17

3.4K 110 5
                                    

" You have to do your operation! Jangan sampai nanti kanser tu makin merebak Rin. Awak masih ada chance nak hidup. Kenapa mesti awak menidakkan? At least kita cuba! Please. Awak dah ibarat macam kawan saya. Saya nampak betapa awak struggle nak survive. Pleasee " Doktor Dina menggenggam erat tangan Izrina di atas meja. Izrina ibarat sahabat dia sejak mereka mula rapat setiap kali Izrina check up.

Melihat sahabat dia survive macam ni, dia tak sampai hati. Dia rasa macam dia tak berguna sebab tak dapat tolong sahabat sendiri.

Izrina tergelak kecil. Dia tahu Dina risaukan dia. Dia tahu wanita itu inginkan yang terbaik untuk dia. Tapi apakan daya? Kalau dia buat pembedahan nanti Aiden akan tahu semua. Dan itu paling dia elakkan.

" Hahah takpe Dinaa. Selagi aku kuat, selagi itu aku bertahan. Kau bagi aku masa. Habis je akad nikah Aiden, kita buat operation okay. Sedikit je lagi Dina. Bagi aku masa taw. Lagipun kita tak pasti sama ada aku bangun atau tidak lepas pembedahan tu. " Izrina tersenyum kaku. Dia sendiri tak tahu nak letak harapan apa. Apa yang mampu dia buat cuma berserah. Allah tahu apa yang terbaik untuk dia.

Doktor Dina mengeluh. Izrina keras kepala jadi pujuklah sekuat mana pun, wanita itu takkan setuju. Dia mengangguk. Dia akan bagi Izrina masa dan dia harap Izrina mampu bertahan untuk dia.

¤¤¤¤

Aisy menunjukkan persalinan itu pada Umi Jannah. Nisha juga ada tapi entah kenapa dia rasa layanan Nisha itu dingin pada dia.

" Subhanallah. Cantiknyaaa.. Kira okaylahh ni kan " puji Umi Jannah sambil membelek pakaian di tubuh Aisy. Warna putih. Sesuai dengan kulit putih Aisy ini.

Nisha menjulingkan mata. Dia tak faham kenapa Aiden mesti setuju nak kahwin. Ikutkan hati nak je dia beritahu hal sebenar tapi bila teringat bagaimana Izrina melutut merayu supaya rahsiakan, dia sanggup tahan hati dia.

Aisy tersipu malu. Segan dengan pujian Umi Jannah. Bukan dia nak semua ni tapi bila Maira pujuk dia supaya pilih persalinan yang dia inginkan, terus dia pilih yang ni. Simple dan nampak cantik.

" Terima kasih Umi " ujar Aisy.

Umi Jannah mengganggukkan kepala. Dia rasa gembira tapi masa yang sama dia rasa sedih sebab Izrina. Apa perasaan wanita itu nanti bila tengok semua ni? Pasti perit.

" Eh dah pilih ke? Ya Allah. Cantiknya Aisy " Izrina terus meluru ke arah Aisy. Dia memeluk gadis itu. Ya Allah. Sesungguhnya hati dia cuba untuk bertahan. Tak lama lagi semuanya akan terjawab. Tak lama lagi.

" Eh kakak. Terima kasih. Lagipun ni mama yang suruh pilih " jujur Aisy. Sesekali dia mengerling Aiden yang berdiri di sebelah Maira. Lelaki itu langsung tak pandang dia malah sibuk berborak dengan Nisha. Entah kenapa dia cemburu.

Aiden sehabis boleh mengusik Nisha sebab malas nak layan pandangan Aisy. Bukan dia buta tak nampak. Ikutkan hati tak nak dia ikut ke sini tapi bila Maira masuk kuasa veto dia, terpaksa juga.

Dia memandang Izrina yang berborak dengan Umi Jannah itu. Dia menahan senyum bila melihat senyuman lebar isteri dia tu. Baru dia rasa ada sinar keceriaan pada wajah Izrina harini meskipun nampak pucat.

" Kantoiii usha isteri sendiri! " usik Nisha. Dia ketawa bila Aiden menjeling dia. Sengaja cakap kuat supaya Aisy tu sedar.

Aisy terdiam. Kenapa Aiden pandang Izrina tapi bukan dia? Salah ke tengok dia sekejap je? Atau sebenarnya keputusan dia buat ni salah?

Izrina terpana. Apa Nisha ni. Dia memandang Aisy yang menunduk itu. Mesti gadis itu kecil hati. Dia tahu sayang mula bercambah dalam hati Aisy buat Aiden. Nak halang itu bukan hak dia.

Maira dan Umi Jannah tersenyum. Mereka tahu niat Nisha tu apa. Sengaja nak kenakan orang lah tu. Dari dulu perangai tak berubah langsung. Ish. Ish.

Aiden diam. Malas nak layan Nisha. Makin dilayan kang makin menjadi-jadi. Haih adik sorang ni.

Dalam tak sedar lagi berapa hari je lagi Aiden dan Aisy bakal bernikah.

Dan cukup dua bulan, Aiden layan Izrina dingin bahkan jauhkan diri.

Dua bulan juga, Izrina menahan rasa dan sakit.

Dua bulan juga, anak-anak rindukan belaian seorang ibu.

Masa tetap berjalan.

Kenangan tetap tercipta.

Tapi apakah takdir mereka selepas ini?

Mereka hanya mampu berserah pada Allah.

Tbc

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now