23

5.1K 124 10
                                    

" Aiden tak faham kenapa mesti umi rahsiakan benda macam ni daripada Aiden? Dan kau ! Aku tak faham kenapa kau terima je bulat-bulat cadangan isteri aku. Kau takde akal ke nak fikir? " marah Aiden.

Dia tak boleh terima semua ni. Sampai hati mereka sembunyikan benda macam ni daripada dia. Apa teruk sangat ke nak beritahu dia? Ni nyawa isteri dia tahu tak !

Aisy diam. Dia tahu dia salah. Dia tahu Aiden bakal marah. Tapi dia cuma buat apa yang patut je.

Semuanya diam melihat kemarahan Aiden.

" Aku sayang Rin. Lebih daripada aku sayangkan diri aku. Kalau kau pernah fikir kau boleh gantikan dia, kau silap. Sebab dia tak terganti. She is one in million. Aku tengok dia jatuh bangkit. I'm sorry. Aku tak boleh nak kahwin dengan kau. Tak " jujur Aiden. Dia tekad. Dia takkan kahwin dengan Aisy Zulaikha . Takkan.

Aisy tersenyum. Dia dah agak dah Aiden akan cakap macam ni.

" Its okay . Aisy tak kisah.  Yang penting sekarang Kak Rin. Aisy cuma nak jumpa dia. Nak minta maaf. " keluh Aisy.

Aiden mengangguk. Doktor Dina masih tak keluar dari bilik pembedahan. Dan sepanjang masa tu Aiden masih tetap di situ. Menunggu. Dan berharap.

¤¤¤¤

Aiden memandang tubuh yang kaku itu. Dengan wayar bersirat lagi. Tapi dia bersyukur sebab tubuh itu mampu bertahan untuk dia.

Aiden mendekatkan diri.

" I'm glad you with me. Walaupun doktor Dina cakap sayang koma, abang tak kisah. I will wait for you. I will wait until you wake up. Thankyou sayang. Sebab bertahan " bisik Aiden di tepi kepala Izrina. Dia mengucup dahi wanita kesayangan dia.

Semua di dalam wad itu cuma melihat perlakuan Aiden.

How miracle their love.

Mereka nampak keindahan cinta mereka.

Saat diuji, mereka saling bergantung antara satu sama lain.

Malah mereka percaya ini semua takdir.

Setiap yang berlaku ada hikmah.

Seorang Aiden Izriel amat perlukan seorang Nurul Izrina.

Begitu juga sebaliknya.

Aisy tersenyum kecil melihat keadaan itu. Dia lega sebab Izrina dah lepas tahap kritikal. Dia takkan boleh bayang macam mana dia nak berdepan dengan Aiden kalau Izrina pergi.

Mungkin benar.

Izrina jodoh Aiden.

Dan dia hanyalah ujian untuk mereka.

" Aiden teman Rin malam ni. Mama dengan yang lain balik dulu. Esok mama datang lagi okay " ujar Maira pada Aiden.

Dia senang hati bila dengar bahwa Izrina selamat. Cuma itulah, Izrina koma. Itu sahaja. Melihat Aiden sujud syukur tadi, dia cukup sebak.

Dia tahu betapa Aiden sayangkan Izrina.

" Hah okay. Mama jaga diri taw. Umi pun " pesan Aiden sambil menghantar mereka ke pintu wad.

Mereka semua mengangguk sebelum meminta diri.

Suasana mula sepi.

Hanya ada mereka berdua. Dan mesin.

Aiden menautkan jari mereka berdua sebelum menatap wajah Izrina. Dia berharap isteri dia akan cepat sembuh supaya dia boleh menatap semula mata yang indah itu.

Perlahan-lahan Aiden ikut terlelap dengan tautan mereka yang masih erat itu.

Apa lagi yang akan menanti mereka?

Akankah selepas ini mereka hidup bahagia?
Atau tidak?

Tbc

Ok last. Hahah pastu rehat jap. Sayaa penattt 😂😂💔


Takdir Kita 2Where stories live. Discover now