P R O L O G

4.7K 133 8
                                    

" Maksud doktor? " tanya Izrina. Dia taknak apa yang dia dengar tu sebenarnya betul. Lebih baik doktor tu cakap itu kesalahan tapi malangnya semuanya betul.

" Ye Puan. Puan menghidap kanser otak tahap awal. Tapi kita masih boleh rawat sebab masih di peringkat awal. " ujar Doktor Dina. Dia memandang Izrina yang terdiam itu. Dia tahu perasaan wanita di hadapan dia. Benda ni susah nak diterima akal.

Izrina diam. Satu apapun dia tak boleh detect sekarang ni. Kanser otak. Apa perlu dia buat sekarang? Aiden. Macam mana dia nak bagitahu Aiden tentang benda ni? Anak-anak dia? Dia bakal tinggalkan mereka kan? Izrina tekad. Lebih baik dia tak beritahu sesiapa hal ni. Lebih baik dia biarkan dulu. Dia masih boleh ambil ubat je kan.

" Okay look doc, saya taknak jalani apa-apa pembedahan. Lets it be our secret. Saya masih boleh ambil ubat je kan? So deal with it. Saya akan selalu check up. Tapi please dont tell anyone about this. Please doc " Izrina menahan getar di suaranya. Dia kuat. Ye dia yakin dia boleh. Dia tahu ada hikmah di sebalik semua ni. Takdir itu tak kejam.

Doktor Dina terpana. Kenapa wanita ini tak mahu ambil pembedahan? Tapi akibat menghormati keputusan pesakit , dia hanya menganggukkan kepala.

Akhirnya keputusan dibuat. Izrina akan menjalani kemoterapi dengan mengambil tablet. Dia tak boleh skip kalau nak sihat. Itu pun kalau dia mampu nak sorokkan daripada Aiden.

¤¤¤¤

Izrina termenung di tepi tasik itu. Anak-anak dia dah suruh Amanda tolong ambilkan sekali. Sekarang ni dia tak mampu nak buat apa. Otak dia bercelaru. Dia ingatkan selama ni sakit kepala yang dia alami cuma migrain biasa. Ingatkan itu je tapi rupanya kanser.

" Macam mana saya nak jujur dengan awak Aiden? Sedangkan sebelum ni awak dah kehilangan kak Ain sebab kanser juga. Sekarang saya? Tak mungkin Aiden. Saya terlalu sayangkan awak walaupun terpaksa gadai nyawa saya. Maafkan saya " Izrina terus menangis teresak-esak di situ tanpa mempedulikan orang sekeliling. Apa patut dia buat sekarang? Ya Allah berat sungguh ujian untuk hambaMu ini.

Aiden pelik. Mana Izrina sampaikan Amanda disuruh untuk ambil anak-anak mereka? Tiba-tiba dia berasa risau pula. Tapi dia tepis perasaan itu. Mungkin Izrina ada hal penting sebab tadi wanita itu ada minta izin nak keluar sekejap. Ye mungkin. Tiada apa akan jadi. In Sha Allah.

¤¤¤¤

Itu permulaan bagi kisah ini. Persoalannya mampu ke mereka bahagia sampai akhir hayat? Atau mungkin Izrina pergi meninggalkan Aiden?

Kita tak tahu takdir kita.

Kita tak tahu apa yang Dia dah rancang untuk kita.

Kita tak tahu.

Tapi selagi boleh usaha, usaha dengan doa.

Sebab doa itu link kita dengan Allah.

Takdir Kita 2Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang