14

3.2K 116 26
                                    

Izrina tersenyum kecil. Aiden masih risaukan dia. Itu dah cukup bagi dia.

" Rin okay abang. Rin cuma nak naik atas. Nak rehat . Itu je. " ujar Izrina perlahan. Dia melepaskan pegangan Aiden untuk teruskan langkah. Tadi je tiba-tiba dia rasa pening.

Aiden mengeluh. Tak mungkin dia akan biarkan Izrina naik dengan keadaan macam ni. Dia mendekati Izrina lalu mencempung wanitai itu. Langsung tak dihiraukan pandangan terkejut Izrina.

Maira dan Aisy dah terbuntang tengok.

Izrina dah emm abang..

" Mama, Aiden naik dulu. Nak letak Rin. Nanti Aiden hantar budak tu balik " ujar Aiden lalu berjalan menaiki tangga dengan Izrina di dalam dukungan dia.

Maira tergeleng kepala. Dah kalau sayang tu, kenapa dera hati isteri sendiri wahai anak. Haih tak faham dia dengan mereka berdua tu.

Aisy tersenyum miris. Melihat betapa risaunya Aiden tadi, dia tahu Aiden sangat sayangkan Izrina. Bagaimana reaksi Aiden bila tahu hal sebenar? Masihkah sayang itu ada lagi? Dia tahu dia takkan dapat gapai hati Aiden dah.

Sebab itu milik Izrina.

Isteri sah Aiden.

Wanita pertama yang terima lafaz akad Aiden.

Sedangkan dia?

Orang ketiga.

Hm.

¤¤¤¤

Aiden meletakkan perlahan-lahan tubuh Izrina yang sudah terlena itu. Dia mencabut tudung yang dipakai Izrina lalu membetulkan selimut di tubuh isteri dia.

Kebelakangan ni dia perasan Izrina banyak berehat , tidur lepastu cepat penat. Dia sendiri pelik.

Melihat muka tenang Izrina, dia rasa tenang juga. Bila last dia tidur sebilik dengan Izrina? Ye sebulan yang lalu. Ya Allah. Apa yang dia dah buat?

Dia mengalihkan anak rambut Izrina yang menutup dahi wanita itu.

Sesungguhnya dia sayang Izrina.

Bukan Aisy Zulaikha.

Tapi kenapa isteri dia beria suruh dia kahwin dengan gadis itu?

Apa rahsia yang disembunyikan oleh Izrina?
Dia teringat perbualan dia dengan Umi Jannah minggu lepas.

Flashback

Aiden tersenyum ke arah Umi Jannah. Rasanya dia dah lama tak datang ke sini. Sejak dia sibuk dengan urusan syarikat.

" Umi apa khabar? "

" Alhamdulillah sihat. Aiden? Umi dengar nak kahwin lagi kan? "

Umi Jannah memandang Aiden. Dia tahu apa yang jadi. Dia tahu semuanya sebab Izrina hanya bergantung pada dia sekarang.

Aiden tersenyum miris.

" Aiden sihat. Haah. Umi tak kisah kan Aiden buat dekat sini? " tanya Aiden. Dia takut juga Umi Jannah menentang.

" Umi tak kisah pun. Aiden, Umi sayang kamu.  Sayang Rin. Dia bagaikan anak perempuan umi juga. Sakit dia, sakit umi. Bahagia dia, bahagia umi. Umi minta sangat dekat Aiden. Semarah mana pun kamu, jangan abaikan dia. She need you right now . Dia cuma perlukan Aiden sekarang ni. Jadi, tolong jaga dia baik-baik ye " ujar Umi Jannah sambil memandang ke depan.

Aiden mengerutkan dahi. Dia tak faham. Apa maksud Umi Jannah sebenarnya? Izrina perlukan dia? Tapi kenapa?

¤¤¤¤

" Abang tak tahu kenapa tapi abang dapat rasakan sayang sembunyikan sesuatu. Dan abang harap one day Rin akan beritahu abang semuanya. Sebelum terlambat. Sebab abang sayangkan Rin. Tengku Aiden Izriel sayang Nurul Izrina. Anak-anak kita perlukan sayang. So, please. Tell me the truth okay " Aiden mengucup dahi Izrina sebelum keluar dari bilik. Dia perlu menghantar Aisy balik.

Maira memandang pemergian kereta Aiden. Dia berharap sangat tiada apa yang akan jadi. Sebab entah kenapa dia memang tak sedap hati dari tadi.

Mama harap apapun jadi nanti , semuanya baik-baik. Tiada yang melibatkan nyawa. Tiada yang melibatkan kehilangan. Tiada. Sebab mama dah serik.

Bila sayang , apapun kita sanggup korbankan termasuk kebahagiaan kita. Dan itu yang dilakukan oleh Izrina. Dia menghancurkan kebahagiaan dia semata untuk melihat Aiden bahagia. Sebab apa? Dia sayang suami dia.

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now