13

3.1K 112 8
                                    

Aiden memandu dengan tenang. Dia langsung tak hiraukan Aisy di sebelah dia. Ikutkan hati dia malas nak pergi harini tapi desakan Maira tu. Haih.

" Kamu kan yang nak kahwin. Jadi pergi beli cincin sama-sama dengan Aisy sana! "

Aiden mengeluh. Izrina pula dia langsung tak nampak sebab wanita itu sudah naik ke atas. Sebenarnya dia pelik. Kebelakangan ni dia nampak muka Izrina yang makin pucat tapi disebabkan ego, dia langsung tak kisah.

Sakit ke dia?

Aisy pula mengerling ke sebelah. Dia sebenarnya berdebar bila dengan Aiden ni. Nak nak lagi berdua macam ni. Syaitan ada je. Jatuh hati ke dia? Ya Allah.

" Dah sampai. Tak tahu nak turun ke? " sindir Aiden. Dia terus keluar tanpa menunggu Aisy yang terkial-kial itu.

Aisy merengus geram. Cubalah gentleman sedikit dekat dia. Tak payahlah nak jalan laju sangat. Ingat senang ke nak kejar? Hish.
Sebaik sahaja sampai di kedai itu, Aiden terus menyuruh Aisy memilih. Dia malas nak buang masa.

" Yang ni okay? " tunjuk Aisy. Dia tiba-tiba rasa teruja pula.

Aiden menjulingkan matanya. Dia mengangguk sahaja. Dia malas nak layan perangai gadis itu. Lebih baik dia layan perangai Izrina daripada budak tu.

Aisy tersenyum perit. Dia faham layanan Aiden tu. Dia sepatutnya sedar di mana tempat dia.  Kenapa kau beria sangat ni Aisy? Haih.

Dan hari itu berlalu dengan suram sebab Aiden langsung tak tunjuk keterujaan dia dengan semua ni.

¤¤¤¤

Izrina memandang pokok bunga Maira yang semakin berkembang mekar itu. Kesihatan dia semakin lama semakin menjadi-jadi. Tablet pun kekadang je dia ambil. Haritu doktor Dina dah sarankan dia dah supaya jalani pembedahan.

Tapi dia menolak dan terus menolak. Lagipun Aiden dah nak kahwin. Meskipun cuma akad nikah je atas permintaan Aiden,Izrina bersyukur. Dia dah boleh pergi dengan tenang setidaknya.

" Rin "

Izrina memandang Maira di sisi. Dia tersenyum kecil. Wanita ini sangat menyayangi dia. Bahkan Maira tak tinggalkan dia saat tahu apa yang Izrina buat. Amanda dan Wina, dia rindukan mereka sebenarnya tapi apakan daya masing-masing mengelak daripada dia.

" Rin okay? Mama tengok Rin ni makin pucat. Sakit ke? Kita pergi hospital ye? Papa ada tu " risau Maira. Dia mengusap lengan Izrina. Dia rasa tak sedap hati dengan keadaan Izrina ni. Tak mungkin migrain akan jadi seteruk ni. Pasti ada yang disorokkan Izrina.

" Okay je mama. Rin cuma letih. Itu yang pucat gini. " senyum Izrina menyedapkan hati.

Maira merenung Izrina. Mata itu. Ianya menunjukkan kebohongan besar. Tapi Maira tahu Izrina perlukan privasi. Dia mengangguk kecil.

Tiba-tiba kedengaran kereta Aiden memasuki garaj.

Izrina tersenyum hambar melihat Aisy yang keluar daripada pintu sebelah pemandu. Dia rasa genggaman kuat di tangan kiri dia.

Dia memandang Maira. Wanita itu tersenyum tanda supaya dia kuat. Izrina mengangguk takpe.

" Assalamualaikum Aunty , Kak Rin " Aisy menyalami Maira dan Izrina.

Mereka menjawab salam itu. Izrina menahan rasa melihat Aiden duduk di sebelah Aisy. Dia menarik nafas dalam. Dia kena kuat.

" Settle dah semua? " tanya Maira.

" Dah. Tinggal hari akad nikah je nanti " jawab Aiden. Sesekali dia mengerling isteri dia yang menunduk itu. Dia mengerutkan dahi. Muka Izrina, pucat lesi. Itu merisaukan dia sebenarnya.

Kenapa hati dia tak sedap ni?

" Baguslah. Aisy nanti tunggu dekat Titian Kasih je kan. Kami akan ke sana terus lepas isyak " beritahu Maira. Memandangkan Aisy Zulaikha ni takde family jadi mereka adakan sahaja di Titian Kasih.

" Haah Aunty " senyum Aisy. Dia memandang Izrina yang diam. Dia rasa serba salah bila lihat muka Izrina yang menunjukkan kesedihan itu malah wajah itu tiada seri sebab pucat.

Izrina hanya diam. Dia langsung taknak masuk campur. Sebab dia taknak dia menangis lagi. Cukup lah sebulan lebih dia menangis sebab layanan dingin Aiden pada dia. Sekarang pun lihat betapa Aiden layan Aisy dan dia. Berbeza.

" Uhukss. Mama, Rin masuk dulu ye. Rehat sekejap " pinta Izrina. Dia rasa berpinar kepala dia sekarang ni.

Maira mengangguk risau.

" Hah yelah. Tadi pun Rin banyak tolong mama " ujar Maira. Dia menggosok lengan Izrina yang mula berdiri itu.

Izrina tersenyum sebelum meminta diri. Apabila sampai sahaja di pintu, dia berpegang kuat pada pintu apabila rasa dia nak jatuh.

Aiden terus meluru ke arah Izrina. Okay dia risau sekarang ni . Izrina seperti tidak berdaya. Kenapa ni?

Maira dan Aisy turut mengikut langkah Aiden.

" Hey hey Rin.. Okay tak ni? Kita pergi hospital jom " risau Aiden sambil memegang tubuh Izrina.

Ya Tuhan, pucatnya muka isteri dia. Kenapa ni Rin? Kenapa dengan sayang ni?

Aiden tak boleh menidakkan rasa risau dia sekarang melihat keadaan lemah Izrina. Ini isteri dia. Semarah pun, sekecewa mana pun , dia tetap sayangkan Izrina.

Saat lafaz akad itu terucap, dia dah janji akan jaga Izrina kan.

Melihat Izrina macam ni, hati dia bagai direntap.

Kenapa dengan isteri dia sekarang ni?

Itu persoalannya.

Tbc

Whoaa whooa dah nak tahu dahh..

Takdir Kita 2Kde žijí příběhy. Začni objevovat