9

2.7K 116 6
                                    

Terasa pagi itu hanya ditemani dengan suasana hambar. Izrina merenung sarapan yang dia siapkan tapi seorang pun tak jamah. Malah mereka terus keluar tanpa menghiraukan pelawaan dia. Sungguh dia rasa sakit sekarang akibat sikap dia sendiri.

Dia pentingkan diri ke kalau dia hanya nak buat family dia bahagia?

Dia jahat ke buat macam ni?

Dia terduduk di kerusi.

" Takpe Rin. Ambil ni sebagai salah satu ujian kau. You deserve this bak kata Aiden " Izrina tersenyum miris. Dia mengemas meja makan itu lalu naik ke atas. Harini dia ada temu janji dengan doktor. Sejujurnya dia taknak pergi sebab berita yang menyakitkan sahaja dia dapat.

¤¤¤¤

" Keadaan awak ni masih dalam tahap dua. Awak memang taknak buat pembedahan ke? Memang taknak beritahu suami awak? " tanya Doktor Dina. Sejujurnya dia pelik dengan wanita itu.

" Takpe doktor. Kita proceed macam biasa je. Tentang suami saya, kita rahsiakan je ye. Saya tahu apa yang saya buat " ujar Izrina. Dia tahu doktor tu pun pelik dengan dia. Tapi sekarang semua dah berjalan seperti yang dia nak. Jadi, kenapa dia mesti nak hebohkan hal ni?

Izrina bangun lalu tersenyum kepada doktor Dina.

Baru ingin melabuhkan duduk di kerusi menunggu, tiba-tiba dia dapat panggilan daripada Maira. Mesti nak bertanya tentang hal semalam. Izrina tersenyum miris. Dia kena kuat.

" Assalamualaikum mama "

" Waalaikumussalam Rin. Boleh datang rumah mama sekarang? Hm I need to see you now "

" Oh okay. Nanti Rin ke sana. Ok byee "

Izrina menyandar. Dia tak tahu apa yang dia buat ni betul ke tidak. Mampu ke dia berdepan dengan Maira nanti sedangkan dia dah pernah berjanji akan jaga hati Aiden tapi sekarang apa.. Dia menghancurkan hati Aiden..

¤¤¤¤

Maira merenung Izrina di hadapan dia. Apa yang dikhabarkan oleh Aiden itu tak masuk akal. Tak mungkin Izrina minta Aiden kahwin lagi satu macam wanita itu tidak sayangkan suami sendiri.

Dia tahu Izrina begitu sayangkan Aiden. Mesti ada sebab di sebalik semua ni. Dia tahu itu. Melihat muka Izrina yang suram itu pun dia tahu bahwa wanita itu tidak mahu semua ni. Jadi kenapa suruh Aiden terima gadis yang bernama Aisy itu?

" Mama rasa Rin tahu kenapa mama panggil kan? " tanya Maira.

Izrina mengangguk.

" Jadi kenapa Rin? Mama tak faham kenapa. Rin tak sayangkan Aiden ke? Anak-anak Rin? They love you so much, dear. Then why you did this to them? Mama tak faham " keluh Maira. Masa Aiden jumpa dia pun, dia nampak betapa terlukanya anak dia itu. Dia nampak betapa Aiden sakit akibat sikap Izrina.

" I have my own reasons, ma. Rin tak boleh nak beritahu semua tu. Anggap je Rin buat semua ni sebab Rin sayang. I just want the best for them. Tu je. Rin harap sangat mama faham. Rin sayang Aiden. Anak-anak Rin juga " rintih Izrina. Mata itu berkaca seperti menahan kesakitan yang dia tak mampu nak luah.

Maira terkedu. Kenapa Izrina menahan diri? Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Izrina lalu memeluk wanita itu. Kenapa dia rasa terluka melihat genangan air mata itu? Apa yang disembunyikan oleh Izrina? Kenapa? Banyak persoalan datang ke dalam otak dia tapi dia tak mampu nak tanya sebab rasa Izrina akan makin terluka.

Izrina menangis teresak-esak di dalam pelukan Maira. Bukan orang lain je sakit tapi dia juga. Apa orang fikir dia tak sedih bila terima layanan dingin Aiden pagi tadi? Melihat orang yang selalu layan kita seperti puteri jadi macam tu, menyakitkan tahu tak. Tapi apa yang dia boleh buat?

" Rin..tsk..tsk..cuma nak yang terbaik..tsk..tsk..untuk Aiden..Rin tahu..tsk..tsk..Rin salah..Tapi tolong faham Rin..tsk..tsk.. " esak Izrina. Dia tak kuat sebenarnya. Tidak.

Maira menahan diri untuk tidak menangis. Ya Allah, apa yang dialami oleh Izrina sebenarnya? Kenapa dia begitu sakit sekarang ini? Apa yang dirahsiakan sebenarnya?

Maira terus memujuk Izrina sampai wanita itu reda. Dia tak tahu apa yang dialami Izrina. Tapi dia yakin kalau Izrina dah senekad ni pasti ada yang disembunyikan wanita itu. Dia harus jumpa Aisy Zulaikha itu. Ye. Pasti gadis itu tahu sesuatu.

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now