Bab 25

2.3K 149 16
                                    

Handsock yang melurut aku tarik ke atas sedikit. Jam tangan dipakai semula di pergelangan tangan kanannya.

Banyak kali juga Fadz menegur aku supaya memakai jam belah kiri. Katanya senang jika ingin menulis.

Bukannya dia tidak mahu, cuma dia sudah selesa dengan begini. Walaupun kelihatan agak leceh kerana perlu membukanya sebelum menulis.

Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

"Weyh Qis." Pergerakan tanganku yang sedang ligat memasukkan alat tulis di dalam pencil box terhenti apabila Fadz mencuit lembut bahuku.

"Kenapa?" Soalku perlahan. Takut Sir Mike yang masih berada di dalam kelas terdengar akan perbualan mereka.

"Lusa nanti kau jadi tak nak stay up untuk buat assignment?" Aku menggaru perlahan keningku.

"Er, esok in shaa Allah aku confirm- kan balik, boleh?" Kelihatan Fadz memgangguk kecil sqmbil menunjukkan ibu jarinya kepadaku.

Aku tersengih kecil. Ada-ada je kerenah sahabat dia ini.

"Fadzrin, do you have any problem? Dah habis jawab kuiz yang saya bagi?" Tersedak Fadz dibuatnya apabila disergah oleh Sir Mike.

"Hehehe. Nothing, Sir. Lagi sikit nak siap." Fadz hanya tersengih seperti kerang busuk.

Sir Mike hanya menggeleng perlahan. Dan tiba-tiba mataku bertembung dengan mata biru Sir Mike.

Terkelip-kelip mataku apabila Sir Mike masih tidak mengalihkan pandangan matanya dari terus merenungku.

Aku yang berasa tidak selesa terus mengalihkan wajahku dari Sir Mike.

Segera aku mengusap dadaku perlahan sambil bibir terkumat-kamit berzikir bagi menghilangkan rasa yang gundah-gulana ini.

'Tu mainan syaitan, Qistina.' Gumamku didalam hati.

***
"Okay, class. That's all for today. Nanti in shaa Allah, next week saya bagi korang punya marks okay?" Kami semua hanya mengangguk tanda setuju.

Selepas kami menjawab salam, aku dan Fadz terus membuka langkah ingin keluar dari kelas.

"Er, Qistina." Pergerakanku terhenti apabila Sir Mike menyeru namaku. Fadz yang berada disebelahku terus berbisik perlahan.

"Aku balik dulu eh? Ayah aku dah sampai. Sorry babe." Aku menahan geram di dalam hati. Suka tinggalkan dia sorang-sorang!

Kini, aku dan Sir Mike berada di luar bangunan Universiti ini. Disebabkan kelas kami sedikit lambat selesai menyebabkan ramai mahasiswa yang sudah pulang. Hanya dua atau tiga orang sahaja yang masih berlegar dikawasan ini.

Aku mengambil jarak dalam 2 meter dari Sir Mike. Kalau boleh, mahu saja dia membuat jarak dalam tiga atau lima meter.

Tapi takut dicop apa pula oleh Sir Mike nanti. Cukup sekadar boleh mengelakkan fitnah daripada berlaku.

"Sorry saya ambil masa awak sikit." Tutur Sir lembut sambil menghulurkanku sebuah paper bag.

Aku mengerutkan dahiku sedikit.

"Eh, jangan salah faham. Ni, mungkin umi tertinggal buku masa kenduri tahlil haritu. Dah lama saya nak bagi, cuma saya sibuk sedikit nak siapkan kertas soalan. Lagipun awak pun busy dengan exam bulan ni kan?"

Memang dalam bulan ini dia sibuk dalam persiapan menghadapi peperiksaan yang berlangsung. Dan alhamdulillah peperiksaannya sudah selesai kelmarin.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now