22

5.5K 131 23
                                    

Please hear that song. Macam nice dengan mood. Sedih 😭

Aiden menggengam erat tangan dia. Sekarang ni apa yang dia nak cuma Izrina. Cuma itu.

Dia teringat semula semua yang berlaku sepanjang dua bulan ni. Semua yang dia lakukan terhadap Izrina.

Ya Allah. .

Macam mana dia biarkan Izrina tertidur di sofa sebab tunggu dia..

Macam mana dia langsung tak usik makanan yang Izrina masak..

Macam mana sedaya upaya Izrina ajak dia berbual..

Semua yang dilakukan Izrina untuk merapatkan balik hubungan mereka..

Tapi apa yang Izrina dapat?

Luka.

Sakit.

Air mata.

" Aiden. Ni. Surat daripada Rin. "

Aiden memandang Umi Jannah dan surat itu silih berganti.

Perlahan-lahan dia buka surat itu.

Tulisan Izrina.. Tak pernah tak kemas..

To : Suami tercinta saya

Assalamualaikum abang. Rin tahu once abang dah buka surat ni dan baca , mungkin Rin tengah bertarung nyawa atau mungkin Rin dah pergi. Abang mesti dah tahu kebenarannya kan? Rin minta maaf. Dari hujung tudung Rin sampai hujung stokin. Hahah tahu comel kan isteri awak ni. Abang, Rin tak minta banyak. Rin cuma harap abang hargai usaha Rin. Rin.. Sayang abang. Thats why Rin buat macam ni. Cinta Nurul Izrina tak begitu indah untuk Aiden Izriel kalau bukan disebabkan saya sayangkan awak sebab Allah. Masa ingat macam mana kita kenal? Rin sangat rindukan masa tu. Kita gaduh. Abang sakat Rin. Ya Allah. .Rin teramat rindukan abang. .Andai kata satu hari nanti Rin pergi, abang jaga diri. Jaga anak-anak. Tell them how much I love them. Rin minta abang halalkan makan minum Rin. Abang jangan marah Rin lagi. Rin buat untuk kebaikan abang. Walaupun Rin terluka. Abang, no one know how much I love you except Him. Setiap pertemuan ada perpisahan. Please jaga diri buat Rin. Bimbing anak-anak kita. Because they need you. Maafkan Rin ye. Jangan salahkan Aisy, Umi Jannah serta Nisha sebab mereka rahsiakan penyakit Rin daripada abang. Rin yang suruh. Rin taknak abang risau. Sebab Rin taknak abang ingat bagaimana Kak Ain pergi dulu. Abang, I love you . Everyday I will wait you. Even for a thousand years and for a thousand more.

Yang ikhlas ,
Isteri tercomel awak!

Aiden menekup mukanya. Setiap bait kata Izrina dalam ni semua menyentak hati dia. Kenapa dia langsung tak nampak Izrina sedang sakit? Kenapa dia jadi suami yang tak berguna?

" Ya Allah Rin.  I'm begging to you. Please fight for us. For our family. Pleaseee Rinn " rintih Aiden.

Maira yang tak sanggup melihat anak dia sebegitu rupa terus memeluk Aiden. Dia sendiri tak sangka Izrina sanggup sorokkan hal ni semata sebab taknak mereka sedih.

" Mama, Aiden yang salah. Aiden yang lukakan dia. Bukan dia. Tskk.. Tskk.. Aiden nak Rin mama.  Aiden nak isteri Aiden " rayu Aiden dalam pelukan Maira.

Semua di situ menahan tangisan mereka. Di hadapan mereka sekarang ni, terlihat seorang suami yang merayu untuk isteri dia dikembalikan. Can imagine?

Betapa rapuhnya Aiden tanpa Izrina.

" Shuhh.. Istigfar Aiden.. Doa banyak-banyak.. She will fight for us.. Dia akan okay. In Sha Allah " Maira mengusap kepala Aiden. Ya Allah, sebagai ibu, dia tak sanggup melihat Aiden macam ni.

Aisy memandang Aiden diam. Sekarang ni dia nampak mana letaknya Izrina dalam hati Aiden. Dia yakin dia takkan ada peluang untuk masuk lagi. Ye dia yakin.

Mungkin sepatutnya dia redha. Melepaskan mungkin sakit tapi berharap pada yang tak sudi itu lebih menyakitkan.

Aiden terus menangis dan menangis akibat mengenangkan kekesalan dia. Dia langgar janji dia nak jaga Izrina. Dia teruk sangat.

Semua di situ diam melihat keadaan itu.

Mereka cuma berharap agar Izrina dapat bertahan. Itu sahaja.

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now