15

3.5K 114 2
                                    

Aisy menggigit tepi bibirnya sambil memandang skrin telefon. Salah ke kalau dia berharap Aiden akan telefon dia? Atau sememangnya tak salah?

Aisy menggeleng kepala. Dia terus mendail nombor Aiden.

Tut! Tut!

" Nak apa? "

Aisy tersenyum mesra. Aiden angkat!

" Hm saya nak tanya abang dah prepare semua ke? Yelah nanti akad nikah.. "

Belum sempat Aisy habis cakap, Aiden terus memintas.

" Dah. Aku busy ni. Got to go "

Aisy mengeluh. Nampak sangat Aiden tak suka dengan dia. Dia kan cuma nak perhatian sedikit je. Salah ke?

¤¤¤¤

Aiden meletakkan telefon dia di tepi. Apa buang tebiat entah minah tu call dia lepastu macam teruja gitu? Ingat dia hadap ke?

" Papa " panggil Adri.

Aiden tersenyum sebelum mengangkat Adri duduk di riba dia. Alahaii comel anak dia yang seorang ni.

" Dri rindukan mama "

Zup!

Tersentak Aiden. Nada sayu Adri itu pun dia tahu betapa rindunya seorang anak pada ibunya. Seorang kanak-kanak yang berumur 11 tahun, apa je yang dia tahu. Ya Allah.

" Nanti kita tengok mama. Sekarang biar mama rehat okay " pujuk Aiden. Dia mengusap kepala Adri memujuk.

" Papa akan kahwin dengan Aunty Aisy ke? " soal Adlina tiba-tiba. Dari tadi dia dengar Adri dan Aiden sebenarnya.

Ok sebenarnya mereka anak beranak tengah melepak di ruang tamu sambil layan movie. Izrina pula tengah tidur di bilik. Nasib baik dah masak semua.

Aiden terdiam. Apa dia nak jawab ni?

" Papa akan kahwin juga kan.. " Adli tersenyum miris. Dia dah agak dah.

" Tapi Diq taknak mama baru. Diq cuma nak mama yang sekarang " ujar Adiq sambil memandang Aiden.

Aiden mengeluh. Dia memanggil mereka supaya mendekati dia. Sebaik sahaja semua duduk di sisi dia , semua senyap.

" Ok look. Papa pun taknak. Tapi kalau mama dah beria juga suruh, papa rasa sakit. Papa..tak tahu.. Papa sayang mama.. Tapi.. Huh " keluh Aiden. Dia menahan sebak. Baru harini dia rasa macam lemah. Di depan anak-anak dia.

Adlina dah mengalirkan air mata. Melihat betapa strugglenya papa dia cuba menahan tangis, dia terus memeluk Aiden.

Semua turut mengikut langkah Adlina. Mereka memeluk tubuh Aiden yang terhinjut menangis itu. Mereka rasa betapa sedihnya Aiden sekarang ni.

" Kitaorang pun..tsk..tsk..sayangkan mama..Kitaorang taknak mama baru..tsk..tsk.. Papa janganlah kahwin " esak Adri..

Aiden memeluk erat tubuh anak-anak dia. Tanpa Izrina ketahui , mereka semua merana dengan keputusan Izrina. Sakit yang Izrina bagi ni terlalu berat untuk mereka. Sakit sangat.

" Papa minta maaf sayang. Papa minta maaf. I can't say anything right now. Kita berserah je pada Allah ye. You have me and I have you. We love each other right. " pujuk Aiden, sekaligus hati dia.

Kalau begini takdir mereka, dia terima dengan hati terbuka.

Kalau ini pengakhiran cinta mereka, dia terima.

Kalau ini menunjukkan betapa indahnya cinta Izrina pada dia, dia tak boleh buat apa.

Meskipun ada hati yang terluka.

Meskipun ada yang merana.

Inikan yang Nurul Izrina nak?

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now