18 | 🌸-Adam Zikri

7.6K 185 10
                                    

" Apa sayang benar-benar tidak mahu ikut sama? Boleh sayang sendirian dirumah? Abang risaukan Syuhada... "

Untuk kali ke seratus lima puluh juta soalan itu keluar dari mulut Haikal. Sekarang dia sedang bersiap siap, berdiri dihadapan meja solek bercermin, membutangkan butang baju kemeja yang disarung pada tubuh.

Tubuh isterinya, yang juga duduk berhadapan cermin meja solek, sibuk menyikat rambut lurusnya yang semakin panjang.
Haikal memeluk tubuh kecil itu dari belakang. Dagunya sengaja ditongkatkan pada ubun ubun Syuhada. Fokus sepasang anak mata hitam itu meneliti wajah sang isteri yang tersenyum.

" Ya, Syu akan baik baik saja. Sudah berapa lama abang tidak menemui mereka kan? Pergi saja.... "

Kali ini kedua wajah itu bertatapan dekat bila Syuhada memusingkan badannya menghadap Haikal. Dari wajah Haikal, terlihat kegusaran.

" Betul? "

Syuhada tersenyum. Tangan suaminya dipegang erat.

" Ya betul, pergi dan berhati hatilah... "

"Bagaimana kalau abang merindukan Syu? "

" Lalu pergilah dengan cepat, dan abang boleh balik awal, menemani menonton kdrama terbaru bersama. Ya? "

Haikal mengukir senyum lebar. Wajahnya diangguk. Tidak tahu, isterinya ini baik hati atau malaikat. Mungkin saja bidadari.

" Baiklah, terima kasih sayangnya Haikal Amirul.."

Syuhada hanya ketawa bila Haikal cuba mencium keseluruhan wajahnya. Dan ianya, berhasil membuat Syuhada terkekeh. Kesan dari rasa geli terhadap tindakan Haikal.

Syukur. Itu perkataan yang dari tadi bertalu Haikal lontarkan dalam hati. Syuhada yang lama telah kembali padanya. Atas alasan atau sebab yang masih kabur. Syuhada berubah kepada Syuhada Haifa yang lama. Yang Haikal rindukan.

" Ya sudah, abang pergi dahulu. Sayang harus jaga diri, menjaga babies kita sebaiknya. Jika ada apa apa segera hubungi abang... ya? "

Kunci kereta yang tersangkut didinding diambil sebelum dia melangkah ke arah muka pintu utama.

" Ingat, jika terjadi sesuatu, cepat hubungi abang ya? "

"Dahi dan pipi Syuhada dicium sebelum figura tinggi itu meloloskan diri ke dalam kereta jenis Honda Civic.

Haih. Kalau bukan kerana Khalis dan Imran, dia pastinya kini sedang bermanja dan menghabis masa berbahagia berdua. Ah, aku membenci kedua kamu, kawan.

" ssup, player number one is heree! "

Sinis suara Khalis, terdengar sebaik sahaja figura seorang Haikal muncul depan keduanya dengan cara "highfive' tangan seperti waktu mereka di Universiti dulu.

Haikal hanya mampu tersengih, mendengar sindiran pedas daripada Khalis. Benar seorang kawan.

" maaf ya, zaman kegemilangan player number one is already over. Aku sudah berkahwin, malah bakal menjadi seorang ayah. Tidak seperti kau berdua.. "

Khalis dan Amran sama bertatapan. Mencari dimana silap sehingga nama mereka dipanggil sebegitu.

" Apa...? "

" Pedang sama pedang....? "

Amran terbahak, manakala Khalis tayang muka tidak percaya. "Oh, kasar balasan kau ya.. "

Kening sebelah kanan diangkat, sengaja Haikal mahu mengejek. Tawanya terhambur. Benar benar melucukan apabila keadaan itu dibayangkan.

Maklumlah, kedua dua jejaka malaya ini belum menikah, tidak selaku Haikal. Ketika zaman universiti pun sama, Khalis dan Amran sama solo.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें