11

3K 113 1
                                    

Akmal menggeleng kepala melihat Aiden. Seminggu ini dia cuma nampak Aiden yang dingin. Yang serius. Yang kekadang kuat melenting. Dia tahu kenapa dan penyebab sahabat dia jadi macam tu. Pasti tentang Izrina.

" Bro "

Aiden mengangkat kepala.

" Apahal kau? "

Akmal mengeluh. Teruk sangat ni.

" Lunch lah sakai. Jomlah. Riq dah tunggu " ujar Akmal. Dia berjalan mendekati Aiden.

Aiden mengerling ke arah jam tangan. Hah dia khusyuk sangat buat kerja sampai tak perasan masa lunch. Nasib baik ada Akmal.

" Sorry lah. Aku khusyuk sangat. " Aiden mengeluh sambil merehatkan minda dia sekejap.

Akmal menggeleng kepala. Tak faham betul dia dengan Aiden ni. Sampai bila nak buat Izrina macam ni? Silent treatment is so bad.
¤¤¤¤

" Kau apa cerita sekarang? " tanya Afriq. Dia langsung tak hiraukan pandangan maut daripada Akmal.

Aiden terdiam. Nak tanya dia apa khabar sekarang? Dia sendiri pun tak tahu dia macam mana. Izrina tu, langsung dia tak boleh nak pandang sekarang. Kalau isteri dia nak dekat pun, dia menjauh. Dia sanggup tidur di bilik tetamu malah.

" Entah "

Afriq mengerutkan dahi mendengar jawapan Aiden. Entah mamat ni jawap? Mabuk ke apa?

" Aku tak tahu, Riq. Apa kau akan rasa bila isteri yang kau tatang bagai minyak yang penuh buat kau macam ni? Sanggup cakap nak bermadu? Kau rasa? " Aiden menarik nafas sekejap. Sakit tu kembali rasa.

" Tak cukup ke kasih sayang aku untuk dia? Dia taknak keikhlasan aku ke? Atau sebenarnya dia dah bosan? Aku marah, yes. Tapi at the same time aku rindu dia. Kau faham tak " keluh Aiden.

Siapa yang tak sayang isteri. Semua suami sayang isteri dia termasuk Aiden. Tapi suami mana tak terluka bila isteri dia remukkan hati dia. Salah Izrina bukan kecil tapi besar.

Izrina buat dia ibarat patung yang boleh dibagi macam tu je dekat orang lain. Dan dia malah tak kenal siapa gadis itu. Langsung tak. Entah langau mana entah tiba-tiba muncul.

Afriq dan Akmal terdiam. Mereka nampak sinar duka di mata Aiden pada saat lelaki itu berbicara. Mereka simpati pada Aiden. Sebab mereka tahu Aiden bukan jenis yang mudah jatuh hati. Bukan.

Mereka tahu betapa Aiden sayangkan Izrina. Betapa indahnya cinta Tengku Aiden Izriel pada Nurul Izrina. Mereka tahu itu. Bahkan mereka sendiri lihat bagaimana Aiden survive untuk dapatkan Izrina.

Tapi kenapa wanita itu sanggup buat sahabat mereka berduka macam ni?

" Aku tak faham apa motif Rin buat macam tu dekat kau. Itu pointnya. Bahkan Manda dengan Wina sendiri dah malas nak kisah tentang Rin tu. Aku tak faham " jujur Akmal. Sejujurnya dia sendiri pelik. Amanda dan Wina itu sahabat baik Izrina tapi kenapa mereka sendiri tak tahu apa-apa saat ditanya.

" Aku tak tahu Mal. Berjuta kali kau tanya pun aku tak tahu " ujar Aiden perlahan.

Kalau dia sendiri sebagai suami pun tak tahu apatah lagi orang lain. Izrina jenis perahsia. Dia tahu tabiat yang satu tu.

Suasana kembali sepi.

Masing-masing dengan fikiran sendiri.

Masalah yang makin besar.

Yang mungkin takkan baik seperti sedia kala.

Atau mungkin akan?

Tak tahu.

Aiden cuma mampu berserah pada Allah.

Kalau betul dia terpaksa kahwin dengan Aisy Zulaikha, dia akan redha.

Kalau itu jalan terbaik, dia akan buat.

Tapi persoalannya kuatkah dia?

Macam mana penerimaan Adli ?

Adlina?

Adiq?

Dan Adri?

Sedangkan sekarang pun anak-anak itu tidak mahu dekat dengan Izrina mahupun Aisy.

Bagaimana?

Aiden buntu.

Kepala dia sakit.

Hati dia lagi sakit.

Perasaan dia seperti dilempar ke sana sini.

Luka mungkin boleh baik tapi parut?

Akan kekal di situ.

Selamanya.

Tipu kalau dia tak rasa sedih tengok Izrina menangis saban hari.

Tapi hati dia siapa nak jaga?

Tiada.

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now