30

6.4K 139 33
                                    

Semua menangis.

Sebab doktor Dina cakap Izrina dah sembuh total. Cuma Izrina perlu berehat dan biasakan gerak semua anggota dia. Sebab Izrina dah terlalu lama terbaring.

" Heyy "

Izrina mengangkat muka. Dia tersenyum bila Aiden menghampiri dia. Rasa macam betul ke dia dah bangun.

" Haii "

" Abang rasa bersyukur sayang dah bangun. Tersenyum depan abang. Mata tu dah buka. Tak macam sebelum ni " ujar Aiden.

Tuhan je tahu betapa dia gembira sekarang ni. Tuhan je tahu betapa dia bersyukur dapat tengok Izrina tersenyum, gelak ketawa depan dia sekarang.

Izrina hanya diam. Kenapa lelaki ini sungguh baik sedangkan dia dah lukakan hati Aiden?

" Abang "

Izrina mencapai tangan Aiden, yang duduk di sisi dia. Dia melentokkan kepalanya di bahu Aiden. Tiba-tiba rasa sebak.

" Rin minta maaf untuk apa yang Rin buat. Rin tahu Rin salah sebab buat abang macam tu. Rin ingatkan bila Rin buat macam tu, abang akan bahagia tapi sebaliknya . Rin lukakan hati abang sampai abang kecewa dengan Rin. Maafkan Rin " ujar Izrina.

Aiden diam. Dia rasakan bahu dia basah akibat air mata Izrina.

" Its okay sayang. Abang tak marah dah. Boleh tak lepasni kita lupakan semuanya? Kita mulakan hidup baru. Okay ? " Aiden mengintai Izrina yang dalam dakapan dia. Alahaii nampak comel je dengan muka sebek dia tu.

Izrina mengangguk. Dia mengeratkan lagi pelukan mereka. Betapa dia rindukan Aiden sampai rasa taknak jauh dah. Dia taknak ulang lagi kesilapan yang sama. Sebab hati Aiden dah banyak kali terluka.

" Eh ganggu ke ni? " usik Aisy sebaik sahaja membuka pintu.

Aiden tersenyum kecil.

Izrina menahan malu.

" Mana ada. Masuklah. " Aiden bangun sambil membetulkan kedudukan Izrina.

Aisy nampak sinar bahagia di muka mereka. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

" Kak Rin okay? " tanya Aisy sambil memeluk Izrina.

" Alhamdulillah okay. Cuma tu lah akak rasa macam badan akak lain sangat hahah "

Aiden dan Aisy saling berpandangan. Mereka tahu kenapa tapi biarlah diamkan dulu. Hahah

" Hahah akak ni macam-macam. Maaflah Aisy baru dapat tengok akak. Tadi ada hal dengan hm dia " Aisy menunduk bila melihat Izrina tersenyum. Nak mengusik lah tu.

Izrina terus tergelak kecil. Adik dia malu ke?

" Hahah takpelah. Akak faham. Pengantin baru kan. Kena spend time banyak kali hahah " usik Izrina.

Aisy tersipu malu.

Aiden hanya memandang Izrina dan Aisy yang bergurau senda ibarat tiada apa yang berlaku. Tapi baguslah sebab dia tak perlu risau dah. Biarlah semuanya jadi macam ni. Lebih bagus.

¤¤¤¤

" Ni taknak peluk mama ke? "

Sebaik sahaja Izrina berkata begitu, anak-anak terus meluru berlari ke arah dia.

Aiden terus tergelak bila Izrina diserbu oleh mereka. Nampak sangat rindu mama mereka ni.

" Hahah aduhaii anak mama semua ni. Meh sini Dri " Izrina mengangkat Adri duduk di riba dia.

" Mamaaaaa! Rindunyaaa " Adlina terus memeluk lengan Izrina erat.

Selalunya bila datang sini, dia cuma nampak mamanya cuma terbaring kaku. Tapi sekarang dia dah boleh bercerita dahh. Yeahhh!

Izrina tergelak kecil sambil mengusap kepala Adlina. Dia mula tersenyum bila semuanya nak bercerita apa yang jadi sepanjang dia koma. Lama betul dia tak rasa suasana riuh macam ni.

" Pastu kan mama, Lina ada orang minat dia hahahah " usik Adli. Dia tergelak bila Adlina memukul lengan dia.

Aiden dah terbuntang.

" Whoaa whoaa apa nii. Princess papa ada orang minat nii. " Aiden terus mendekati mereka di katil.

Izrina tergeleng kepala melihat Aiden. Sengaja betul.

Adlina menjulingkan mata. Dia mencapai lengan Aiden.

" Papa niii. Mana ada lah. Lina tak suka dia pun. Kitaorang hari-hari gaduh. Pastu dia suka cakap benda-benda yang buat Lina geram. Eyyyy bencii " rengek Adlina.

Aiden dan Izrina saling berpandangan. Macam kenal je kisah macam ni. Macam..kisah mereka..

" Hahaha okay okay. Mama faham perasaan tu. Tapi Lina, kita jangan benci sangat. Sebab lama-lama boleh jatuh suka. Cuba kalau one day dia tak kacau Lina lagi, mesti Lina rasa sunyi. Believe me " nasihat Izrina. Dia taknak pengaruh Adlina tapi itu yang dia rasa bila satu hari Aiden tak kacau hidup dia. Dia rasa kehilangan.

Aiden cuma senyum. Bukan senang okay nak tengok Izrina mengaku macam ni.

Adlina cuma diam. Betul juga cakap mama dia. Sebab bila Iman tak ganggu dia, dia rasa macam kosong. Hish apa ni..

¤¤¤¤

Dah seminggu Izrina boleh keluar hospital.

Seminggu tu juga Aiden suruh dia duduk diam je.

Naik rimas juga tapi melihat betapa Aiden bersungguh nak jaga dia, dia rasa terharu.

Tapi yang peliknya nafsu makan dia makin bertambah. Pelik lah. Setiap malam mesti Aiden kena bangun buatkan dia milo. Lepastu kekadang dia suka layan cerita kartun yang Adri layan sampaikan anak-anak dia semua pelik.

Aiden pula, bila dia merungut macam tu, suami dia cuma tergelak je. Geram weh.

Izrina memandang penimbang tu. Dia rasa macam tak percaya dia naik 3kg. Arghhh apa ni?

Dia berdiri di hadapan cermin. Dia baru perasan pipi dia naik. Lengan dia pun! Ehhh ehhh..

Aiden yang baru masuk ke bilik mengerutkan dahi melihat Izrina yang mencucuk pipi sendiri tu.

Apa kes bini dia ni?

" Abang! Saya dah gemok! " rengek Izrina sambil membulatkan mata dia.

Dia tak puas hati ni. Mana boleh gemok macam ni. Kena pergi workout balik ni. Tidak!

Aiden yang dengar rengekan Izrina itu tergelak kecil. Ni kes memang tak tahu ke atau pura-pura tak tahu?

Dia berjalan ke arah ampaian lalu capai tuala. Niat dia nak mandi dah rasa lawak pula.

Izrina merengus geram. Orang suruh pujuk, dia gelak! Tak support betul !

" Abang! " Izrina menjerit geram.

" Pernah pregnant . Tapi diri sendiri tengah pregnant pun tak tahu. Alahaii "

Aiden terus berjalan masuk ke dalam bilik air meninggalkan Izrina yang terkaku. Dia tergelak besar.

Izrina terkaku. What did he said? Pregnant?

Pregnant!?

" Did I'm pregnant right now !? "

Aiden yang di dalam bilik air dah tergelak tanpa henti dengar jeritan Izrina.

Sah tak tahu tu.






T H E  E N D  🌹

Want a epilogue ?

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now