Luhan yang sedang membaca majalah di ruang tamu itu menoleh ke arah adik kesayangannya. Timbul rasa serba salah dan sedih dalam hatinya.

"Seol, duduk dulu. Oppa ada benda nak cakap dengan Seol." Ujar Luhan perlahan.

Ya, dia dah penat menyimpan rahsia dan dia tak akan mampu menipu adiknya itu walaupun dia menipu untuk kebaikan. Gadis itu mendekati abangnya.

"Ada apa, oppa?" Soa Hye Seol pelik.

"Seol, kalau oppa cakap tolong jangan ambil hati." Ujar Luhan perlahan.

Hye Seol memandang abangnya dengan seribu tanda tanya. Hatinya mula tak tenang apabila melihat Luhan hanya diam saja.

"Lupakan Sehun."



DEG !



Dunia Hye Seol seakan terhenti apabila mendengar dua patah perkataan yang dia tak sangka akan keluar dari bibir abangnya sendiri.

"Ke..kenapa?"

Air mata gadis itu mengalir. Luhan jadi tak sampai hati sehingga menyebabkan adiknya menangis.

"Seol, cuba fikir. Sehun malaikat. Seol manusia. Mana boleh Seol bersama dia? Selama oppa hidup, tak pernah lagi oppa dengar kisah seorang malaikat boleh bersama dengan manusia. Itu semua mustahil. Lambat laun Sehun akan pergi juga, Seol. Tolong faham."

Hye Seol terdiam. Apa yang Luhan katakan itu semua betul. Tak satupun yang Hye Seol nafikan. Tapi, mampu ke dia melupakan lelaki yang sudah dia anggap manusia itu?

"O..oppa.. Seo..Seol tahu Sehun akan pergi. Tapi, bagilah Seol sedikit masa untuk mengucapkan selamat tinggal." Lirih Hye Seol.

Luhan memeluk tubuh adiknya itu. Air mata gadis itu membasahi baju T-shirt yang dipakainya.

"Seol tahu yang Seol salah sebab jatuh cinta dengan dia. Seol tak mampu menolak perasaan itu jauh-jauh dulu. Ini semua salah Seol. Hiks.. Hiks.. Kalau Seol tak buka sliding door itu dulu maybe Sehun tak perlu lalui kehidupan halimunan dalam rumah ini. Hiks.."

Luhan mengusap belakang adiknya itu untuk menenangkan dia. Namun, suara tangisan Hye Seol semakin keras.

'Ya Tuhan, aku harap tindakan aku ini betul.'



Clak ...



Semua mata memandang ke arah susuk lelaki tinggi nan putih itu. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang frust.

"Hunnie.." Gumam Suho.

Tubuh tinggi lelaki itu lalu dipeluk.

"Mana Hun pergi? Risau hyung, tahu tak?" Soal Suho perlahan.

Sehun membenamkan wajahnya di ceruk leher Suho. Air matanya mengalir membasahi bahu lelaki yang tua 3 tahun darinya itu.

"Hun, kenapa ni?" Soal Suho mula risau.

Baek Hyun mendekati kedua adik beradik itu. Dia mengusap belakang Sehun perlahan. Dia tahu, pasti adiknya yang satu itu sudah mengalami hal yang sangat memeritkan.

"Shh,.. Dah-dah. Hun nangis juga tak ada gunanya. Ini semua pilihan Hun. Hyung harap Seol akan faham."

Sehun memandang Kris yang sudah berdiri di sebelah Suho.

"Maaf, hyung. Mungkin kedatangan Hun ke sini memang bukan sesuatu yang baik untuk semua orang. Hun lebih suka hidup di tempat kita berbanding di sini. Hidup di bumi memang merumitkan dan menyedihkan. Semenjak Hun ke sini, perasaan manusia melanda diri Hun hingga Hun hampir lupa diri. Tapi, Hun bahagia." Ujar lelaki itu perlahan.

Suho mengusap belakang Sehun pula.

"Itulah takdir, Hun. Tuhan menjadikan kita hanya untuk merasakan perasaan manusia. Kita sama saja macam manusia lain. Tapi yang membuatkan kita menjadi lain adalah kekuatan dan kuasa yang kita miliki. Kita perlu terima takdir kita." Pujuk Suho dengan nada yang lembut.








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Kita dah dekat dengan konflik yang lagi menyakitkan.

Stay tuned yeorobun !

JANGAN LUPA TEKAN BINTANG KAT BAWAH TU

GOMAWOYOOOOOO



사랑하자 ❤️

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now