23 | 🌸- Dongeng yang hancur

Comincia dall'inizio
                                    

Oh tidak. Wajahnya sudah dibanjiri air mata membuat Haikal semakin merasai bersalah tatkala ini. Semua ini salahnya. Dialah penyebab sebab hal ini terjadi. Dia yang bodoh.

" Aku minta maaf, Ainni. Aku tak mampu. Bagaimana aku boleh menikahi wanita lain saat isteriku sedang bertarung nyawa demi anak anak dan kerana kepentingan aku sendiri? Syuhada memerlukan aku sekarang Ainni... Aku mohon, maafkan aku. Janji yang aku buat aku tak mampu tepati. Tapi aku, akan jaga Adam..."

Aku cuba melepaskan pegangannya tadi namun, dia semakin mengeratkan pegangan. Bertentangan mata dengan tindak balas aku. Anak matanya bergetar hebat.

" no you can't! Setelah semua i korbankan, kau ingat senang senang aku nak lepaskan kau lagi Kal? Aku sampai memberi tubuhku kepada bomoh itu! Jadi jangan harap...not too fast babe! You have to marry me even perempuan si*lan yang kau puja puja itu mampus sekali pun! "

Pap!

" Jaga mulut kau, perempuan jahanam. Kau kira dengan mulut dan tubuh kotor itu kau layak menyebut isteri aku begitu?! "

Sebelah tangannya sudah mencengkam kasar pipi Ainni. Bahkan setelah wanita itu mengaduh kesakitan, cengkaman itu semakin menguat. Mewakili rasa sakit dan pengkhianatan yang dia rasai.

" Along, jangan! lepaskan kak Ainni along?! "

Dari mana kekuatan yang tersalur,
tapi ini sudah melampau.

Sekarang dia faham perasaan Syuhada. Kata kata dari mulut Ainni keterlaluan.

Syuhada itu isterinya. Ainni tidak layak berkata begitu.

satu tamparan hangat hinggap dipipi kanannya menyebabkan pekikan lantang tadi lenyap serta merta.

Gila. Entah bagaimana perasaan aku selama ini, ditipu hidup sehingga merosakkan rumah tangga aku sendiri. 

Aku yang dibutakan, Syuhada yang menjadi mangsa. Patutlah, sekarang dia faham permainan perempuan licik ini.

" kau masih tak berubah, malahan kejam. Rupanya kau yang munafik.  Terima kasih kepada kau perempuan, aku mungkin kehilangan isteri aku. Sanggup kau gunakan ilmu syirik untuk rosakkan rumah tangga aku... A-aku benci kau Ainni! jangan harap aku nak kahwin dengan perempuan celak* macam kau! "

" Malah semua mata disini jadi saksi, bahawa obsesi dan rasa yang berlebihan hanya akan menghancurkan segalanya, dan aku harap kau juga akan hancur dan dibalas dengan dahsyat oleh Allah SWT. Semoga dalam kehidupan yang berikutnya, tidak akan ada lagi manusia sebusuk kau! "

Semuanya hanya diam saat Haikal mengutarakan semuanya. Cengkaman yang tadinya juga sudah terlepas, menyisakan Ainni yang tersungkur dilantai ruang tamu rumah banglo tersebut.

Langkah kakinya terus diatur menuju ke Almeera dan Khalis yang sudah menunggu didalam kereta.

Namun semakin laju langkahnya, semakin kedengaran namanya dipanggil oleh Ainni. Wanita itu mengikuti langkahnya dibelakang.

Belum serik. Apa Haikal harus membunuhnya terus saja?

Kal tunggu, saya boleh perjelaskan "

" Apa lagi kau mahu Ainni? tak cukup kau rosakkan hubungan aku? Sudahlah, kau bukan mencintai, kau cuba mahu memiliki dan
menang kan? lalu apa Ainni? memaksa hati aku bersama kau? "

Sungguh dia meluat untuk melihat muka Ainni saat ini. Sanggup dia memporak perandakan rumah tangga aku dan Syuhada.

Kenapa aku terpedaya dengan kata kata dan sikapnya? Oh. Mungkin aku terlalu bodoh dalam menilai orang.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora