10

3.2K 115 2
                                    

Aisy meneguk air yang sedia ada itu apabila terpandang betapa dinginnya Aiden. Entah buang tebiat apa tiba-tiba lelaki itu ajak dia jumpa.

" Encik nak jumpa saya kenapa? Saya ada urusan kejap lagi ni " tanya Aisy. Dia sehabis boleh menunduk. Langsung tidak dipandang lelaki itu.

" Aku setuju kahwin dengan kau. "

Zupp!

Aisy terus mengangkat muka. Dia salah dengar ke? Lelaki ni? Setuju kahwin dengan dia? Eh! Tak sayang ke lelaki ni pada Kak Rin?

" Tak payah kau terkejut. Ni kan yang kau nak? Yang kau idamkan? Tapi dengar baik-baik ayat aku. Aku takkan rasa aku boleh adil kalau kahwin dengan kau. Sebab apa? Hati dan sayang aku cuma pada Izrina. Yes! Nurul Izrina. Aku tak tahu apahal dia suruh aku kahwin dengan kau tapi aku tahu dia rahsiakan sesuatu daripada aku. Kalau aku tahu kau komplot dengan dia, be aware. " sinis Aiden sebelum dia bangun meninggalkan Aisy.

Dia rasa semak dengan semua ni. Apa salah dia sampaikan hati dia dipermainkan macam ni? Macam dia ini tunggul.

Aisy terdiam. Sedikit sebanyak kata-kata Aiden tu menyentap hati dia. Setiap bait kata lelaki semuanya ibarat menyindir dia. Dia ibarat seolah-olah perempuan yang rampas suami orang sedangkan dia sendiri taknak semua ni.

Salah dia ke setuju dengan rancangan Izrina?

Ting !

KakRin :
Where are you? Mama Abg Aiden nak jumpa Aisy. Boleh?

Aisy terdiam. Ni lagi satu masalah. Bersedia ke dia nak jumpa wanita itu? Dia rasa gementar sangat sekarang.

Aisy :
Dekat tempat kita jumpa dulu kak. Boleh je. Aisy tunggu.

Aisy nekad. Apa pun jadi, biarlah dia hadap semua ni. Apapun tuduhan orang, dia diamkan je. Sebab apa? Amanah Kak Rin pada dia. Ye itu sebab dia bertahan.

¤¤¤¤

Suasana di meja itu sepi. Aisy mahupun Maira langsung tak bercakap. Izrina pula Maira suruh duduk di rumah.

" Kenapa? Kenapa awak sanggup nak kahwin dengan Aiden? Aisy tahu kan Aiden tu suami Izrina. Aisy tak tahu ke Rin tu sakit juga? Hati isteri mana kuat bila ada wanita nak berkahwin dengan suami dia. Ye aunty tahu Rin yang beria tapi kenapa? " ujar Maira. Dia tahu gadis ini sebenarnya baik. Tak mungkin ada niat nak rampas Aiden.

Aisy diam. Maira tidak seperti yang dia sangka. Dia ingatkan wanita ini akan serbu dia dan marah dia. Tapi rupanya tidak.

" Saya cuma buat apa yang patut saya buat Aunty. Saya minta maaf tapi saya tak boleh nak mungkir janji saya. Saya tahu Kak Rin sayangkan Abg Aiden. Saya tahu betapa indahnya cinta mereka , Aunty. Mungkin di mata orang nanti saya ni jahat. Tapi percayalah yang semua ni bersebab. Kalau boleh, saya pun taknak semua ni " jujur Aisy. Dia rasa lebih tenang sekarang ni. Apapun jadi selepas ni, dia redha. Dia pun tidak beria sangat.

Maira terdiam. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni? Apa yang terjadi antara mereka? Apa yang disembunyikan oleh Aisy dan juga Izrina? Makin lama makin pening kepala dia.

¤¤¤¤

" Tak! Sekarang ni kau cakap dengan aku! Kenapa kau sanggup nak bermadu ni!? Kau gila ke apa Rin! Aiden tu sayang kau! Kau letak mana akal kau weh? Anak-anak kau macam mana?! " marah Amanda. Dia tak tahu apa yang difikirkan Izrina sebenarnya.

Izrina menikus. Dia tahu tahap kemarahan Amanda sekarang tengah tinggi. Dia tahu Amanda marah. Tapi dia buat semua ni bersebab. Kenapa semua cakap dia tak sayangkan family dia sendiri? Kenapa?

" Kau takkan faham aku. Kau takkan faham apa yang aku alami sekarang. So better kau diam, Manda. Kepala aku serabut kau tahu tak! " marah Izrina balik. Dia stress dengan semua tekanan yang dia hadapi sekarang ni. Semua orang takkan faham dia!

Amanda tergelak sinis.

" Baguslah serabut. Sekarang ni apa kau nak buat, kau buat Rin. Sebab apa? Sebab aku tak faham kenapa sahabat aku boleh jadi macam ni. Egois ! Jom Wina " Amanda terus menarik Wina keluar dari rumah itu. Dia langsung tak pandang Izrina yang terduduk itu.

Wina hanya memandang sedih. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa dah. Sejak dari tadi, mereka bertekak sebab tahu hal ni. Malah, dia rasa dia tak kenal langsung siapa Izrina dah.

Izrina menangis teresak-esak. Dia menumbuk dada dia supaya kuat. Dia kena kuat. Walaupun semua benci dia.

Tiba-tiba dia rasa kepala dia sakit. Sakit yang mencengkam kepala dia. Yang selalu dia rasakan. Dia gigihkan diri juga untuk berjalan ke dapur.

" Kau kena kuat Rin. Sedikit je lagi. Sedikit je lagi lepastu kau boleh pergi dengan aman " ujar Izrina sambil menelan ubat. Dia jatuh melutut. Merintih pilu. Sanggup ke dia nak tinggalkan semua yang dia sayang?

Tbc

Takdir Kita 2Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz