8

2.7K 127 2
                                    

Ni last. Next time sambung lagi...I have two stories to finish it 😭 Kesianlah dkt sayaaa..

Bamm!

Terhinjut bahu Izrina yang baru melayan anak-anak. Melihat muka Aiden yang tengah marah tu, dia terus menyuruh anak-anak naik ke bilik. Adli dan Adlina terus menarik adik mereka ke atas. Mereka faham selepas melihat riak muka mama mereka.

Aiden menghempas kotnya di sisi Izrina.

Izrina terdiam.

" Kenapa? Kenapa Rin buat abang macam ni? Rin tak fikir perasaan abang ke bila pandai-pandai masuk meminang budak tu untuk abang?! How many times I must tell you that I just only love you!! Itupun masih tak faham ke!? Mana Rin letak kepala otak Rin ni?! Rin tak sayang family kita ke!? " Aiden meninggikan suaranya akibat rasa kecewa dan marah terhadap Izrina. Isteri yang dia tatang bagai minyak yang penuh sanggup buat suami dia macam ni!?

Izrina menarik nafas dalam. Dia dah agak dah Aiden akan marah dia macam ni. Tapi soalan last Aiden itu membuatkan dia sebak. Dia sayang family ni, itu sebab dia buat macam tu. Tapi Aiden takkan faham kenapa dan mengapa dia buat macam ni.

" Rin terpaksa. "

" Terpaksa kenapa!? Cuba cakap dengan abang kenapa!? "

Terhinjut bahu Izrina. Untuk kali kedua , Aiden jerkah dia lagi.

" Maafkan Rin. Rin tak boleh beritahu abang kenapa. Cuma Rin mohon sangat abang kahwin dengan Aisy untuk kebaikan semua " pinta Izrina. Dia memandang Aiden dengan linangan air mata.

Aiden meraup muka dia. Sumpah sekarang ni dia rasa kecewa sangat dengan Izrina. Dia rasa macam Izrina permainkan perasaan dia. Sampai hati isteri dia buat dia macam ni. Ok! Kalau itu yang dia nak!

" Fine ! Kalau itu yang Rin nak, abang buat ! Abang kahwin dengan dia! Tapi ingat satu hal Rin, abang tak yakin abang boleh adil atau tidak. Kalau abang abaikan Rin! You deserve that! Sebab apa? Sebab Rin tak pernah faham hati abang! Jangan jilat balik ludah Rin tu kalau satu hari nanti Rin menyesal. Abang tak sangka Rin sanggup buat macam ni dekat abang. Abang sayang Rin tapi awak pijak hati abang. How could you " Aiden menggeleng lemah sambil menatap Izrina. Tanpa sedar air mata dia mengalir.

Izrina terkedu. Dia tak tahu nak beri reaksi apa mendengar ayat Aiden itu dengan melihat air mata suami dia. Aiden terus naik ke atas meninggalkan dia yang terjatuh ke atas sofa itu. Sedikit demi sedikit terdengar esakan daripada Izrina. Dia menangis sebab apa dia sendiri pun tak tahu. Inikan yang dia nak? Tapi kenapa dia menangis? Kenapa dia tak gembira? Dia sedar satu hal.

Dia..taknak berkongsi Aiden. Dia sayang Aiden tapi apa yang suami dia dapat? Kekecewaan yang Izrina sendiri bina dalam diri dia. Izrina menekup mukanya sambil teresak kuat. Iya, dia sedar dia dah lukakan hati Aiden. Tiba-tiba dia rasa kepala dia memberat. Kenapa sekarang ni juga sakit tu nak datang! Perlahan-lahan Izrina gigihkan diri untuk ke dapur. Dia perlukan ubat tahan sakit itu sekarang.

¤¤¤¤

Adlina yang dengar pergaduhan ibu bapa dia teresak-esak di dalam pelukan Adli. Adiq pula menenangkan Adri yang menangis. Mereka dengar semuanya tadi. Mereka dengar betapa marahnya Aiden. Mereka dengar esakan Izrina.

Malah mereka dengar Aiden akan berkahwin lagi. Atas permintaan Izrina sendiri.

" Abang, kenapa mama buat kita macam ni? Kenapa mama kecewakan papa? " rintih Adlina sambil terus menangis. Dia menggenggam erat baju Adli.

Adli menahan sebak sebab dia sendiri takde jawapan. Melihat Adiq dan Adri, dia turut rasa nak menangis. Apa nasib mereka selepas ni? Mungkinkah mereka akan terbiar?

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now