12

3K 115 5
                                    

" Abang, makan " tegur Izrina.

Dia mengeluh sedih bila Aiden langsung tak layan dia. Anak-anak pun langsung tak bercakap dengan dia. Masih salah dia ke sampai buat silent treatment macam ni?

Ingat hati dia tak sedih ke?

Izrina mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir. Dia tak tahu betapa banyak air mata dia dah mengalir untuk semua ni. Dia dah tak larat.

Perlahan-lahan dia mengemas meja makan. Semua makanan itu dia buang sebab tiada siapa nak habiskan. Selera makan dia juga dah hilang.

" tsk..tsk..tskk "

Esakan Izrina mula kedengaran. Sia-sia dia gigihkan diri untuk masak walaupun sakit dia mula mencengkam.

Aiden menyandarkan belakang tubuhnya di sebalik dinding. Dia dengar esakan Izrina. Dia dengar tangisan wanita kesayangan dia.
Dia mencengkam dada dia. Rasa pilu bila dengar Izrina menangis akibat diri dia. Sedangkan dia berjanji dahulu untuk tidak buat Izrina menangis sebab dia. Tapi sekarang? Izrina menangis sendirian.

Tanpa dakapan Aiden. Untuk tenangkan dia.

Kenapa menangis kalau ini yang isteri dia nak?

Kenapa?

Kalau sayang, kenapa serahkan dia dekat orang lain?

Aiden menggeleng kepala sebelum naik ke atas. Dia tak sanggup nak dengar tangisan Izrina.

¤¤¤¤

Izrina baru nak keluar ambil anak-anak dari sekolah bila tiba-tiba dia nampak mereka keluar dari kereta Aisy. Hati dia? Pedih. Sebab melihat senyuman mereka pada Aisy.

" Thankyou Aunty " ujar Adli. Dia senang dengan Aisy. Sebab Aisy baik dengan mereka. Langkah dia terbantut bila nampak mamanya berdiri di pintu masuk.

Perlahan-lahan dia dan yang lain salam Izrina lalu masuk ke dalam. Entah kenapa dia masih marahkan mamanya.

Aisy tersenyum janggal. Dia sebenarnya serba salah sebab jemput anak-anak Kak Rin dari sekolah tanpa izin wanita itu. Tapi dia terpaksa.

" Maafkan Aisy, kak. Abang Aiden call tadi suruh jemput mereka tu semua. Itu yang hm Aisy jemput " ujar Aisy. Dia tersenyum kekok. Dia nampak Izrina terkedu.

Izrina terkedu. Aiden suruh Aisy? Tapi inikan kerja dia. Hah dia faham sekarang. Aiden tengah balas balik semua. Dia tersenyum walaupun dia yakin senyuman tu terlihat hambar.

" Takpe. Kak Rin tak kisah. Aisy taknak singgah ke? " ujar Izrina. Dia cuba menahan rasa pedih di hati.

Aisy menggeleng.

" Takpe kak. Itu adik saya dalam kereta tu. Nak kena hantar balik. Sebab kejap lagi saya ada kelas dekat Titian Kasih " ujar Aisy.
Izrina mengangguk lalu menghantar Aisy ke pintu pagar. Dia melambai apabila kereta Aisy mula bergerak.

" Kau dah kalah Rin. Kau kena terima semua ni. Aiden memang benci kau sekarang " rintih Izrina. Dia menunduk.

Setitis.

Dua titis.

Dan sekali lagi.

Nurul Izrina menangis.

Akibat kesakitan di hati dia.

Adli memandang di sebalik pintu. Dia berpandangan dengan Adiq. Mereka nampak mama mereka menangis. Mereka rasa sedih melihat ratu hati mereka macam tu. Tapi mereka marah sebab sampai hati Izrina lukakan hati Aiden.

" Jomlah Diq. Abang taknak ambil tahu dah " ujar Adli lalu menarik Adiq naik ke atas. Bagi Adli, dia dah tak kenal siapa mama dia dah. Wanita yang dulunya lemah lembut sekarang jauh daripada apa yang dia nampak masa dulu.

Adiq mengikut langkah abangnya. Walaupun sesekali dia mengerling ke arah Izrina di luar sana.

Hati anak mana yang tak sedih melihat ibu mereka menangis macam tu seorang diri.

Mereka sedih tapi mereka tersepit.

¤¤¤¤

Izrina memandang tablet di tangan dia. Ini last. Sebab stok dia dah habis. Entah kenapa dia nak stop makan tablet ni. Bahkan check up pun banyak kali dia skip.

Bagi dia, biarlah dia pergi sebelum Aiden tahu semua. Dan biarlah dia pergi bila Aisy dah sah jadi isteri Aiden. Ye.

Sebab dia nak ada orang jaga family dia.

Itu sahaja.

Tbc

Cerita ni sedikit je. Tak panjang. Sebab saya stres nak nangis je tiap kali menaip 😢

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now