01 | 🌸-Pertemuan Semula

26.6K 540 15
                                    

Akhirnya, Malaysiaku. Sempat dia tersenyum sebelum menanggalkan kaca mata hitam. Telefon pintar yang berada dalam genggaman dihidupkan. Laju jejari tangannya menari diatas alat perati tersebut sebelum ditekap pada telinga kanan.

" Assalamualaikum, mama.. "

membulat matanya keterujaan bila panggilan sudah disambung. Penerima panggilan sudah mula bersuara.

" walaikumursalam Ifa, awk ada dimana sayang? "

pertanyaan pertama dari suara Puan Faridah saat panggilan dari anak tunggalnya diterima. Panggilan yang paling ditunggu tunggu. Matanya melilau mencari figura satu satunya anak gadis tunggalnya didepan balai ketibaan. Berdebar hatinya menunggu yang dinanti. Rindu makin menghambat hati.

" Mama, Ifa ada berdekatan balai ketibaan... Ifa tak nampak mama? mama dimana?  "

Sedang keduanya melilau mencari satu sama lain, mata mereka saling bertatapan untuk seketika, sebelum keduanya tenggelam dalam pelukan setelah kaki Syuhada Haifa berlari ke arah wanita tua itu. Puan Faridah. 

" mama! "

" Ifa! Mama miss you so much.."

Tubuh kecil Syuhada Haifa dipeluk erat. Rindu yang teramat. Anak gadisnya yang jauh dimata kini selamat dalam dakapannya. Hampir 5 tahun membesar tanpanya disisi. Syuhada Haifa kini sudah dewasa.  Terus gadis itu mencium lama tangannya. Dan dia juga tak berhenti mencium ubun gadis itu. Sayu benar rasanya.

" Sayang.. sudahlah tu... Lemas budak tu nanti awak kerjakan.. "

Encik Idris sudah mengeleng melihat drama air mata ciptaan dua perempuan kesayangannya. Ceh, sinetron apa pula yang kedua wanita kesayangannya sedang lakukan?

Eh terlupa pulak dengan papa. Hehe.
Sekali lagi, Syuhada mencium tangan dan pipi Encik Idris pula.

" Akhirnya, anak papa dah pulang! "

ketiga beranak itu akhirnya tergelak bila Encik Idris cuba menghilangkan rasa hiba yang bertandang. Dia tahu isterinya sebak. Sebak dalam kegembiraan dan kerinduan.  Syuhada mengangguk laju. Cuba menahan suasana yang sayu. Air matanya yang laju menuruni pipi diseka.

" Dah dah sayang, let's go home. Tapi,  kita singgah sebentar rumah mak long. Dia ada kirim sesuatu dengan mama. Boleh?  "

" dia kirim sesuatu? Baiklah.."

Bila berbicara tentang maklongnya, maklong Aida pasti saja wajah si 'dia' menjelma dilayar minda. Rindu. Apa dia sihat sihat saja? Pastinya dia sedang meniti hari bahagia..

" Sireh junjung. Kamu lupa? sepupu kamu Haikal akan menikah esok.."

Syuhada sekadar mengangguk perlahan. Fikirannya bercelaru namun kaki tetap juga sama melangkah menuju ke tempat parking. Ke rumah mak longnya bermakna dia perlu bersua muka dengan Haikal. Mengingatkan itu hati Syuhada jadi sakit. Pedih. Sekali imbas wajah sepupunya, atau mungkin manusia penting yang pernah hadir dalam hidup dia suatu tika dahulu. Mungkin saja wajahnya sudah berubah dari wajah ala ala jambu dulu menjadi kacak mungkin? Ya Allah, apa yang kau fikirkan ni hati?...

After almost 5 years, look like we will meet again old love...

Sebaik kereta Honda Civic papa memasuki ke dalam garaj rumah banglo 3 tingkat mak long Aida, dia sudah dapat melihat suasana sibuk dihalaman rumah dimana, beberapa orang pekerja yang diupah sedang memasang kain rentang dan set up meja untuk majlis kahwin untuk, Haikal Amirul semestinya.

Terlihat banyak hantaran yang sedang digubah dikawasan ruang tamu. Aku memilih untuk duduk dan melihat serta memerhatikan persekitaran sekeliling ruang tamu yang tak kurang riuhnya dengan para gadis gadis yang sama menyiapkan dulang hantaran. Untunglah.

Sebal juga dirinya bila terpandangkan pelamin yang sudah indah terpasang. Ah sudahlah, yang sakit hati nanti, aku...
Sibuk, semuanya sibuk hingga tidak disedari kehadirannya disitu. Papa dan mamanya sudah hilang entah kemana bersama maklong Aida.

" Kak Ifa.. eh tak, kak Syuhada kan? "

teguran satu suara buat aku menoleh. Sekilas wajah manis bujur sirih milik seorang gadis yang dia kenali menerbitkan senyuman di bibirnya. Lambat lambat dia mengangguk juga. Kalau tak silap ini kan budak kecil yang agak tembam dulu, Hanis kan? Adik ipar tak jadi. Eh?

" I miss you so much kak Syu! where has you been ? 5 years and you so gorgeous now! omg cantik!"

Okey rasanya pujian ini sudah melebih dari si Hanis ini. Dia hanya mampu senyum mendengar pujian aras tinggi dari anak bongsu maklongnya yang memujinya. Agak begitu tinggi, pujiannya. Hakikat yang sebenarnya, dia tidaklah terlalu rapat dengan si Hanis. Bukan. Dia yang salah. Dia yang mengambil keputusan untuk mundur.  Dia sendiri yang menjauhkan diri dari keluarga ini.

" Pasti seronok kalau kak Ifa yang yang jadi kakak ipar Hanis.. Tidaklah segedik Kak Ainni pastinya... "

Ainni?

Aku gigit bibir. Jadi memang benar lelaki itu masih dengan Ainni? Katanya tiada rasa tapi mampu bersama hingga ke pelamin? Ah, tak penting. Dah tiada jodoh antara kami nak buat macam mana? Lagipula aku tak patut berharap lagi. Dia bakal jadi milik orang pada akhirnya.

" Hmm abang Haikal sihat? " terpacul juga soalan itu dari mulut aku. Aduh, soalan ini memang tersasar jauh dari topik aku bualkan sekarang.

" haa tu, abang. Along sini la kejap. Kak Syu ada disini "

Hanis melambai lambai tangannya. Kebetulan dengan Haikal yang melalui kawasan ruang tamu dan akhirnya melangkah kearah kami bersama mata yang tak lepas pandang aku. Okay, aku menyesal dan berharap boleh tutup omelan si Hanis sekarang. Tengoklah, sudah duduk disisi Hanis pun dia belum mengalihkan matanya dari memandang aku. Rimas diperhatikan.

" Eh Syu, bila balik Malaysia ? how's life? sihat? "

" tadi and everything fine "

Hanis dan Haikal sama bertentang mata. Mungkin terkejut. Aku tahu jawapan aku memang cukup dingin tapi memang aku tak ada niat nak beramah mesra.

Aku mengangguk tanpa senyuman dan itu cukup untuk menghantar isyarat yang aku tidak mahu meneruskan perbualan lebih panjang. Malas nak berbasa basi. Lagipun, memang dari dulu dia tak rapat dengan aku. So what's the point? useless.

" Hanis? kakak pergi ke dapur dulu eh.."

Tanpa menunggu jawapan dari Hanis, aku bingkas bangun.

" Syuhada, kau marah aku lagi rupanya .. " bicara Haikal sendiri. Matanya hanya mampu memandang si gadis pujaannya itu berlalu ke dapur.















-Hey Assalamualaikum, again TJWS repuplish since ada nak penambahbaikan beberapa bab before diterbitkan, im sorry for readers after 2018 if tak bersambung since this story was created in 2017 :) Anyways all for kind word and comments make me wanna do better ehehe. Sorry kalau pening & ada bab tak bersambung. Im gonna rewrite again 1 persatu bab. Kalau diberi kelapangan :) Enjoysss!

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now