28

5.1K 125 1
                                    

" Seriuslah ni? "

Aisy tergelak kecil. Apa yang peliknya? Dia nak kahwin je. Bukan nak merompak ke apa.

" Betullah. Abang Aiden ni macam pelik sangat kenapa? Hahah tertera tu nama Aisy kan. Dia tu kawan masa sekolah. Tak percaya tanya Umi sana " ujar Aisy.

Aiden tersenyum. Dia mengucap syukur sebab Aisy dah nak kahwin. Dia dah anggap gadis ini ibarat adik dia. Sama sepertimana Izrina anggap.

" But I wish Kak Rin ada. Tapi tu lah, kuasa Allah kan. " ujar Aisy perlahan.

Mengingatkan keadaan Izrina yang masih terlantar sebulan lebih di hospital tu , buatkan dia sebak.

Aiden diam. Itulah. Kalau tidak , pasti Izrina akan bahagia tengok keadaan ni.

" Takpe. Teruskan je. Benda baik ni jangan dilengahkan. Abang doakan Aisy bahagia dengan dia ni. Tapi tulah , abang sempat datang resepsi je. Nak jaga Kak Rin kan " Aiden meminta maaf sebab dia tak boleh nak ikut untuk akad nikah.

" Hahah takpelah abang. Aisy okay je. Asalkan mama ada semua. Takdelah Aisy rasa seorang diri " ujar Aisy. Dia faham keadaan sekarang macam mana. Izrina perlukan perhatian lebih. Tak mungkin dia paksa Aiden untuk datang.

Aiden mengangguk. Tugas dia sekarang banyak. Nasib baik ramai yang bantu dia. Tak terjaga anak-anak nanti dengam syarikat lagi.

¤¤¤¤

Aiden membetulkan kedudukan selimut Izrina.

" Sayang tahu, Aisy dah nak kahwin. Abang nampak sinar kebahagiaan di muka dia tadi. Alhamdulillah sebab dia jumpa yang lebih baik daripada abang kan. Sepatutnya sayang bangun . Tapi itulah, mungkin sayang perlukan rehat lagi " ujar Aiden.

Untuk sebulan ni, dia tak pernah berhenti untuk cerita semua yang berlaku setiap hari. Sebab apa? Sebab Izrina dengar. Dia tahu.

Biarlah Izrina tak respon asalkan wanita itu dengar setiap perkembangan mereka. Dia taknak bila Izrina bangun, banyak yang wanita itu tertinggal.

" Amanda pula dah pregnant dua minggu. Yang kelakarnya, Akmal yang hadap alahan tu. Abang rasa nak tergelak bila tengok dia asyik keluar masuk tandas. Agak-agak kita macam mana ye " Aiden tergelak kecil bila ingat keadaan Akmal. Dia tak boleh nak buat apa bila Akmal merungut sebab penat.
Melihat semuanya kembali okay, Aiden pun rasa tenang. Yang perlu ditunggu cuma kesedaran Izrina. Yang mereka perlu cuma Izrina kembali.

" Anak-anak semua okay. Setiap hari mama cakap mereka berdoa supaya sayang bangun. See ? Ramai yang tunggu sayang. So, bangun okay " ujar Aiden.

Dia rasa pergerakan jari Izrina kekadang. Tapi mata itu masih tak terbuka. Doktor Dina cakap itu mungkin respon Izrina. Berkemungkinan Izrina ada peluang nak sedar. Jadi Aiden akan tetap sedaya upaya nak bangunkan Izrina.

" Sayang nak tahu, abang rindukan sayang. Rindu bila sayang bebel. Rindu bila sayang jerit nama abang sebab geram. Rindu bila nak buli sayang. Rindu nak tengok sayang cuddle dengan anak-anak. Everything yang sayang buat, semua abang rindu. Abang pernah janji akan tetap sama-sama berjuang dengan sayang. And now I'm doing it " Aiden menarik tangan Izrina ke pipi dia.

" Tangan ni yang selalu bertungkus lumus nak buat semua benda untuk kami. Tangan ni juga yang selalu comfort kitaorang dengan penuh kasih sayang. I cant imagine my life without you. Abang tak boleh nak terima kalau Rin pergi sama seperti Kak Ain. Please sayang. Awak dah lama tidur. Dah saatnya awak bangun. Ingat apa yang kita nak impikan bersama. Ingat masih ada banyak hal yang belum kita capai " rintih Aiden. Dia dah tak kuat sebenarnya tapi mengingatkan anak-anak yang masih perlukan dia dan Izrina, dia cuba.

Hati dia sakit melihat Izrina yang terlantar macam ni. Hati dia pedih bila tengok Izrina hanya terpejam dan terbaring. Suami mana sanggup tengok keadaan isteri dia macam ni. Takde.

Apa yang dia boleh buat cuma berharap dan berdoa agar isteri dia kembali ke pangkuan mereka.

Dia sanggup tunggu walau beribu tahun sekalipun asalkan Izrina tak tinggalkan dia.

Tbc

Another two.

Takdir Kita 2Where stories live. Discover now