas ni eh?" Aku mengetap bibirku. Geram.

Aku hanya mengekori tubuhnya. Setelah sampai, aku terus menyalam tangan ibu Amir. Manakala ayah Amir aku hanya memberikan senyuman manis.

Masuk je kaki kananku ke dalam rumah, makanan sudah terhidang di atas meja di ruang tamu. Jap. Gaya umi macam dah tahu je diaorang ni nak datang. Mesti umi bersubahat dengan Amir!

'Siap kau Amir, aku buat perang dingin dengan kau baru tau!' Bentakku di dalam hati.

Setelah selesai berborak, walaupun hanya diaorang je berborak, aku terus membantu umi membasuh pinggan mangkuk cawan sudu garfu yang telah digunakan.

And yeah, aku hanya berdiam diri sepanjang diaorang berborak. Aku hanya bermain kuku takpun pasang telinga. Kemain seronok Amir cerita kat umi time dia kat Jordan dulu. Sampai pasal dia bela kucing kat sana pun dia cerita.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now