14| 🌸-Cemburu

9.4K 214 14
                                    

Mulutnya muncung sedepa bersama wajah yang masam. Berpeluk tubuh disudut dinding jelas menunjukkan Syuhada Haifa sedang merajuk.

Protes.

Kerana Haikal tidak menunaikan apa yang dia mahukan dinihari ini.

" it's 3 a.m now sayang. Esok abang beli banyak banyak okey? Sekarang Syu tidur dahulu ya? "

Syuhada mengeleng, tidak bersetuju.

Gila. Sudah pukul 3 pagi namun Syuhada buat hal. Mana nak cekau mangga fresh dari pokok masa ni?

Ya Allah sabarkan hati Haikal. Tolong.

" Tapi, Syu tidak boleh tidur selagi tidak dapat itu! please? tolonglah abang..... "

Syuhada mula menghentak kaki bersama pakej muka kesian. Mana tahu niat hatinya bakal dipenuhi si suami kan? Haikal pun manusia yang mudah termakan pujukannya. Haikal menghela nafas berat.

" Hm mana abang nak cari mangga muda yang baru petik dari pokok masa begini? Kita bukan ada dekat kampung sayang. Esok okey? i promise you.. "

Syuhada diam.

" Tak apalah, Syu boleh cari sendiri. Lagipun anak mama nak makan kan? Tak apa biar mama je cari... Papa tak sayang kita.. Biar kita cari sendiri... "

Bersama airmata jernih yang menitis dipipi, dia memakai tudung sarung dan sweater ke tubuh.

Biar kita cari sendiri! Belum sempat tombol pintu dipulas, Haikal sudah menghalangnya.

" kenapa makin degil ni? Dah tak dengar cakap abang sekarang? Dah tak sayang abang? "

Rasa membara tadi kecut. Syuhada sudah tercuit dek kerana wajah tegas Haikal dipagi hari. Serta merta dia sedar, dia begitu mementingkan diri sendiri.

" sorry abang... Tak apa Syu boleh pergi cari sendiri hmm. Hiks."

Haikal tepuk dahi bila Syuhada mula buat drama air mata. Kedua bahunya Syuhada dipegang. Memaksa kedua pasang mata Syuhada yang bergenang air mata untuk menatapnya.

" esok pagi kita balik kampung tokwan. Kat dusun ada banyak pokok mangga yang muda..Mahu?"

" Nak!" laju dia mengangguk lalu mengukirkan senyuman lebar. Cepat saja moodnya berubah ceria semula. Leher sang suami dirangkul erat, menghadiahkan ciuman dipipi kanan dan kiri Haikal.

" terima kasih syurgaku, abang kesayanganku, cintaku. Syu sayang abang! Bye Syu nak tidur hehe.. "

Cepat saja tidur kecil itu bergerak ke katil. Sebentar saja Syuhada sudah mula melelapkan mata. Haikal tersenyum kembali. Fuh. Nasib baik dia boleh memujuk hati Syuhada tadi.

Sesungguhnya dia tak suka melihat Syuhada sebegini. Dia kesian kerana Syuhada tetap juga akan mendapat morning sickness. Ingatkan hanya dia yang merasakan, rupanya Syuhada pun merasakannya. Seksa.

Sampai satu tahap, dia benar benar tidak bermaya ketika diawal kandungan. Syuhada banyak menahan sakit sepanjang mengandungkan anak pertamanya. Satu hasil bukti cinta mereka berdua. Belum lagi sikap dan emosinya yang bertukar tukar dalam waktu sehari. 

Kerana itu selagi mampu Haikal akan menunaikan permintaannya, Insyallah.

Semoga Allah titipkan kesabaran yang tinggi dalam dirinya. Sabar melayan Syuhada. Tetap menyayangi isterinya.

Dahi Syuhada dikucup sebentar, menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya sebelum dia turut memejamkan mata.







Tepat pukul 10:30 pagi, mereka akhirnya tiba juga diKampung Seri Kasih merangkap kampung tokwan dan opah mereka. Kampung yang meninggalkan begitu banyak kenangan.
Ya. separuh dari zaman kecil mereka sehingga ke remaja dihabiskan dikampung ini. Lucunya,  dulu kami ke sini sebagai sepupu. Sekarang sebagai suami isteri.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz