03 | 🌸-Suami Ekspress!

14.9K 451 9
                                    

Dalam terpaksa, yang aku pasti aku sudah sah menjadi isteri kepada seseorang yang tak mungkin sayang aku sebagaimana aku menyayanginya dalam diam.

" Syuhada, minta tangan tu.. "

Entah sejak bila lelaki yang baru sahaja bergelar suami sudah duduk bersila didepan. Memberi sekilas pandangan sebelum dengan pelan tangan dihulur.

Sebentar saja, cincin emas bertatah permata kecil hijau sudah tersarung cantik dijari manisnya. Syukurlah, saiz jari Ainni ini sepadan dengan jarinya.

Refleks, tangan kekar itu dicium Syuhada. Sejuk. Apa dia berdebar? Pernyataan itu kambus selamanya setelah bibir Haikal menyentuh permukaan dahinya lama.

Entah perasaan apa, rasanya dejavu, yang mana membuat aku berasa indah, seakan ada rama rama yang memenuhi menari bebas didalam perut.

Perasaan apa ini?

Matanya terpejam saat berkelipan lensa kamera memancar. Entah kenapa aku merasa selamat dalam keadaan begini.

" sudahlah Kal, malam nanti sambung balik! "

Kurang ajar. Usikan kecil saja sudah membuat Syuhada gelisah. Dasar.

Terus kucupan itu terlerai. Sempat mata kami bertatapan seketika sebelum dia tersenyum pada kamera yang memotret kami. Terasa kaku seluruh tubuh bila tangan kekar itu memerang erat tangan aku. Dalam kebingungan, aku tatap mukanya. Aku, bingung....

" senyum, aku tak ingin orang beranggapan yang kau dipaksa kahwin dengan aku harini, Syuhada "

Senyuman sinis terukir.

" iya, saya  cuba. Walau hakikatnya memang begitu.. "

Kali ini dia berpaling mencari sebab aku berkata demikian. Tapi aku sudahpun berpaling dan tersenyum pada para hadirin dan jurukamera.

" Senyum.. Kita bahagia bukan hari ini? "

Andai saja perkahwinan ini bukan atas dasar terpaksa. Andai saja.









Majlis yang kami adakan biasa saja. Malah langsung tidak mengikuti perkahwinan impianku. Iyalah, nama pun bidan terjun kan? Pengganti tempat orang. Macam pelakon extra pun ada rasanya tapi penat juga seharian jadi pengantin sehari ini.

Pukul 10:30 malam barulah aku dapat berehat dari semua benda alah ni semua. Alhamdulilah semuanya sudah selesai. Malam ini aku akan bermalam di rumah Haikal. Suka atau tidak, dia sudah menjadi suamiku yang sah.

Dan disebabkan oleh kata Puan Faridah- mamanya bahawa dia harus tidur dibilik Haikal membuat Syuhada termangu sendiri.

Dan disini dia sekarang, diatas katil dalam bilik Haikal Amirul.

Suami? Bunyinya seakan terpaksa.

Minyak urut yang berada diatas meja berhampiran katil Haikal aku capai. Okay juga keadaan biliknya, tidak bersepah. Jauh dari imaginasi aku.

Minyak tadi dilumurkan pada tapak tangan dan aku ratakan dikaki.

Lenguh. Seharian berdiri, terpaksa bagi senyuman palsu buat semua hadirin. Dan sekarang aku terfikir kenapa aku perlu terjebak dalam semua ni? Aku menyesal? Mengapa rasanya aku seakan salah membuat keputusan sendiri... Lalu aku tersedar apabila hujung katil menurun, merasakan pergerakan dari Haikal yang melabuhkan punggung dibirai katil. Suami ekspress...

" Lenguh?... "

Aku senyap, tidak mahu membalas ataupun berbicara dengan sesiapa. Tangan masih ligat mengurut, atau dalam erti kata lain, aku tidak hiraukannya. Sejak bila dia masuk dalam bilik pun aku tidak sedar. Nasib baik aku sudah selesai mandi dan menukar baju tidur.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang