18

3.7K 121 12
                                    

Sehari sebelum akad nikah,

Suasana di rumah Maira itu sungguh bising sebab semua berkumpul dekat rumah dia. Esok malam Aiden nak akad nikah. Rasa macam sekejap je. Tup tup dah nak nikah.

Masing-masing bising dengan telatah sendiri. Walaupun pada mulanya ramai yang bangkang tapi atas pujukan Izrina, mereka terpaksa terima. Dah didesak pun Izrina masih taknak jujur apa sebab dia buat macam ni.

" Rin, Kak Khalisha tak faham kenapa Rin masih boleh tersenyum macam ni sedangkan esok Rin nak dapat madu dah " ujar Khalisha sambil mengemas meja makan. Dia sebenarnya tak percaya Izrina boleh senyum macam ni lagi sedangkan esok Aiden nak kahwin. Inipun dia tengok seorang ke hulu seorang ke hilir.

Izrina tersenyum. Dia tahu dia nampak macam tenang tapi Allah je tahu betapa perit dia nak terima semua ni. Saban malam rintihan yang dia luahkan seorang diri. Tanpa Aiden. Tanpa sesiapa. Bahkan Amanda dan Wina dah mula tak kisahkan dia. Ya Allah.

" I'm okay kak. Percayalah Rin dah redha semua ni " ujar Izrina. Semua yang dia cakap bercanggah dengan yang sebenarnya. Hipokritnya kau wahai Nurul Izrina.

Aiden memandang Izrina dan Khalisha yang berbual itu. Entah kenapa malam ni dia rasa nak berbual dengan Izrina. Setelah dua bulan dia langsung tak bertegur sapa. Sesungguhnya hati dia tak kuat untuk esok. Kenapa hati dia berat sangat nak pergi?

" Aiden "

Aiden berpaling. Izz tersenyum melihat anaknya. Dari tadi dia perasan Aiden memerhatikan Izrina. Sebetulnya dia mengiakan kata-kata Maira. Izrina memang nampak susut. Ketara sangat. Sampaikan ramai yang tegur tadi.

" Tak salah kalau Aiden nak putuskan semuanya sekarang. Papa nasihatkan sebab papa nampak Aiden sayang Rin lagi. Jangan tipu diri kita semata sebab marah yang ada. Jangan menyesal kemudian hari. Mungkin Rin buat salah tapi dia mungkin ada sebab tersendiri. " nasihat Izz sambil memandang laman tepi.

Aiden diam.

" Salah ke kalau Aiden sayangkan Rin? Salah apa Aiden ni sampaikan dia beria suruh Aiden kahwin lain?  Itu yang Aiden kecil hati papa. " luah Aiden. Untuk dua bulan ni, dia rasa kecewa yang teramat. Kenapa baru sekarang Izrina uji dia macam ni? Kenapa!?

Izz tersenyum. Kalau Aiden tahu hal yang sebenar, dia yakin Aiden akan menyesal seumur hidup. Dia teringat pertemuan dia dengan Dina , sahabat dia waktu belajar dulu. Berita yang dia tahu itu agak mengejutkan dan dia tak sangka Izrina mampu bertahan untuk waktu yang lama itu.

Flashback

Bukk!

Izz terus mengucapkan maaf kepada manusia yang dia terlanggar itu. Ni lah kalau terburu-buru memang main langgar je.

" Its okay sir "

Izz mengerutkan dahi. Macam kenal je muka ni.

" Dina? "

Dina yang menggosok bahu itu mengangkat muka. Dia tersenyum bila nampak sahabat dia waktu di universiti  dulu. Ya Allah kecilnya dunia.

" Wehh Izz. Lama tak nampak kau "

Izz tergelak. Dina dan brutal dia memang kekadang tak boleh pisah.

Masing-masing tergelak dengan cerita sendiri. Rasa macam dah lama tak jumpa, bila jumpa ginilah.

" So how kerja kau? "

" Macam tulah. Hadap patient. Tapi aku ada patient ni. Tabik sangat. Aku tak sangka dia boleh sekuat tu untuk bertahan. Walaupun kanser dia dah tahap tiga dah. Malah, dia sanggup taknak beritahu suami dia weh. Sampaikan cari isteri lain untuk suami dia. Aku macam sebak. " ujar Dina sambil mengeluh.

" Habistu dia memang taknak operation? " tanya Izz. Macam kisah anak dia pula. Tapi Izrina tak mungkin sakit lah.

" Tak. Izrina decide biar suami dia kahwin dulu baru dia buat " ujar Dina.

Izz mendengar nama itu terus mengangkat muka. What did she said? Izrina?

" Nurul Izrina? Seriously tu patient kau? Suami dia Aiden ke? " bertubi soalan Izz itu membuatkan Dina pelik. Eh jap! Macam mana Izz tahu nama suami Izrina ? Jangan cakap.. Oh shit!

Izz terus desak Dina untuk cerita semuanya sampaikan dia rasa berita ni sangat mengejutkan dia.

Sekarang dia tahu kenapa Izrina beria sangat. Sebab dia tak yakin dia akan kekal lama. Ya Allah.

¤¤¤¤

" One day, kalau Aiden tahu hal sebenarnya.. Jangan cakap papa tak halang Aiden buat semua ni. . She's doing this for you.. For us " Izz menepuk bahu Aiden lalu berjalan mendekati Maira.

Aiden terpaku. Apa maksud papa dia? Izrina buat apa untuk dia?

Dia sungguh tak faham sekarang ni..

Tbc

Teka-teki bakal terbongkar. Nak Rin mati ke tak? Hahaha!

Takdir Kita 2Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ